Glosari Matematik Untuk Sekolah
| ujian kebolehbahagian | divisibility test | Ujian untuk mengetahui sama ada satu nombor boleh dibahagikan secara tepat dengan nombor lain. Contohnya, 336 boleh dibahagi dengan 3 kerana 3 + 3 + 6 =12 dan 12 boleh dibahagi dengan 3, maka 336 boleh dibahagi dengan 3. | Menengah Atas |
| deduksi | deduction | Proses membuat kesimpulan khusus daripada pernyataan umum. Contohnya, semua murid tahun satu lulus ujian matematik merupakan satu pernyataan umum. Imran murid tahun satu. Secara deduksi, dapat disimpulkan bahawa Imran lulus ujian matematik. | Menengah Atas |
Kembali ke atas