| pembundaran | round off | Perbuatan menyatakan sesuatu nilai kepada nilai terdekat. Contohnya, 228 dibundarkan kepada puluh yang terdekat ialah 230 dan 23.3578 dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan ialah 23.36. | Menengah Atas |
| tambah berulang | repeated addition | Operasi menambahkan kuantiti yang sama kepada nombor yang diberikan sebanyak bilangan tertentu. Contohnya, mencari jawapan kepada 3 × 4 ialah 4 + 4 + 4 = 12. | Menengah Rendah |
| tangen kepada lengkung | tangent to a curve | Garis lurus yang menyentuh lengkungan pada suatu titik, tanpa memotongnya. Lihat rajah | Menengah Atas |
| tangen kepada bulatan | tangent to a circle | Garis lurus yang menyentuh bulatan hanya pada suatu titik tanpa memotongnya. Lihat rajah | Menengah Atas |
| normal kepada satah | normal to a plane | Perihal garis yang serenjang atau bersudut tegak dengan satah yang berkenaan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| normal kepada lengkung | normal to a curve | Perihal garis yang serenjang dengan tangen pada titik yang berkenaan. Lihat rajah | Menengah Atas |
| cerakin | partition | Memisahkan nombor kepada beberapa bahagian mengikut nilai tempat. Contohnya, 235 = 200 + 30 + 5. | Menengah Rendah |
| terbitan kedua | second derivative | Terbitan kepada suatu terbitan yang ditulis. | Menengah Atas |
| hubungan satu kepada satu | one to one relation | Padanan antara satu unsur dalam domain dengan satu unsur dalam kodomain. Lihat rajah | Menengah Atas |
| hubungan satu kepada banyak | one to many relation | Padanan antara satu unsur dalam domain dengan beberapa unsur dalam kodomain. Lihat rajah | Menengah Atas |