| sifat kalis tukar tertib | commutative property | Sifat operasi penambahan atau pendaraban yang membolehkan angka-angka dicampur atau didarabkan dalam sebarang tertib, tetapi masih menghasilkan jumlah yang sama. Contohnya, 5 + 4 = 4 + 5 dan 5 × 4 = 4 × 5 menunjukkan bahawa perubahan tertib 4 dan 5 masih menghasilkan jumlah yang sama. | Menengah Atas |
| sifat kalis sekutuan | associative property | Sifat operasi penambahan yang membolehkan lebih daripada dua angka dicampurkan, tetapi masih menghasilkan jumlah campuran yang sama walaupun berbeza kumpulan angkanya. Contohnya, (3 + 6) + 8 = 3 + (6 + 8). | Menengah Atas |
| simetri putaran | rotational symmetry | Bentuk atau imej yang apabila diputarkan kurang daripada 360° pada satu titik tetap, bentuknya masih kelihatan sama. Lihat Contoh | Menengah Rendah |