Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ka] | ريک

Definisi : (réka) 1. = reka-reka ark aturan, tin­dakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku, surat khabar, dll; mereka, mereka-reka 1. menyusun (me­masang, mengatur, mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka; 2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia mereka-reka ke­putus­an yg akan diambilnya nanti; 3. me­mikirkan (sesuatu), merancang, merencana­­kan: seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; dia ~ jawaban yg akan diberikan esok; 4. membayangkan (dlm angan-angan), mencita-citakan: ia mereka-reka siapa yg patut men­jadi suaminya; 5. menduga, mengagak-agak­kan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan terpilih sbg wakil rakyat; rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; perekaan perbuatan mereka: ~ mesingan menyebabkan perang menjadi perkara yg usang; pereka orang yg mereka (mereka-reka). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.ka] | ريک

Definisi : /réka/ 1 = rekaan sesuatu (spt cerita dll) yg dibuat-buat atau yg diada-adakan; karangan: cerita ~. 2 daya upaya; tipu muslihat; akal ikhtiar: Dia itu banyak ~nya. mereka 1 menyusun (mengatur, mengarang) baik-baik: Tidak banyak pengarang yg pandai ~ cerita yg menaikkan semangat. 2 memikir-mikirkan sesuatu; membayangkan dlm fikiran; mencari akal; mencari ikhtiar: Dia ~-reka perkara yg akan dilakukannya utk hidup berdikari. 3 memikir-mikirkan dan mencipta sesuatu: Thomas Elva Edison yg mula-mula ~ lampu elektrik. rekaan 1 sesuatu yg direka: Cerita ini ~ semata-mata. 2 hasil drpd mereka; ciptaan; buatan: bulan ~. 3 apa-apa yg difikir-fikirkan. perekaan perbuatan atau hal mereka (sesuatu). pereka orang yg mereka: ~ kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,

Peribahasa

315

A liar is not believed when he tells the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because a liar is not believed when he tells the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
Nelayan mencari nafkah dengan menangkap ikan. หารือ [-r:] ก berbincang: ชาวบ ้ านกำลัง หารือเรื่ องการพัฒนาหมู ่ บ ้ านของพวกเขา Pen­ du­duk kampung sedang berbincang ten­tang pembangunan kampung me­ reka. หาเรื่อง [-ra] ก mencari fasal: นักเรียน ที่ เกเรมักหาเรื่ องทะเลาะกับนักเรียนอื่ น Mu­ rid yang nakal selalu mencari fasal un- tuk bergaduh dengan murid lain. ห ้ า [ha:] น lima หาก kepada kami untuk mendaftar keluar lewat sedikit. อนุสาวรีย ์ [anusa  :wari:] น tugu peringatan อเนก [ane:k] ว aneka อเนกประสงค ์ [-praso] ว serba guna: พวกเขาจัดประชุมที่ อาคารอเนกประสงค ์ Me­ reka mengadakan mesyua­rat di dewan serba guna. อเนกรรถประโยค [ane:katta- prayo:k] น ayat majmuk อบ [op] ก membakar: อบขนมเค ้ ก mem- bakar kek อบรม [-rom] ก mendidik: พ
Kamus Thai 2.indb
jatuh di suatu tempat dalam Daerah Maesot. 4 soalan: คำตอบของนายกรัฐมนตรีไม ่ ถูกจุด Jawapan Perdana Menteri tidak mene­ pati soalan. ก 5 menitik: นักออกแบบเอา ดินสอจุดไว ้ บนผ ้ าขาวเพื่ อวาดลายบาติก Pe­ reka bentuk itu menitik kain putih un­ tuk melukis corak batik. 6 mencucuh: คนบ ้ าจุดไฟแล ้ วเผากระท ่ อมของเขา Orang gila itu mencucuh api lalu membakar pondoknya. จุดไข ่ ปลา
Kamus Thai 2.indb
ตำรวจ Lelaki itu menjelas- kan cara-cara penyeludupan emas ke Thailand kepada polis. 2 memecahkan: พวกเขาสาบานว ่ าจะไม ่ เปิดเผยความลับนี้ แก ่ ใคร ทั้ งสิ้ น Mereka bersumpah bahawa me- reka tidak akan memecahkan rahsia ini kepada sesiapa pun. 3 ดู เปิด เปิบข ้ าว [p:pkaw] ก makan nasi dengan tangan เป ี ย [pia] น tocang, dandan เปียก [piak

Kembali ke atas