| pepejal tegak | right solid | Pepejal yang paksinya atau tepi sisinya berserenjang dengan tapak. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| isi padu | volume | Sukatan ruang di dalam sesuatu pepejal. Isi padu pepejal tiga dimensi seperti kuboid dapat diukur menggunakan formula panjang × lebar × tinggi. Lihat rajah | Menengah Atas |
| pepejal gabungan | composite solid | Gabungan dua atau lebih pepejal. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| pepejal | solid | Bentuk tiga dimensi yang mempunyai panjang, lebar, dan tinggi. Contohnya, kubus, silinder, piramid dan sfera. | Menengah Rendah |
| silinder | cylinder | Pepejal yang keratan rentasnya seragam dan berbentuk lengkung tertutup. | Menengah Atas |
| polihedron | polyhedron | Pepejal yang permukaannya terdiri daripada satah poligon. Lihat rajah | Menengah Atas |
| piramid | pyramid | Pepejal yang tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga, tirus dan bertemu di bucu. Lihat rajah | Menengah Atas |
| kubus | cube | Pepejal yang mempunyai 6 permukaan yang semuanya berbentuk segi empat sama. Lihat rajah | Menengah Atas |
| kuboid | cuboid | Pepejal yang mempunyai 6 permukaan yang berbentuk segi empat tepat. Lihat rajah | Menengah Atas |
| silinder | cylinder | Pepejal yang keratan rentasnya seragam dan berbentuk lengkung tertutup. Lihat Contoh | Menengah Rendah |