| piramid tegak | right pyramid | Piramid yang puncaknya tegak di atas bahagian tengah tapaknya. Lihat rajah | Menengah Atas |
| trapezium tegak | right trapezium | Segi empat yang mempunyai dua sudut tegak, sepasang sisi selari dan tidak mempunyai paksi simetri. Lihat rajah | Menengah Atas |
| pelan tegak | elevation | Lakaran menegak objek yang dipandang dari sisi tertentu. Pelan tegak dikenali juga sebagai dongakan. Lihat rajah | Menengah Atas |
| hipotenus | hypotenuse | Sisi yang bertentangan dengan sudut tegak dalam sesuatu segi tiga bersudut tegak. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| segi tiga bersudut tegak | right-angled triangle | Segi tiga yang mempunyai tiga sisi dan bersudut tegak, 90°. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| akas teorem Pythagoras | converse of Pythagoras’ theorem | Pernyataan yang menyatakan bahawa dalam suatu segi tiga, jika hasil tambah kuasa dua bagi dua sisinya sama dengan kuasa dua sisi terpanjang, maka segi tiga tersebut adalah bersudut tegak dengan sudut tegak bersetentang dengan sisi terpanjang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| sudut tegak | right angle | Sudut yang mempunyai ukuran bersamaan dengan 90°. Lihat rajah | Menengah Atas |
| silinder tegak | right cylinder | Silinder yang paksinya berserenjang dengan kedua-dua muka hujung. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| prisma tegak | right prism | Prisma yang dua dasarnya sejajar dan mempunyai permukaan sisi berbentuk segi empat tepat. Lihat rajah | Menengah Atas |
| sudut tegak | right angle | Sudut yang saiznya 90°. | Menengah Rendah |