Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ada selama-lamanya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kekalada selama-lamanya; tidak berubah selama-lamanya; abadi: Hanya Allah saja yg ~. ~ abadi kekal utk selama-lamanya. ~ karar kekal dan tenteram. berkekalan tetap selama-lamanya; tidak hilang-hilang; tidak berubah-ubah keadaannya; tidak berkesudahan; berlanjutan: Baginda telah menamai tempat itu Melaka, dan ~lah nama itu hingga hari ini. mengekalkan menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? kekekalan keadaan atau hal kekal (tidak berubah-ubah) utk selama-lamanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kekalada selama-lamanya; tidak berubah selama-lamanya; abadi:Hanya Allah saja yg ~. ~ abadi kekal utk selama-lamanya. ~ karar kekal dan tenteram. berkekalan tetap selama-lamanya; tidak hilang-hilang; tidak berubah-ubah keadaannya; tidak berkesudahan; berlanjutan:Baginda telah menamai tempat itu Melaka, dan ~lah nama itu hingga hari ini. mengekalkan menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? kekekalan keadaan atau hal kekal (tidak berubah-ubah) utk selama-lamanya.Kamus Pelajar
kekaltetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepan­jang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlan­jutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekal­kan, pemeliharaan (supaya berterusan).Kamus Dewan Edisi Keempat
berkekalansentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepan­jang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
abadiAr 1. ada permulaan yg tiada pengakhir­an (bkn masa, kehidupan, kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2. wujud atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak ber­kesudah­an, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~; mengabadikan 1. menjadikan abadi, me­nge­kalkan: kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadi­kan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui per­cetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar yg terkorban; terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan; pengabadian perihal mengabadikan, pe­ngekal­an.Kamus Dewan Edisi Keempat
langsung1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh meno­long orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunang­an mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; berlangsung 1. berlaku (peperangan, ke­ramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah ber­nikah); keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa: ~ perjalanan peristiwa; melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (per­jalanan dll), terus-menerus; melangsungkan 1. melakukan, mengerja­kan, mengusahakan: kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu; 2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dll): kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya utk ~ rasa penyair kpd pembacanya; terlangsung 1. telah dikerjakan atau dilak­sanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; kelangsungan perihal berterusan atau ber­lanjutan, kelanjutan, kesinambungan: se­muanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; perlangsungan perihal berlangsungnya se­suatu perkara.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelapangan1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2. keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tetap1 tidak berpindah atau tidak berganjak dr tempatnya: Orang tua­nya ~ tinggal di kampung, tidak mahu berpindah ke tempat lain. 2 tidak berubah-ubah keadaannya atau halnya; selalu demikian halnya: Sekali merdeka ~ merdeka. 3 kekal sepanjang masa atau kekal utk selama-lamanya: Moga-moga persahabatan kita ~ hingga ke akhir hayat. 4 sudah pasti; tentu; mesti: Mesyuarat tsb ~ akan diadakan pd hari itu. 5 bukan utk sementara waktu: Jawatan ini ~ dan berpencen. 6 ki teguh berpegang pd kepercayaannya, pendapatnya dll: Dia ~ tidak mahu berdamai dgn musuhnya. menetap duduk atau tinggal dgn tetap di sesuatu tempat: Ada yg pulang ke kampung halamannya dan ada juga yg ~ di kota. menetapi memenuhi atau menunaikan janji dll: Dia tidak pernah ~ janjinya. menetapkan 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; me­ngekalkan. ketetapan 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak maji­kan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. 2 keteguhan hati atau kemahuan; ketabahan hati. penetapan perbuatan atau hal menetapkan; penentuan. penetap se­suatu yg menetapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
buang; ~ air besar bh berak; ~ air kecil bh kencing; ~ angin keluarnya angin biasanya berbau busuk dr perut melalui dubur, kentut; ~ kerja hukuman memberhentikan atau memecat seseorang drpd kerja atau jawatannya; ~ negeri (daerah) hukuman yg dikenakan ke atas seseorang dgn memaksanya keluar dr sesebuah negara (daerah) bagi tempoh tertentu atau selama-lamanya; hukuman ~ hukuman pengasingan (ke tempat yg jauh dan terasing); membuang 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; membuangkan membuang utk orang lain; terbuang 1. sudah dibuang; 2. sia-sia, tidak berguna; terbuang-buang tersia-sia;buangan 1. sesuatu yg dibuang (sampah dll);2. (orang) yg dibuang (dihukum buang); 3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri: kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dlm ~; kerajaan ~ kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); pembuangan 1. perihal membuang(kan); 2. tempat membuang (sampah dll); 3. tempat hukuman (orang yg dihukum buang);pembuang orang yg membuang sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lama1 panjang masanya; lw sekejap: Anaknya sudah ~ pergi ke luar negara. 2 panjangnya waktu: Tiga jam ~nya ia menunggu di situ. 3 telah ada sejak dahulu: lw baru (moden); kuno: Ia sedang mempelajari kesusasteraan Melayu ~. 4 tua (tidak baru): Baju ini sudah ~. lama-lama 1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~. berlama-lama berbuat sesuatu dgn lama: Jangan ~ bersiap, nanti ketinggalan bas. melamakan memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. memperlama menjadikan lebih lama (ttg sesuatu tempoh). lama-kelamaan akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. selama sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. selama-lamanya 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas