Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 6

Puisi
 

Abang Abu duduk bermenung,
     Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikat ekor burung,
     Ambillah tali pakai pengikat.


Lihat selanjutnya...(1000)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pendaraban berulangrepeated multiplicationProses mendarab dengan angka yang sama berulang kali. Contohnya, 6 × 6 × 6 × 6.Menengah Rendah
kuasapowerNombor yang menunjukkan berapa kali sesuatu nombor itu didarabkan dengan nombor itu sendiri. Contohnya, kuasa empat bagi 6 ditulis sebagai 64, yang bermakna 6 × 6 × 6 × 6. Lihat ContohMenengah Rendah
faktorfactorNombor bulat yang membahagikan suatu nombor dengan tepat. Contohnya, 12 ÷ 2 = 6, 12 ÷ 6 = 2. 2 dan 6 adalah antara faktor bagi 12.Menengah Rendah
a.m.a.m.Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian) yang bermaksud sebelum tengah hari. Ini merujuk pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum tengah hari.Sekolah Rendah
sifat kalis sekutuanassociative propertySifat operasi penambahan yang membolehkan lebih daripada dua angka dicampurkan, tetapi masih menghasilkan jumlah campuran yang sama walaupun berbeza kumpulan angkanya. Contohnya, (3 + 6) + 8 = 3 + (6 + 8).Menengah Atas
tentu sahverifyProses untuk memastikan penyelesaian satu masalah adalah betul dengan memastikan jawapan tersebut memenuhi semua persamaan atau ketaksamaan dalam masalah yang berkenaan. Contohnya, tentu sahkan bahawa x = 3 merupakan penyelesaian kepada persamaan x² - 5x + 6 = 0. Apabila digantikan x = 3 ke dalam persamaan 3² - 5(3) + 6 = 0, maka 9 - 15 + 6 = 0. Oleh itu, 0 = 0 adalah sah.Menengah Atas
kubuscubePepejal yang mempunyai 6 permukaan yang semuanya berbentuk segi empat sama. Lihat rajahMenengah Atas
kuboidcuboidPepejal yang mempunyai 6 permukaan yang berbentuk segi empat tepat. Lihat rajahMenengah Atas
heksahedronhexahedronPolihedron yang mempunyai 6 permukaan. Lihat rajahMenengah Atas
heksagonhexagonPoligon yang mempunyai 6 sisi. Lihat rajahMenengah Atas
1234

Kembali ke atas