Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang dihormati

Peribahasa

Yang tegak disokong,
     yang lemah ditopang.

Bermaksud :

Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hormat1. pe rbuatan yg menunjukkan rasa khidmat atau takzim kpd seseorang: Apabila guru masuk ke bilik darjah, murid-murid pun berdiri memberi ~ kpdnya. 2. menaruh atau memberi penghargaan terhadap seseorang: Wajib kita ~ kpd ibu dan bapa kita. 3. sopan; santun; takzim: Budak itu sangat ~. berhormat 1. memberi hormat: Kita mesti ~ kpd guru kita. 2. diberi hormat; dihargai: Encik Ahmad tergolong dlm orang yg ~ di situ. Yang ~ gelaran yg diberikan kpd wakil-wakil rakyat. menghormati 1. memberi hormat kpd: ~ ibu dan bapa. 2. memuliakan; menghargai: Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pahlawannya masing-masing yg sentiasa disanjung dan dihormati. terhormat dimuliakan atau dihormati: kpd yg ~ saudara Ahmad. kehormatan 1. pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sbg menghargai jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dikurniai ~ “Order of Merit” oleh Raja Inggeris dlm tahun 1907. 2. nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3. kebesaran atau kemuliaan raja-raja dll: ~ Raja-raja Melayu. penghormatan perbuatan (cara, hal) memberi hormat atau menghormati. penghormat yg memberi hormat. kehormat 1. orang yg dihormati dlm majlis dll: Banyak tetamu ~ yg menghadiri majlis itu. 2. yg dilantik atau dipilih kerana menghormatinya: doktor ~. 3. orang yg jasanya tidak dibayar: bendahari ~.Kamus Pelajar

Kembali ke atas