Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
adat1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekua­saan­nya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika ber­kehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
aturan1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;Kamus Dewan Edisi Keempat
melazimkanmenjadikan lazim, membiasa­kan: agama pun mengizinkan laki-laki beristeri empat dan adat pun ~nya pula;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyesuaikanmenjadikan sesuai, menye­laraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini;Kamus Dewan Edisi Keempat
kemelayuanciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tertakluk1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya Mekah bererti ~nya se­luruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd, wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah dan bijih timah;Kamus Dewan Edisi Keempat
tingkalakMn sj alat menangkap ikan yg bentuknya panjang merunjung, sj lukah, tengkalak; ~ menghadap mudik, lukah meng-hadap hilir prb segala sesuatu menurut adat kelaziman­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lazimtelah umum (dipakai, dilakukan, dll), biasa, ghalib, selalu: hal yg seumpama itu telah ~ berlaku di England; ~nya biasanya, selalunya, umumnya; melazimkan menjadikan lazim, membiasa­kan: agama pun mengizinkan laki-laki beristeri empat dan adat pun ~nya pula; kelaziman sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi pihak mahkamah mem­benarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh itu; pelaziman proses menjadikan sesuatu (tindakan, perlakuan) lazim.Kamus Dewan Edisi Keempat
langgam1 cara; ragam; gaya: ~ bahasanya spt loghat orang Kedah. ~ baju Melayu. 2 adat kebiasaan: Di sini ~nya berbeza drpd ~ di tempat saudara. 3 sj irama lagu yg moden dan popular (bukan irama Melayu asli).Kamus Pelajar Edisi Kedua
lawan1 pasangan yg tepat; jodoh: Ulam petai ~nya sambal belacan. 2 musuh (dlm peperangan); penentang (dlm permainan sukan dll): ~nya dlm permainan badminton itu lebih handal. 3 tandingan; imbangan: Kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di bandar ini. 4 sesuatu yg bertentangan; kebalikan: Tinggi ~nya rendah. ~ jam gerakan (pusingan) yg arahnya bertentangan dgn arah gerakan jarum jam. berlawan 1 ada tandingannya atau lawannya. 2 bertanding (dlm permainan dll); beradu: Pasukan bola sepak Malaysia akan ~ dgn pasukan Jepun malam ini. 3 bertentangan dgn hukum (adat dll); bersalahan. berlawanan 1 tidak sehaluan; bertentangan: Pendapat kami sentiasa ~. 2 berlumba utk mencapai sesuatu matlamat; bersaingan. melawan 1 menentang (musuh dll): Sel putih dlm darah akan ~ kuman itu. 2 melayan (berbual, berbicara dll); menjadi teman kpd: Ahmad ~ kawannya berbual hingga larut malam. 3 menandingi (dlm perniagaan, perlumbaan dll); menyaingi: Tidak ada seorang pun yg dpt ~ kekuatannya. memperlawankan membuat supaya berlawan atau berkelahi; memperlagakan. perlawanan 1 hal atau perbuatan berlawan; pertandingan; peraduan: Mereka datang utk menyaksikan ~ bola sepak. 2 hal atau keadaan berlawanan: ~ kata. pelawanan hal atau perbuatan melawan; penentangan: Mereka telah menyerah kalah tanpa memberikan ~ sedikit pun. pelawan orang yg (suka) melawan; penentang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910

Kembali ke atas