Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir; ~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb, Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama men­daki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan se­suatu tidak pd tempatnya; berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi; berlurah ada lurah, berlembah; berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Id 1. ketua kampung: hatta berapa lamanya negeri Majapahit pun besarlah, segala ~ Jawa semuanya takluk ke Majapahit; 2. ketua atau pemimpin (sesuatu bahagian pekerjaan); kelurahan daerah di bawah jagaan lurah, rumah atau pejabat lurah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanah rendah di antara gunung; lembah. 2 alur atau lekuk memanjang pd papan dll. berlurah 1 ada lurahnya; berlembah. 2 mempunyai alur (pd papan dll). melurah membuat alur atau lekuk memanjang pd papan. melurahkan menyebabkan sesuatu jadi berlurah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : lurah

Tesaurus
 
lurah (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanah rendah: lembah

2. Bersinonim dengan alur: lekuk, galur, oreng.,


Peribahasa

Lurah juga diturut air,
     bukit juga dilejang panas.

Bermaksud :

Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
valleyn lembah, lurah: the ~ between two mountains, lembah di antara dua buah gunung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rift valleyn lurah gelinciran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hanging valleyn lurah tergantung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
valen (liter.) valley, lembah, lurah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drownedadj 1. killed by being submerged in water, mati lemas: the ~ passengers, penumpang-penumpang yg mati lemas; 2. submerged, tenggelam; ~ valley, lurah tenggelam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cleavagen 1. split, division, jurang: the ~ between the rich and the poor, jurang antara yg kaya dgn yg miskin; 2. (colloq) space between a woman’s breasts, lurah dada.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
across2. (rel to position) from side to side of, melintang: lie ~ the bed, berbaring melintang katil; a line ~ the page, garis melintang di muka surat; 3. through, merentasi: the path ~ the bog, jalan kecil yg merentasi paya gambut; 4. extending over, merentangi: a rope was stretched ~ the road, seutas tali diregangkan merentangi jalan; the bridge ~ the canyon, jambatan yg merentangi lurah curam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lopvt 1. also ~ /away, off/, cut off with swift strokes, a. (tree, plant) memotong, mencantas, memangkas: he ~ped the dead branches from the tree, dia memangkas dahan-dahan mati dr pokok itu; b. (head) memancung, memenggal, mencantas: the executioner ~ped off the prisoner’s head, pertanda memancung kepala banduan itu; c. (limb), /memenggal, memotong, mengerat/; (accidentally) terpotong, terkerat: his finger was ~ped off by a milling machine, jarinya terpotong oleh mesin lurah; 2. eliminate as excessive, memotong, mengurangkan: some bus services have been ~ped off this route, beberapa perkhidmatan bas di laluan ini telah dikurangkan perjalanannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas