negara pulau | negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leteran | kata-kata meleter, omelan: Mak Yah melanjutkan ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menderhaka | melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan jenayah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saranan | 1 apa-apa yg disarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pendapat utk mencari pengaruh dan sokongan; dakyah; propaganda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saran | pendapat yg dikemukakan utk dipertimbangkan; usul; anjuran: memberi ~ mengemukakan pendapat. menyarankan mengemukakan sesuatu pendapat; memberi saran; menganjurkan: Dia ~ supaya suatu tabung khas diadakan utk membantu pelajar-pelajar miskin. saranan 1 apa-apa yg disarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pendapat utk mencari pengaruh dan sokongan; dakyah; propaganda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
leter | (létér) cakap yg berpanjangan atau tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang): ia pun menangislah, kerana mengenangkan untungnya yg malang itu dgn berbagai-bagai sungut ~nya akan Pak Kaduk oleh kebodohannya itu; berleter, meleter bercakap-cakap dgn tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel: Haji Karman ini, biasanya kalau sudah tidak diterima nasihatnya selalu akan ~ panjang; meleteri berleter kpd seseorang (kerana tidak menyenangi kelakuannya dsb), mengomeli: sudah selalu benar Simin ~ kelakuan adiknya itu; leteran kata-kata meleter, omelan: Mak Yah melanjutkan ~nya; peleter (orang yg) suka berleter, pengomel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derhaka | 1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; anak kunci jahat, peti ~ prb suami yg jahat itu lambat-laun akan ditentang isterinya; berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan melukakan orang adalah kesalahan jenayah; menderhakai menderhaka terhadap atau kpd seseorang dsb: ~ kedua-dua ibu bapa tergolong dlm dosa besar; kederhakaan hasil perbuatan menderhaka: para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah; penderhakaan perbuatan menderhaka: Abdullah bin Saba telah memainkan peranan yg besar dlm ~ terhadap Sayidina Othman; penderhaka orang yg menderhaka: dlm tempoh sebulan sahaja ~-~ yg melakukan pemberontakan itu telah dapat diusir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
negara I | 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju; bernegara mempunyai negara; kenegaraan perihal negara: hidup kemasyarakatan dan hidup ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |