ya | 1 kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku! | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Ilahi | Ar 1. Allah: takdir ~; 2. = ya ~ ya Tuhanku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ia II | ya (kata yg membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dgn sesuatu): katanya, “I~, saya yg bersalah”; seia = ~ sekata sama-sama bersetuju dlm semua perkara, semuafakat: suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~; beria 1. berkata ya; 2. bercakap-cakap, bermesyuarat; beria-ia 1. bercakap-cakap, bermesyuarat: isterinya sendiri bukanlah pantas utk lawan ~ bermesyuarat; 2. selalu berkata ya; 3. bersungguh-sungguh: dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya; mengia mengatakan ia (sbg menjawab pertanyaan dsb): pelajar itu ~; mengiakan mengatakan ia (terhadap sesuatu), mengakui, menyetujui, membenarkan (sesuatu perkara, keterangan, cerita): dia mengangguk-anggukkan kepalanya ~ cerita itu; pengiaan perihal mengiakan sesuatu perkara, persetujuan, pengakuan, pengesahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ya II | 1. sr kata utk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul: ~, saya ada dua orang anak; ~kah engkau ini yg bernama Tuanku Malim Deman?; ~ tak ~ (juga) bp memang benar (betul), benar (betul) juga; 2. sr kata utk menyatakan sanggup (melakukan sesuatu dll), baiklah: ~lah patik membawa Duli Yang Dipertuan lari; 3. kata utk menyahut panggilan orang, saya: ~ pak cik; mengeyakan mengatakan ya, membenarkan, menyungguhkan: lebih baik engkau yakan saja akan kata-katanya; ® ia II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beria | 1. berkata ya; 2. bercakap-cakap, bermesyuarat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amin | Ar 1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa berdoa): doa itu diakhiri dgn mengucapkan ~; bertadah ~ bertadah tangan sambil mengucapkan amin; 2. orang yg dapat dipercayai dgn sesuatu amanah; mengamini, mengaminkan 1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dgn mengucapkan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ya IV | 1. kata yg digunakan pd hujung ayat sbg bertanya atau utk mendapatkan kepastian, ... bukan?: dia orang kaya ~? 2. kata tambahan yg merupakan atau menguatkan pertanyaan kpd diri sendiri, agaknya, gerangan, tah: siapa ~ yg berjalan itu? 3. kata utk menguatkan maksud kata sebelumnya: besok kita jumpa lagi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ya I | 1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10); 2. huruf ke-34 abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ya | 1 kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: <i>~, saya pun ada melihatnya. i> | Kamus Pelajar |
daulat | 1. bahagia, kebahagiaan (pd raja-raja yg memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; mendaulat 1. menjunjung (mengabdi, berkhidmat kpd raja); 2. Id, bp merampas (kekuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir; mendaulatkan menjadikan berdaulat, mem-beri hak (kuasa dll), menjadikan berwibawa: perjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan bukan perjuangan baru; kedaulatan kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; ~ rakyat demokrasi; ~ undang-undang kedudukan undang-undang sesebuah negara sbg kuasa tertinggi yg mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan masyarakat; pendaulatan perihal atau perbuatan mendaulatkan: ~ Bahasa Kebangsaan; pendaulat 1. bp orang yg mendaulat; 2. orang atau pihak yg mendaulatkan: kononnya negara itu dianggap sbg ~ demokrasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |