Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nying.gung] | مڽيڠݢوڠ

Definisi : 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut­-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan or­ang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.gung] | مڽيڠݢوڠ

Definisi : 1 menghentak atau memukul dgn siku; menyiku. 2 mengenai sedikit (dgn bahagian tubuh); menyentuh: Jangan ~ pinggan mangkuk itu. 3 menyebut sesuatu perkara dlm ucapan atau dlm karangan; membicarakan sedikit: Dia tidak berani ~ perkara itu dlm ucapannya. 4 menyakiti hati atau perasaan orang lain: Ucapannya dianggap ~ kedudukan raja-raja Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgung
Kata Terbitan : bersinggungan, menyinggung, tersinggung,

Peribahasa

Berkata siang melihat-lihat,
     berkata malam mendengar-dengar.

Bermaksud :

Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
อย ๆ กระเถิบไปย ั งห ้ องน้ำ Orang tua itu berkesot perlahan-lahan ke bilik air. กระโถน [krato:n] น ketur, peludahan กระทง [krato] น ancak กระทบ [kratop] ก 1 menyinggung, menyentuh: คำพูดของผู ้ นำอเมริกากระทบ ความรู ้ สึกของชาวตะว ั นออกกลาง Kata-kata pe­mimpin Amerika menyinggung pera­saan orang Timur Tengah. 2 men- jejaskan: การรุกรานของอเมริกาต ่ ออิร ั กกระทบ ความส ั มพ ั นธ ์ ของหลายประเทศ Pencerobo- han Amerika terhadap Iraq menjejas- kan hubungan beberapa buah

Kembali ke atas