| harian | 1. setiap hari; buku (catatan) ~ buku utk dituliskan catatan hari-hari; buruh (pekerja) ~ buruh yg dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja; catatan ~ catatan tentang apa yg berlaku setiap hari; Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah; pengurus ~ Id pengurus yg mengerjakan urusan hari-hari; perintah ~ pemberitahuan panglima kpd pasukan-pasukannya; suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari; 2. (diterbitkan) setiap hari (bkn akhbar): ~ Utusan Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gaji | upah yg tetap, bayaran yg tetap utk pekerjaan;hari ~ hari pembayaran gaji; makan ~ bekerja utk mendapat gaji; orang ~ pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah, amah; ~ bulan (minggu, hari) upah kerja yg dibayar setiap bulan (minggu, hari); ~ buta gaji yg diterima tanpa bekerja (keras); ~ mati gaji yg telah mencapai tahap terakhir (maksimum) dlm tangga gaji seseorang pekerja: sbg pemimpin persatuan, dia ingin melihat pekerja sektor perkilangan mendapat ~ mati lebih drpd RM1000 sebulan; ~ pokok gaji yg menjadi dasar dgn tiada tambahan elaun dsb; bergaji mendapat gaji: ~ besar;menggaji memberi (membayar) gaji, mengambil sbg pekerja: ia ~ penolongnya sangat rendah; orang-orang Cina lebih suka mengambil saudara-saudara mereka bekerja drpd ~ orang luar;gajian; orang ~ a) hamba, bujang, babu; b) orang pinjaman atau sewaan (dgn kontrak dll); hari ~ hari gaji;penggajian urusan menggaji: majikan perlu mengemukakan permohonan kpd Urusetia P~ Pekerja Asing di kementerian itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mungkin | boleh jadi; dpt terjadi; tidak mustahil: Emaknya ~ datang ke rumahnya hari ini. secepat (selekas) ~ secepat yg dpt; secepat-cepatnya. memungkinkan 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. kemungkinan 1 keadaan mungkin. 2 sesuatu yg mungkin berlaku: Syarikat tsb mempunyai ~ besar utk maju. berkemungkinan mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hari | 1. masa dr matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi (masa sekali bumi berpusing pd paksinya, 24 jam): ada tujuh ~ dlm seminggu; ~ Ahad (minggu), ~ Isnin, ~ Selasa, ~ Rabu, ~ Khamis, ~ Jumaat, dan ~ Sabtu; 2. = siang ~ masa dr matahari terbit hingga matahari terbenam: dua ~ dua malam; hari ini kami bekerja setengah ~; tengah ~ waktu ketika matahari sangat tinggi; 3. bahagian dr masa antara matahari terbit hingga matahari terbit sekali lagi; malam ~ bahagian sebelah malam; pagi ~ bahagian sebelah pagi; petang ~ bahagian sebelah petang; 4. keadaan (alam, cuaca, udara, dll): kerana ~ hujan, dia tidak keluar rumah; apabila aku balik dr hutan, ~ pun sudah malam; 5. masa kerja dlm satu hari: dia mendapat gaji tiga ringgit satu ~; gaji ~ gaji berdasarkan bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja; 6. masa yg lalu atau yg akan datang: dia telah membeli sebuah rumah utk ~ tuanya; belakang (kemudian) ~ masa yg akan datang; tempoh ~ dahulu; ~ acara Id ark hari diadakan pemeriksaan perkara; ~ akhirat = ~ kemudian masa sesudah berakhirnya kehidupan di dunia yg ada sekarang ini; ~ Asyura hari yg kesepuluh bulan Muharam; ~ baik bulan baik Hari Raya (Krismas bagi orang Kristian, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi orang Islam, perayaan Tahun Baru bagi orang Cina, Deepavali bagi orang India, dsb); ~ bapa hari (pd Ahad ketiga dlm bulan Jun) utk mengenang atau memperingati jasa bapa; ~ batal ark = ~ jatuh Id waktu yg ditentukan sbg had yg terakhir bagi membuat sesuatu tuntutan dll; ~ besar hari yg dirayakan kerana memperingati sesuatu peristiwa penting; ~ bulan tanggal, tarikh; ~ Buruh hari cuti am sbg penghormatan kpd kaum buruh; ~ depan (nanti) masa yg akan datang; ~ gaji hari para pekerja dibayar gaji atau upah, mis pd akhir setiap bulan