| benang | 1. tali halus drpd kapas, sutera, dll yg digunakan utk menjahit atau menenun; 2. = ~ skru geligir berpilin pd skru; ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garis lurus (dipakai oleh tukang kayu); ~ emas benang berupa dawai halus yg berwarna spt emas utk menyulam atau menenun; ~ mentah benang yg belum dipintal; ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas; ~ pakan benang pd torak tenun; ~ pancarona benang yg berwarna macam-macam; ~ raja pelangi; ~ sari a) bahagian yg menghubungkan stigma dan rahim bunga; b) = ~ serbuk Id tangkai tempat sari (serbuk bunga); bagai ~ dilanda ayam prb kusut masai; menegakkan ~ basah prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; melanggar ~ hitam prb melanggar pantang larang, melanggar adat resam; sehari selembar ~, lama-lama jadi kain prb sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga;berbenang 1. mempunyai benang; 2. mempunyai benang skru;membenang 1. merupakan benang; 2. ki tidak putus-putus, bersambung-sambungan, beraturan; 3. = membenangkan membuat benang skru;pembenangan perihal atau perbuatan membuat benang (skru);pembenang (Kej) alat utk membuat benang skru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| benang | 1 tali halus drpd kapas dsb yg dipintal dan digunakan utk menjahit atau utk menenun kain. 2 = ~ skru bahagian skru yg timbul dan berbelit-belit. ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garisan lurus (digunakan oleh tukang kayu). ~ emas benang halus berwarna emas yg digunakan utk menyulam atau utk menenun. ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas. ~ sari bahagian bunga yg menghubungkan stigma dgn rahim bunga. bebenang sesuatu yg menyerupai benang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| benang | 1. tali halus drpd kapas dsb yg dipintal dan digunakan utk menjahit atau utk menenun kain. 2. = ~ skru bahagian skru yg timbul dan berbelit-belit. ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garisan lurus (digunakan oleh tukang kayu). ~ emas benang halus berwarna emas yg digunakan utk menyulam atau utk menenun. ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas. ~ sari bahagian bunga yg menghubungkan stigma dgn rahim bunga. bebenang sesuatu yg menyerupai benang. | Kamus Pelajar |
| serbuk | benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyala-kan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg diguna-kan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk; menyerbuk menjadi (spt) serbuk; menyerbukkan menghancurkan (menumbuk, mengisar, dll) menjadi serbuk; menyerbuki Id memindahkan (mengenakan) debunga pd stigma; penyerbukan 1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk; 2. Id pemindahan debunga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| minyak I | cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair; ~ angin sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dll) yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; ~ atar sj minyak wangi (berasal dr negara Timur Tengah); ~ babi cairan lemak babi; ~ bakar Id minyak utk menjalankan enjin (kapal dll); ~ bata minyak yg diperbuat drpd buah suntai (boleh dimakan); ~ benzin minyak utk menggerakkan jentera dll; ~ bumi beberapa jenis minyak yg dilombong dr bumi; ~ cat minyak utk mencairkan cat; ~ cenduai sj minyak guna-guna (utk menarik hati perempuan); ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel; ~ galian minyak bumi; ~ gas = ~ tanah minyak yg mudah terbakar (dipakai utk lampu dll); ~ goreng minyak utk goreng-menggoreng; ~ gosok minyak yg digunakan utk mengurut; ~ hitam a) minyak yg agak pekat utk melicinkan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); ~ ikan minyak drpd lemak ikan paus dsb; ~ jarak (kelapa, zaitun, dll) minyak yg dibuat drpd buah jarak (kelapa, zaitun, dll); ~ kacang minyak yg diperoleh drpd kacang tanah, biasanya digunakan dlm masakan, produk farmaseutikal, sabun dsb; ~ kelapa minyak yg diperoleh drpd isi kelapa dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ kelung air atau cairan yg keluar dr pipi gajah yg sedang naik berahi; ~ kelonyor sj minyak yg harum dan mudah meruap (eau de Cologne); ~ lincir Id ~ = ~ pelicin minyak utk melicinkan perjalanan mesin dll; ~ linsid minyak berwarna perang dan mudah terbakar yg diekstrak drpd biji flaks, digunakan dlm pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dsb; ~ masak minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau menggoreng makanan; ~ mentah minyak yg dilombong dan belum diolah lagi; ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm perubatan; ~ pati minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb; ~ parafin minyak tanah; ~ pekat Id salap; ~ pelincir minyak utk melicinkan atau melancarkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; ~ perlu campuran alkohol, ester, aldehid, keton, dll yg diekstrak drpd bahagian tumbuhan spt bunga, daun atau kayu, dan digunakan utk membuat minyak wangi dan perisa makanan; ~ petrol minyak utk menjalankan enjin dll; ~ rambut minyak utk melicinkan rambut; ~ regular = ~ biasa minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg rendah; ~ sapi = ~ samin sj minyak yg diperbuat drpd susu lembu dll; ~ sawit minyak yg diperoleh drpd buah kelapa sawit dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuhtumbuhan dan digunakan utk memasak, membuat majerin dsb; ~ super minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg tinggi; ~ tetap minyak lemak yg tidak meruap yg diperoleh drpd sayur-sayuran atau haiwan dan digunakan utk membuat bahan pelincir, sabun dsb; ~ wangi = ~ raksi minyak yg berbau harum (bau-bauan); ~ dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu; ~ duyung perendang duyung = ~ kita juga yg digo-rengkannya prb seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri; ~ habis sambal tak enak prb kekecewaan dlm perjodohan anak dgn menantu; licin kerana ~ berminta, elok kerana kain berse-lang prb sindiran utk merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta atau barang yg dipinjam; memasukkan ~ tanah prb menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat; sesudah arang-arang hendak ~ pula prb sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu; berminyak 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~; ~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik; ~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung; meminyaki memberi berminyak, membubuh minyak pd, melumuri dgn minyak: ia sibuk ~ segala bahagian jentera yg bergerak; perminyakan perihal minyak (perlombongannya dll); sakramen ~ Id sj upacara bersembahyang utk orang yg hampir akan mati (Roman Katolik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dasar | 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian;berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, bersandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; berdasarkan berasaskan, bersandarkan, berlandaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;mendasar bersifat dasar atau asas: keperluan-keperluan yg paling ~ bagi zamannya; mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ penulisannya; mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |