| harta | property | Barang-barang berharga yang dimiliki oleh seseorang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| aset | asset | Harta yang bernilai seperti barang, kenderaan, rumah, kedai, dan tanah yang dimiliki oleh seseorang atau sesebuah syarikat. | Sekolah Rendah |
| modal | capital | Wang atau harta benda yang digunakan sebagai asas untuk memulakan perniagaan. | Sekolah Rendah |
| sewa beli | hire purchase | Satu kaedah membeli barang atau harta dengan pembayaran secara beransur-ansur. | Sekolah Rendah |
| deposit | deposit | Sejumlah wang yang diberikan sebagai bayaran permulaan ke atas pembelian barang atau harta. Deposit dikenali juga sebagai cengkeram atau wang pendahuluan. | Sekolah Rendah |
| cukai | tax | Wang yang perlu dibayar kepada pihak tertentu ke atas pendapatan yang diterima, harta yang dimiliki atau perkhidmatan yang disediakan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |