yayasan | 1 pertubuhan yg dibentuk utk mengusahakan sesuatu (spt mengeluarkan biasiswa, sbg badan penyelidikan). 2 bangunan khas utk sesuatu (spt rumah sakit, rumah anak yatim). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
yayasan | 1. pertubuhan yg dibentuk utk mengusahakan sesuatu (spt sekolah, badan penyelidikan, badan yg mengeluarkan biasiswa, dll): Universiti Harvard dan Yale di Amerika dibiayai oleh satu ~; 2. bangunan khas utk tujuan tertentu (spt rumah sakit, rumah anak yatim, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
yayasan | 1 pertubuhan yg dibentuk utk mengusahakan sesuatu (spt mengeluarkan biasiswa, sbg badan penyelidikan dll). | Kamus Pelajar |
akademi | 1. sekolah tinggi (pusat pengajian) yg mengajarkan sesuatu pengetahuan (keahlian dsb); 2. persatuan atau yayasan (utk memajukan ilmu pengetahuan, kesusasteraan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengawasi | 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengawasi | 1. memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2. memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. | Kamus Pelajar |
gabenor | 1. gelaran yg tidak digunakan lagi bagi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri (ketua negeri) Pulau Pinang dan Melaka; 2. ketua sesebuah negeri di Amerika Syarikat: ~ California; 3. orang yg dilantik (oleh raja dsb) utk menjadi ketua sesebuah negeri atau wilayah (biasanya tanah jajahan); ~ jeneral ketua pemerintah negeri jajahan (tertentu); 4. Id ketua pemerintah provinsi, penyelia, pengurus, ketua (yayasan, bank, dll); 5. orang yg mengetuai sesebuah organisasi atau institusi: G~ Bank Negara Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
awas | 1 hati-hati; hemat: ~! Kanak-kanak sekolah melintas di sini. 2 dpt melihat dgn terang; tajam penglihatannya: Walaupun sudah tua, matanya masih ~. berawas (-awas) melihat-lihat dgn penuh perhatian atau dgn hati-hati; berjaga-jaga; berwaspada: Kita hendaklah sentiasa ~ supaya selamat. mengawasi 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. pengawasan perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. pengawas orang yg mengawasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
awas | 1. hati-hati; hemat: ~! Kanak-kanak sekolah melintas di sini. 2. dpt melihat dgn terang; tajam penglihatannya: Walaupun sudah tua, matanya masih ~. berawas(-awas) melihat-lihat dgn penuh perhatian atau dgn hati-hati; berjaga-jaga; berwaspada:Kita hendaklah sentiasa ~ supaya selamat. mengawasi 1. memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2. memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. pengawasan perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. pengawas orang yg mengawasi. | Kamus Pelajar |
wang | alat pertukaran yg mempunyai nilai-nilai tertentu dan diakui sah; duit: Dia telah mendermakan ~ RM10,000/- kpd yayasan itu. ~ belanja wang yg digunakan sehari-hari. ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayarkan dahulu utk menandakan persetujuan membeli atau menyewa sesuatu. ~ hantaran wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd pihak perempuan (dlm perkahwinan). ~ kecil (pecah) wang yg rendah nilainya (spt sen). ~ keras wang yg tetap nilainya dlm pertukaran antarabangsa. ~ kertas wang berupa kertas dan mempunyai nilai tertentu. ~ luar wang yg diterima sbg bayaran atau upah membuat kerja luar. ~ panas wang yg berlebih-lebihan dlm peredaran. ~ perlindungan wang yg dibayarkan oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan, nyawa dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng tsb. ~ pertaruhan wang yg dibayarkan sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran dll. ~ pokok wang yg dijadikan modal dlm sesuatu perniagaan. ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen. ~ sagu hati a. wang yg diberikan sbg membalas jasa. b. wang yg diberikan kpd waris anggota polis (tentera dll) yg meninggal semasa bertugas. ~ sogok (suap) wang yg diberikan kpd seseorang (pihak-pihak tertentu dsb) utk menyogok. berwang 1 mempunyai wang: Dia sudah tidak ~ lagi. 2 ki berharta; kaya. kewangan hal-hal yg berkaitan dgn wang: Ia sentiasa menghadapi masalah ~. Kementerian ~ Kementerian yg mengurus wang negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |