lampau kemampuan(over capacity) | 1. Sifat sistem yang dibebankan tugas yang melebihi had maksimum yang boleh ditanggung oleh sesuatu proses. 2. Palam atau port input litar yang disambungkan dengan litar yang melebihi had yang dibenarkan. 3. Nilai kiraan atau data yang tidak mampu dikendalikan oleh pemproses kerana melebihi had yang dibenarkan. | Kamus Komputer |
pemprosesan senarai(list processing) | 1. Pemprosesan yang dilakukan terhadap data yang mempunyai struktur senarai. 2. Teknik pengaturcaraan untuk mengendalikan struktur data yang terdiri daripada butiran yang berkaitan dengan butiran lain melalui penunjuk. 3. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta umtuk mengolah simbol dan data bukannya nombor. Struktur data dan atur cara pemprosesan ini berbentuk senarai. Singkatan LIPS. | Kamus Komputer |
prapenyunting(pre-editor) | 1. Orang yang menyemak dan membetulkan kandungan sesuatu dokumen yang akan diproses oleh komputer. 2. Orang yang menyunting bahan yang akan diproses sebelum pemprosesan sebenar dilakukan. 3. Atur cara komputer yang membolehkan manusia menyemak dan membetulkan kandungan bahan yang belum diproses oleh komputer. | Kamus Komputer |
silap nahu(grammatical mistake) | 1. Kesilapan yang berpunca daripada kesilapan manusia menaip kenyataan suruhan atau arahan yang tidak mengikut nahu yang ditetapkan bagi bahasa pengaturcaraan yang digunakan. 2. Kesilapan pada nahu ayat yang ditaip ke dalam pemproses kata yang dijumpai oleh penyemak nahu. | Kamus Komputer |
jam masa nyata(real-time clock) | 1. Peranti jam yang menjanakan masa yang mempunyai nilai yang sama dengan masa dunia sebenar berbanding dengan masa khayalan yang bermula ketika komputer dihidupkan atau masa yang ditentukan oleh atur cara. 2. Isyarat jam yang ditentukan oleh masa sebenar | Kamus Komputer |
pengisih kad(card sorter) | 1. Peranti yang berfungsi untuk mengisih kad yang ditebuk ke tempat yang dikhaskan berdasarkan kod tebukan. 2. Atur cara yang berfungsi mengisih kad mengikut penentuan yang ditetapkan. | Kamus Komputer |
senarai perintah(command list) | 1. Senarai yang mengandungi semua perintah yang boleh dikerjakan oleh sistem tertentu. 2. Senarai yang mengandungi perintah yang perlu diproseskan. | Kamus Komputer |
kuad(quad) | 1. Binaan yang dipasang daripada empat bahagian atau unsur. 2. Jenis cip litar bersepadu yang mempunyai empat unsur yang sama dalam cip yang sama. 3. Pintalan empat dawai supaya menjadi dua dawai kembar. | Kamus Komputer |
bendera sifar(zero flag) | Penunjuk yang biasanya bersaiz 1 bit yang disetkan kepada nilai logik 1 jika daftar yang diuji mengandungi nilai 0, atau pengiraan atau pengolahan yang berhasil dengan nilai 0. | Kamus Komputer |
bawaan(carry) | 1. Isyarat atau fungsi yang terhasil akibat limpahan. 2. Nilai yang dimajukan ke tahap seterusnya akibat penambahan dua angka yang menghasilkan nombor yang lebih besar daripada yang boleh ditampung oleh kedudukan nombor. | Kamus Komputer |