zina | persetubuhan yg tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri), mukah: jangan kamu melakukan ~; berzina melakukan zina, berbuat zina, bermukah; perzinaan perihal atau perbuatan berzina; penzina orang yg berzina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berzina | melakukan zina, berbuat zina, bermukah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zina | persetubuhan yg dilakukan secara haram (tanpa nikah). berzina melakukan zina; bersetubuh secara haram (tanpa nikah); bermukah. perzinaan perbuatan atau hal berzina. penzina orang yg berzina. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sumbang I | 1 tidak mengikut adat kesopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina); melanggar adat: Setelah melakukan perkara yg ~ itu, dia telah lari dr kampung ini. 2 tidak betul perbuatannya; salah; silap: langkah ~ langkah yg tidak betul (ketika bersilat). 3 tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal: Suaranya ~. ~ mahram perlakuan sumbang (spt zina, rogol) yg berlaku antara dua orang yg mempunyai pertalian darah yg rapat, spt antara ayah dgn anak atau adik dgn abang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berzina | melakukan zina; bersetubuh secara haram (tanpa nikah); bermukah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melancap | melakukan zina tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbang salah | melakukan zina; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbang mahram | perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota terdekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lancap II | ; melancap melakukan zina tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkokcak | bk bersetubuh, berzina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |