| pantulan | reflection | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. Lihat rajah | Menengah Atas |
| plot | plot | Perbuatan menanda titik-titik untuk melukis graf berdasarkan koordinat yang diberi. Lihat rajah | Menengah Atas |
| pantulan | reflection | Penjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| paksi pantulan | reflection axis | Garis yang menjadi paksi pembalikan titik-titik objek pada sesuatu satah dan menghasilkan imej pada sisi yang bertentangan. | Menengah Rendah |
| graf garis | line graph | Graf yang terhasil daripada garis yang menyambungkan titik-titik yang mewakili data tertentu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| kawasan berlorek | shaded region | Bahagian pada gambar rajah yang ditandai dengan garis-garis, titik-titik atau warna. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| kawasan berlorek | shaded region | Bahagian pada gambar rajah yang ditandai dengan garis-garis, titik-titik atau warna. | Sekolah Rendah |
| titik pusingan | turning point | Titik pada graf yang menunjukkan tempat perubahan kecerunan tangen daripada nilai positif kepada negatif atau sebaliknya. Titik pusingan mungkin merupakan titik maksimum atau titik minimum. Lihat rajah | Menengah Atas |
| nombor segi tiga | triangular number | Nombor 1, 3, 6, 10, … merupakan nombor segi tiga kerana nombor-nombor tersebut merujuk kepada bilangan titik-titik yang disusun untuk membentuk segi tiga. Lihat rajah | Menengah Atas |
| garis lurus penyuaian terbaik | line of best fit | Garis lurus terbaik yang dilukis merentasi serakan plot untuk menentukan hubungan antara dua pemboleh ubah. Garis lurus ini melalui seberapa banyak titik yang mungkin dan titik-titik yang tidak berada pada garis, bilangannya adalah seimbang di kedua-dua belah garis. Lihat rajah | Menengah Atas |