Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wujudkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
polemik(polémik) perbahasan (perdebatan, perbantahan) dgn rencana atau tulisan dlm surat khabar (majalah dll): wujudkan ~ yg sihat mengenai keilmuan ataupun isu semasa; berpolemik berbahas atau berbantah dlm surat khabar (majalah dll): memupuk semangat ~ di kalangan cerdik pandai; mempolemikkan membahaskan sesuatu pen­dapat (isu) dsb dlm bentuk polemik.Kamus Dewan Edisi Keempat
berautonomimempunyai autonomi, mem­punyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai per-paduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk me-wujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjalin1. menganyam (mengepang) ram­but dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyu­sunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. me­nyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. me­wujudkan, menjadikan ada: ~ per­sa­habatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim;Kamus Dewan Edisi Keempat
autonomipemerintahan (pentadbiran, pengu­rusan) sendiri, hak mengurus pemerin­tahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa pe­ngua­saan atau pengendalian oleh pihak lain); berautonomi mempunyai autonomi, mem­punyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai per-paduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk me-wujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendukung1. orang yg mendukung se­seorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), peng­gendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), peng­gen­dong, pembawa: Bujang Selamat pun meng­hadap Uli Emak si Anjing me­mohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg men­dukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk me­wujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg men­dukung (mem­per­juangkan) sesuatu fa­ham­an: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, penge­muka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta.Kamus Dewan Edisi Keempat
jalin1. anyam, kepang; rambut ~ rambut yg berkepang; tikar ~ tikar rotan (tersusun); 2. rangkai; berjalin 1. beranyam, berkepang: bakul yg ~; 2. berangkai (benda panjang spt buluh, rotan, bilah, dll): bidai itu dibuat drpd bilah kayu ~; 3. = berjalinkan = ~ dgn terselip dgn: novel yg ~ sejarah; berjalin-jalin = berjalinan 1. beranyam-anyam, berkepang-kepang; 2. berangkai-rangkai, berkait-kait, bersambung-sambung; menjalin 1. menganyam (mengepang) ram­but dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyu­sunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. me­nyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. me­wujudkan, menjadikan ada: ~ per­sa­habatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, me­masuk­kan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ per­hubungan; 4. mengeratkan; memperjalinkan menjadikan berjalin atau berangkai; terjalin 1. teranyam, terkepang; 2. terang­kai; 3. terselip; 4. telah wujud, ada (per­sahabatan dll): kerjasama antara Amerika dan Kanada telah lama ~; jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin); keterjalinan perihal (keadaan) terjalin: ~ antara unsur-unsur karya; penjalinan perbuatan menjalin (menjalin­kan); penjalin 1. tali dll yg digunakan utk menjalin sesuatu: ayah sibuk meraut rotan ~ lukahnya; 2. Jw rotan; 3. orang yg menjalin sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
dukung I; kain ~ kain penggendong atau pengambin (anak dll); berdukung duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang: anak monyet ber­pegang teguh dan ~ pd ibunya ke mana sahaja ibunya pergi; mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan se­belah tangan lagi diletakkan di bawah ke­tiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. meng­gendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegak­kan, dsb): bahawa­sanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hen­dak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masya­rakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita men­daulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. mem­bantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. menge­mukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang ke­kenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; dukungan 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, be­lakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, per­tolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu; pendukungan 1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dsb): dlm semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia; pendukung 1. orang yg mendukung se­seorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), peng­gendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), peng­gen­dong, pembawa: Bujang Selamat pun meng­hadap Uli Emak si Anjing me­mohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg men­dukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk me­wujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg men­dukung (mem­per­juangkan) sesuatu fa­ham­an: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, penge­muka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas