zuhud | Ar (bkn seseorang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; berzuhud mengamalkan sifat zuhud: perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia; menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu ~ diri kpd Allah; kezuhudan sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kezuhudan | sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menzuhudkan | menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu ~ diri kpd Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berzuhud | mengamalkan sifat zuhud: perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zahid | Ar (orang yg) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; zuhud. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alim I | 1. mempunyai pengetahuan yg mendalam tentang agama Islam di samping memiliki sifat warak, zuhud, dan takwa: meminta petunjuk dan nasihat mengenai hukum agama drpd orang yg ~; ~ ulama pakar-pakar agama Islam; 2. patuh kpd ajaran agama (Islam) serta rajin beribadat, soleh: ayahnya seorang yg ~; 3. bp sangat baik sifat dan akhlaknya (spt orang alim): nampaknya ~, rupanya orang bangsat; ~-~ kucing pura-pura alim; kealiman 1. perihal (sifat) mengetahui dgn mendalam mengenai agama, perihal sungguh berpengetahuan (tentang agama); 2. kepatuhan kpd ajaran agama (Islam) serta kesungguhan beribadat, kesolehan; 3. bp kebaikan tingkah laku (sifat dan akhlak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menginfakkan | menyumbangkan (membelanjakan, mengeluarkan) sebahagian wang, harta dsb utk kebajikan: dia selalu ~ hartanya semata-mata utk mendapatkan keredaan Allah; mereka akan ~ semua keuntungan itu kpd ahli ibadat, ahli zuhud dan ulama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengasingan | 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pembuangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
infak | Ar pemberian (sumbangan) wang, harta dsb yg dibelanjakan utk kebajikan, spt derma, sedekah dsb: asrama itu memerlukan ~ drpd orang ramai utk membolehkannya menyelenggarakan kos operasi hariannya; berinfak memberikan atau mengeluarkan infak: katanya, dia akan tetap ~ sekadar yg termampu; seseorang yg ~ utk mencari keredaan Allah; menginfakkan menyumbangkan (membelanjakan, mengeluarkan) sebahagian wang, harta dsb utk kebajikan: dia selalu ~ hartanya semata-mata utk mendapatkan keredaan Allah; mereka akan ~ semua keuntungan itu kpd ahli ibadat, ahli zuhud dan ulama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asing | 1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat) berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg berkenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini; tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~ bagi masyarakat Melayu;asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri: barang-barang itu dinilai ~;berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan-kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~; berasingan, berasing-asingan tidak bersatu (bercantum dsb), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat antara kedua-duanya;mengasing berasing;mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg berwarna; ~ diri menyisihkan (memencilkan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;terasing terpisah, tersisih, terpencil;keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasingnya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. keanehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ perasaan itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pembuangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |