| tempat perpuluhan | decimal place | Bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi suatu perpuluhan. Contohnya, (i) 5.2 (1 tempat perpuluhan); (ii) 5.23 (2 tempat perpuluhan); (iii) 5.234 (3 tempat perpuluhan). | Menengah Rendah |
| perpuluhan berakhir | terminating decimal | Perpuluhan yang bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan adalah terhingga. Contohnya, 0.123 dan 231.7023. | Menengah Rendah |
| pecahan perpuluhan | decimal fraction | Pecahan yang dinyatakan dalam bentuk perpuluhan. Nilai pecahan perpuluhan mesti kurang daripada satu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| perpuluhan jadi semula | recurring decimal | Perpuluhan yang digit atau jujukan digitnya berulang secara berterusan. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| perpuluhan jadi semula | recurring decimal | Perpuluhan yang digit atau jujukan digitnya berulang secara berterusan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| nombor perpuluhan | decimal number | Nombor yang mempunyai titik perpuluhan. | Sekolah Rendah |
| titik perpuluhan | decimal point | Titik yang mengasingkan nombor bulat dengan pecahan perpuluhan. | Sekolah Rendah |
| tempat perpuluhan | decimal place | Kedudukan digit di sebelah kanan selepas titik perpuluhan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| perpuluhan | decimal | Perihal pernomboran yang mewakili pecahan dengan penyebutnya 10, 100, 1000 dan seterusnya. | Menengah Atas |
| perpuluhan | decimal | Perihal pernomboran yang mewakili pecahan dengan penyebutnya 10, 100, 1000 dan seterusnya. Lihat Contoh | Menengah Rendah |