Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.yuh] | ڤويوه

Definisi : sj burung kecil yg tidak berekor, Tatnix suscitator atrogularis; bagai ~ laga prb percakapan yg tidak habis-habis; mati ~ hendakkan ekor prb menghendaki sesuatu yg mustahil didapati; sembunyi-sembunyi ~, kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg tidak patut dan menyangka tidak diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui; spt ~ mahu yg betina drpd yg jantan prb perihal isteri yg berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.yuh] | ڤويوه

Definisi : ; bintang ~ bintang tujuh; ~ berlaga sj bintang dua (kembar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.yuh] | ڤويوه

Definisi : ®puyu I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.yuh] | ڤويوه

Definisi : nama sj burung kecil yg pendek ekornya, Turnix suscitator atrogularis: ~ benggala; ~ rimba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puyuh

Puisi
 

Lari puyuh jalan kontang,
     Tetak dengan batang kemudi;
Darilah jauh abang pun datang,
     Meraikan tuan yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Mati puyuh hendakkan ekor.

Bermaksud :

Ingin mendapat sesuatu yang tak mungkin tercapai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
quail 1n (bird) burung puyuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bracen 1. (often in pl) device for straightening teeth, pendakap; 2. (often in pl) device for supporting trunk or limbs, pendakap; 3. (print) pendakap; 4. (in pl) suspenders for trousers, tali bawat; 5. pair, pasang: a ~ of partridges, sepasang burung puyuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas