pengendalian bantu(auxiliary operation) | Pengendalian yang dilakukan oleh peralatan yang bukan di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama. | Kamus Komputer |
kelengkapan auksiliari(auxiliary equipment) | Perkakasan yang bukan di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama. | Kamus Komputer |
atur cara sokongan serasi(compatible support program) | Atur cara sokongan, yang bukan daripada pembuat asal, yang dapat digunakan untuk menggantikan atur cara sokongan asal. | Kamus Komputer |
konsol auksiliari(auxiliary console) | Mana-mana konsol komputer yang bukan konsol utama. | Kamus Komputer |
kawalan manual(manual control) | Kaedah pengawalan sistem oleh pengendali melalui penggunaan peranti kawalan yang bukan automatik. | Kamus Komputer |
penterjemahan mesin(mechanical translation) | Penterjemahan yang dilakukan dengan menggunakan komputer, bukan yang dilakukan oleh manusia. | Kamus Komputer |
aksara khas(special character) | 1. Aksara seperti $, #, *, !, @, dan aksara lain yang bukan angka dan abjad. 2. Aksara yang digunakan untuk fungsi khas. | Kamus Komputer |
pemasukan manual(manual entry) | Proses memasukkan data oleh operator atau pengguna melalui penaipan atau cara lain yang bukan automatik. | Kamus Komputer |
harfiah(literal) | 1. Perkataan, angka, atau lambang yang menerangkan atau mentakrifkan dirinya sendiri dan bukan suatu yang mungkin diwakilinya. 2. Lambang atau kuantiti dalam atur cara yang merupakan maklumat dan bukan rujukan alamat atau pemboleh ubah. | Kamus Komputer |
aksara tak sah(illegal character) | Aksara atau kod aksara yang tidak sah mengikut skim pengekodan, atau aksara atau kod aksara yang bukan merupakan anggota set aksara. Aksara jenis ini biasanya digunakan sebagai penapis untuk memastikan sistem hanya menerima aksara yang sah. Aksara tak sah juga digunakan untuk memberitahu sistem bahawa ralat telah terjadi semasa pemprosesan. | Kamus Komputer |