Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yg


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
turutan1 sesuatu yg diturut; teladan. 2 yg berturut-turut atau yg berikut-ikut. 3 yg turut bersama; yg menurut: orang ~ orang yg turut bersama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
waktu1 rangkaian saat atau ketika yg telah lampau, sekarang dan yg akan datang; masa; tempoh: Tidak ada sesiapa pun yg mengetahui apa-apa yg akan berlaku pd ~ yg akan datang. 2 saat yg tertentu utk melakukan sesuatu (spt utk bersembahyang): ~ subuh; ~ makan; ~ tidur. 3 ukuran masa yg tertentu; jangka masa: Dlm ~ yg singkat saja, ia dpt menyiapkan kerja itu. 4 masa melakukan atau masa berlakunya sesuatu; ketika; saat: Kebetulan pula pd ~ itu, ia sedang mandi. ~ hujan; ~ malam. 5 masa yg terluang; kesempatan; peluang: Tidak ada ~ sama sekali utk berehat kerana kerja banyak. ~ (Min) Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan atau penentuan waktu di tempat lain di dunia. ~ perdana (utama) waktu yg paling ramai orang menonton televisyen atau mendengar radio. ~ puncak waktu berlakunya sesuatau, mis ketika lalu lintas paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik paling tinggi. ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain. berwaktu mengikut waktu; ada waktunya: Ia makan ~. sewaktu sama waktu dgn; pd waktu; semasa: ~ pencuri masuk, ia sedang tidur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
utama1 (yg) penting sekali; (yg) pertama sekali: Makanan ~ bagi orang-orang Malaysia ialah nasi. 2 paling baik; terbaik. mengutamakan 1 menganggap lebih penting drpd yg lain; mementingkan: Kita hendaklah ~ pelajaran drpd segala-gala yg lain. 2 menumpukan perhatian dll kpd. terutama 1 yg terpenting; yg mustahak sekali. 2 yg pertama sekali. 3 lebih-lebih lagi. keutamaan kelebihan drpd yg lain; keistimewaan; keunggulan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wasiat Ipesanan terakhir yg diucapkan atau yg telah ditulis oleh orang yg hampir meninggal dunia: surat ~ surat yg menyatakan pesanan orang yg meninggal. berwasiat berpesan atau membuat wasiat: Beliau ~ supaya sepertiga drpd hartanya diturunkan kpd cucunya. mewasiatkan memberi pesanan atau wasiat bkn dgn sesuatu: Beliau ~ sebahagian hartanya kpd yayasan kebajikan itu. pewasiat orang yg mewasiatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penunggu1 orang yg menunggu, mengawal dsb; pengawal; penjaga. 2 orang yg menunggu atau yg menanti utk menyambut kedatangan tetamu dll. 3 orang yg mendiami atau yg menghuni sesuatu tempat. 4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: Pokok besar itu dikatakan ada ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
petualang1 orang yg bertualang; orang yg tidak tentu tempat tinggalnya; orang yg mengembara. 2 orang yg mendapatkan sesuatu dgn cara menipu atau dgn cara yg tidak jujur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tukang1 orang yg pandai dlm sesuatu pekerjaan tangan: ~ kayu orang yg pandai membuat sesuatu (meja, kerusi dll) drpd kayu. 2 orang yg kerjanya membuat atau mengurus sesuatu yg tertentu: ~ kasut; ~ jam. ~ andam orang yg pandai mengandam pengantin (perempuan). ~ emas orang yg pandai membuat barang-barang perhiasan dll drpd emas. ~ gambar orang yg kerjanya mengambil gambar dgn kamera. ~ gunting orang yg kerjanya menggunting rambut. ~ jahit orang yg kerjanya menjahit baju dll dgn mengambil upah. ~ karut orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat, yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak. bertukang mengerjakan pe­­­kerja­an tukang: Bapanya sedang ~ di dapur. tukang-menukang segala yg berkaitan dgn pekerjaan tukang. menu­kangi mengerjakan sesuatu sbg tukang: Ia ~ kerusi yg patah itu. pertukangan 1 pekerjaan atau per­buatan bertukang: sekolah ~ sekolah utk melatih seseorang menjadi tukang. 2 perihal atau perkara yg berkaitan dgn tukang-menukang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terutama1 yg terpenting; yg mustahak sekali. 2 yg pertama sekali. 3 lebih-lebih lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wangalat pertukaran yg mempunyai nilai-nilai tertentu dan diakui sah; duit: Dia telah mendermakan ~ RM10,000/- kpd yayasan itu. ~ belanja wang yg digunakan sehari-hari. ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayarkan dahulu utk menandakan persetujuan membeli atau menyewa sesuatu. ~ hantaran wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd pihak perempuan (dlm perkahwinan). ~ kecil (pecah) wang yg rendah nilainya (spt sen). ~ keras wang yg tetap nilainya dlm pertukaran antarabangsa. ~ kertas wang berupa kertas dan mempunyai nilai tertentu. ~ luar wang yg diterima sbg bayaran atau upah membuat kerja luar. ~ panas wang yg berlebih-lebihan dlm peredaran. ~ perlindungan wang yg dibayarkan oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan, nyawa dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng tsb. ~ pertaruhan wang yg dibayarkan sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran dll. ~ pokok wang yg dijadikan modal dlm sesuatu perniagaan. ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen. ~ sagu hati a. wang yg diberikan sbg membalas jasa. b. wang yg diberikan kpd waris anggota polis (tentera dll) yg meninggal semasa bertugas. ~ sogok (suap) wang yg diberikan kpd seseorang (pihak-pihak tertentu dsb) utk menyogok. berwang 1 mempunyai wang: Dia sudah tidak ~ lagi. 2 ki berharta; kaya. kewangan hal-hal yg berkaitan dgn wang: Ia sentiasa menghadapi masalah ~. Kementerian ~ Kementerian yg mengurus wang negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunas, = mata ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh pd batang (dahan yg diparas dll); bakal dahan atau bakal ranting yg baru tumbuh. ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan. ~ celah (ketiak) tunas yg tumbuh di antara daun dgn dahan atau di antara daun dgn ranting. ~ hujung (pucuk) tunas yg terdapat di hujung ranting atau di hujung dahan. ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah padi dituai. ~ rasa bintil-bintil pd lidah yg memungkinkan kita merasa sesuatu (manis, masin dll). ~ sulung tunas yg mula-mula sekali tumbuh dr biji. ber­tunas 1 mempunyai tunas; baru tumbuh tunasnya. 2 ki mempunyai keturunan; me­nurunkan baka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas