| altitud | altitude | 1. Jarak serenjang dari bucu ke tapak. 2. Jarak serenjang dari bucu ke tapak bagi segi tiga. 3. Jarak serenjang antara garis selari bagi segi empat selari. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| altitud | altitude | 1. Jarak serenjang dari bucu ke tapak kon. 2. Jarak serenjang dari bucu ke tapak segi tiga. 3. Jarak serenjang antara dua garis selari dalam segi empat selari. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| sama jarak | equidistant | Perihal dua titik yang mempunyai jarak yang sama dari satu titik atau objek. Contohnya, dua titik yang berbeza pada lilitan suatu bulatan mempunyai jarak yang sama dari titik pusat bulatan tersebut. | Menengah Atas |
| sama jarak | equidistant | Perihal dua titik yang mempunyai jarak yang sama dari satu titik atau objek. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| graf jarak-masa | distance-time graph | Graf yang menunjukkan jarak perjalanan per unit masa. Kecerunan graf menunjukkan ukuran laju. Lihat rajah | Menengah Atas |
| isometri | isometry | Penjelmaan yang mengekalkan jarak di antara dua titik pada objek asal dengan jarak dua titik tersebut pada imejnya, yang juga menyebabkan objek dan imej adalah kongruen. Contohnya, translasi, pantulan, dan putaran. | Menengah Rendah |
| isometri | isometry | Penjelmaan yang menunjukkan objek asal dan imejnya bersifat kongruen. Dalam isometri, jarak antara dua titik pada objek asal sama dengan jarak antara dua titik yang sama pada imejnya. Pantulan, putaran dan translasi merupakan isometri. Lihat rajah | Menengah Atas |
| jarak | distance | Ukuran jauh atau ruang di antara dua titik. | Menengah Rendah |
| jarak | distance | Ukuran panjang di antara dua titik atau objek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| sesaran | displacement | Jarak vektor dari suatu titik tetap diukur dalam arah tertentu. Lihat rajah | Menengah Atas |