dsb; ~ guru hari (pd 16 Mei) yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru; ~ ibu hari (pd Ahad kedua dlm bulan Mei) utk mengenang atau memperingati jasa ibu; ~ ibu bapa hari perayaan sekolah (ibu bapa dijemput); ~ jadi = ~ lahir hari memperingati lahirnya seseorang; ~ Jumaat Besar Id hari kematian Jesus; ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; ~ Kebangsaan hari (yg tertentu tarikhnya) yg dirayakan oleh seluruh rakyat sesebuah negara sbg memperingati kemerdekaan dsb; ~ kelepasan = ~ libur hari cuti, hari rehat; H~ (Memperingati) Kekasih hari (pd 14 Februari) yg diraikan oleh pasangan kekasih, suami isteri dsb, yg juga dikenali sbg Valentine’s Day; ~ Kemerdekaan = ~ Merdeka hari menyambut atau memperingati kemerdekaan negara; ~ keputeraan hari lahir (nabi, raja); ~ kerja hari orang biasanya bekerja (bukan hari cuti atau hari minggu); ~ lebaran Id Hari Raya; ~ mahsyar = ~ hisab hari diperhitungkan segala dosa dan pahala manusia di akhirat; ~ matahari hari yg panjangnya ditentukan oleh matahari; ~ muka hari depan; ~ Natal hari jadi Jesus; ~ Pahlawan hari memperingati pahlawan yg terkorban; ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia; ~ penamaan (calon) (Udg) hari yg ditetapkan utk menamakan calon pilihan raya; ~ perniagaan hari berlakunya urusan atau kegiatan perniagaan; H~ Raya a) = H~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari yg dirayakan sesudah puasa (pd 1 Syawal); b) = H~ Raya Haji (Korban) = H~ Raya Aidiladha hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); ~ sekolah hari waktu bersekolah; ~ syak hari yg mungkin 30 Syaaban dan mungkin juga 1 Ramadan (belum pasti mula wajib berpuasa bagi orang Islam); ~ tasyrik hari yg disunatkan menyembelih korban (11, 12 dan 13 Zulhijah); ~ tua masa seseorang sudah tua; ~ ulang tahun hari yg bertepatan dgn hari bulan dan bulan seseorang dilahirkan, atau sesuatu (perkahwin- an, penubuhan organisasi dsb) berlaku: ~ ulang tahunnya adalah pd 1 Januari; pasangan itu menyambut ~ ulang tahun perkahwinannya yg ke-50; ~ wuquf hari jemaah haji berhimpun di padang Arafah (9 Zulhijah); ~ baik (pagi) dibuang-buang, ~ buruk (petang) dikejar-kejar prb membiarkan peluang yg baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar; ada ~ ada nasi prb selalu akan beroleh rezeki sekiranya masih hidup; ia sepanjang ~ janji sepanjang jalan prb mudah mengucapkan janji tetapi sukar menepatinya; sehari satu hari; ~ dua satu atau dua hari, beberapa hari; ~ suntuk sepanjang hari; ~ tumbas Kl sehari suntuk; raja ~ pengantin (pd hari perkahwinan);seharian sepanjang hari (dr pagi hingga petang), sehari suntuk, sehari-harian: doh itu dipotong dan dijemur ~ hingga benar-benar kering sebelum dibungkus; kadang-kadang doktor sendiri tidak makan ~;sehari-hari tiap-tiap hari, saban hari: barang keperluan ~; sehari-harian seharian: dia merasa tersangat letih selepas bekerja ~; berhari; ~ minggu bersenang-senang pd hari minggu; ~ raya merayakan Hari Raya dll; berhari-hari beberapa hari: kadang-kadang dia pergi ~ lamanya; berhari-harian beberapa hari penuh: buruh yg mogok berpiket ~; harian 1. setiap hari; buku (catatan) ~ buku utk dituliskan catatan hari-hari; buruh (pekerja) ~ buruh yg dibayar mengikut berapa hari dia sebenarnya bekerja; catatan ~ catatan tentang apa yg berlaku setiap hari; Maktab (Pusat) Latihan ~ maktab (pusat) latihan guru-guru sekolah rendah; pengurus ~ Id pengurus yg mengerjakan urusan hari-hari; perintah ~ pemberitahuan panglima kpd pasukan-pasukannya; suhu ~ hitung panjang suhu tiap-tiap hari; 2. (diterbitkan) setiap hari (bkn akhbar): ~ Utusan Melayu; perharian hal mengira bilangan hari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hari gaji | hari para pekerja dibayar gaji atau upah, mis pd akhir setiap bulan dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mungkin | boleh jadi; dpt terjadi; tidak mustahil: Emaknya ~ datang ke rumahnya hari ini. secepat (selekas) ~ secepat yg dpt; secepat-cepatnya. memungkinkan 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan kerja dgn c | Kamus Pelajar |
| kurang | 1. tidak atau belum sampai kpd angka (ukuran, takat, dll) yg tertentu, tidak atau belum cukup (genap, lengkap, sampai, tepat, dll): tidak dapat dibayarnya harga tersebut kerana wangnya ~; sudah pun disusun rancangan mengirim pekerja-pekerja ke tempat-tempat yg ~ tenaga buruhnya; 2. utk menyatakan bilangan atau banyaknya yg belum cukup utk mencapai jumlah genap yg tertentu, tersedikit sebanyak (satu, dua, dll) utk menjadi atau mencapai (sesuatu jumlah dsb): ~ dua seratus dua lagi cukup atau genap seratus; ~ dua tahil empat kati dua tahil lagi menjadi empat kati; 3. lebih rendah atau sedikit drpd sesuatu apabila diperbandingkan: banyaknya hasil padi tahun ini ~ drpd hasil tahun lepas; nilai barang-barang yg diimport ~ drpd yg dieksport; bertambah ~ menjadi makin kurang (drpd keadaan sebelumnya); 4. tidak berapa (baik, maju, sihat, dll), tidak begitu; ~ maju tidak berapa maju; ~ manis a) tidak berapa manis (kerana tidak cukup gulanya, agak tawar; b) tidak berapa manis atau tertib (bkn tingkah laku dsb), kurang sopan; ~ mengerti; ~ pasti; ~ percaya; 5. tidak sempurna (terdapat kelemahan dsb), cacat, cela: cerpen itu tidak dapat disiarkan kerana banyak ~nya; 6. Id ditolak, diambil: lima ~ satu tinggal empat; ~ adat tidak sopan; ~ ajar tidak sopan, buruk (kasar) budi pekertinya; ~ akal a) bodoh; b) agak gila; ~ asam bp kurang ajar; ~ bahasa tidak bersopan santun, tidak halus budi bahasanya; ~ beres a) tidak berapa beres; b) agak gila sedikit; ~ darah penyakit atau keadaan tubuh yg lemah disebabkan tidak cukup darah dlm tubuh; ~ fikir tidak difikirkan (dikaji) betul-betul; ~ hati tidak berminat; ~ ingat a) tidak berapa ingat; b) kurang hati-hati, kurang berjaga-jaga; ~ jadi tidak berapa banyak atau memuaskan buahnya atau hasilnya (bkn pokok buah-buahan, padi, dll); ~ jantan pengecut, penakut; ~ lebih = lebih ~ kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll); ~ makan (minum, tidur, dsb) tidak cukup makan (minum, tidur, dsb); ~ periksa tidak tahu (sesuatu perkara, keadaan, dsb); ~ sara Kl agak gila sedikit; ~ tenaga a) tidak mempunyai tenaga atau kekuatan; b) tidak cukup pekerja; ~ terima (penerimaan) tidak berapa menyambut baik (tidak berterima kasih), tidak senang; ~ umur belum cukup umur, belum mencapai umur yg ditentukan (utk sesuatu); ~ kerat, rengkuh yg lebih prb usaha tiada seberapa, hanya cakap yg lebih; ~ tambah-menambah, senteng bilai-membilai prb sesuatu pekerjaan hendaklah dikerjakan bersama-sama (dgn bergotong-royong) supaya sempurna; kurang-kurang 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; sekurang-kurangnya 1. paling kurang, yg tersedikit, serendah-rendahnya: perbelanjaan yg diperlukan utk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit; kebanyakan penduduk di sini memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga; 2. setidak-tidaknya: bagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi; berkurang menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut drpd sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit): pd ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam; penyakitnya ~ sesudah ia berehat; mengurang menjadi kurang (susut); mengurangi menjadikan berkurang (kerapnya, derasnya, hebatnya, dll), menyusuti: sebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti; mengurangkan 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; terkurang kurang banyak (kuat, lama, dll) drpd, tersedikit drpd: daya tarikan bumi di Madras, India, adalah ~ sedikit drpd tarikan bumi di Honolulu, Hawai; sel-sel darah putih itu jauh ~ jumlah bilangannya drpd sel-sel darah merah; kekurangan 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; kekurang...an perihal (keadaan) kurang ...: kekurangajaran, kekurangsenangan, berkekurangan mempunyai kekurangan: hidupnya tidak ~ dan dapat dikatakan senang juga; perkurangan perihal berkurang; pengurangan perihal atau perbuatan mengurangi (mengurangkan), penyusutan: ~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman; pengurang Id bilangan (angka) utk mengurangi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cuti | 1. hari kelepasan, libur: 31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia; 2. masa yg dibenarkan utk tidak bekerja (utk berehat, dirawat kerana sakit, dll), libur; ~ am hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, dll); ~ belajar cuti yg diberikan kpd seseorang pekerja utk melanjutkan pelajaran, sama ada dgn bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; ~ bersalin cuti bergaji selama satu tempoh yg ditetapkan yg diberikan kpd seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak; ~ sakit cuti yg diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja; ~ tahunan sejumlah cuti rehat bergaji penuh yg berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun; ~ tanpa gaji cuti yg dibenarkan kpd seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji; ~ umum cuti am; bercuti 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; percutian cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; pecuti orang yg (sedang) bercuti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kerja | 1 = pekerjaan sesuatu yg dilakukan oleh seseorang utk mencari nafkah; pencarian: Ada yg ~nya berladang dan ada pula yg berniaga. 2 sesuatu yg mesti dilaksanakan; tugas: Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan ~ masing-masing. 3 kegiatan atau usaha melakukan sesuatu: ~nya tiap-tiap hari tiada lain drpd membaca surat khabar. ~ kayu pertukangan kayu (spt membuat kerusi dll). ~ kosong jawatan yg belum diisi atau yg belum dipenuhi (di pejabat dll). ~ lapangan kajian ttg sesuatu yg dilakukan di tempat semula jadinya utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu), dan bukan dijalankan di dlm makmal, di dlm pejabat dsb. ~ raya kerja (membuat jalan raya dll) yg dibuat oleh kerajaan utk faedah orang ramai. bekerja membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. mengerjakan 1 membuat sesuatu kerja: Dia sentiasa ~ suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 2 membuat atau mengusahakan (sawah dll): Kebanyakan petani di sini ~ sawah. 3 menjalankan; melaksanakan; menyelesaikan: Segala rancangan telah dikerjakan dgn jayanya. pekerjaan 1 sesuatu yg dilakukan utk mencari nafkah hidup; pencarian: ~ mereka ialah bercucuk tanam dan menangkap ikan. 2 sesuatu yg dikerjakan atau yg dibuat: Demikianlah ~nya setiap hari. pekerja orang yg bekerja utk memperoleh pendapatan: Tiga orang ~ syarikat itu telah dipecat. ~ bulanan (mingguan) pekerja yg menerima gajinya tiap-tiap bulan (minggu). ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb dlm melakukan kerja lapangan. ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai jenis kerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sibuk I | 1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang): jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat; kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut; bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka berpura-pura ~ dgn benda-benda di atas meja; menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menyebabkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau dibebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pulalah ~ yg menggila itu; penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |