Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengamiranintegrationProses untuk mencari kamiran sama ada kamiran tentu atau kamiran tak tentu dan merupakan proses songsangan bagi pembezaan.Menengah Atas
putaranrotation"Proses penjelmaan yang berlaku apabila setiap titik rajah berputar pada suatu titik tetap melalui sudut tertentu dan mengikut arah tertentu. Lihat ContohMenengah Atas
penjelmaantransformationProses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.Menengah Atas
penaakulanreasoningProses membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berasaskan sebab-sebab atau alasan yang ada.Menengah Atas
operasioperationProses matematik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, operasi asas matematik ialah tambah, tolak, darab dan bahagi.Menengah Atas
deduksideductionProses membuat kesimpulan khusus daripada pernyataan umum. Contohnya, semua murid tahun satu lulus ujian matematik merupakan satu pernyataan umum. Imran murid tahun satu. Secara deduksi, dapat disimpulkan bahawa Imran lulus ujian matematik.Menengah Atas
aruhaninductionProses membuat kesimpulan umum berdasarkan kes-kes khusus.Menengah Atas
permudahkansimplifyProses menulis semula pernyataan sebutan atau ungkapan dalam bentuk yang mudah.Menengah Rendah
penjelmaantransformationProses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz imej sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.Menengah Rendah
pemfaktoranfactorisationProses mencari faktor-faktor bagi sebarang ungkapan, atau sebutan algebra. Contohnya, (i) pq + pr = p(q + r). (ii) a² - b² = (a - b) (a + b).Menengah Rendah
1234

Kembali ke atas