Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : agama yg bukan ciptaan manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agama langit


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
agama langitagama yg bukan ciptaan manusia;Kamus Dewan Edisi Keempat
agama1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); beragama 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama, beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg tidak ber­dasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda; mengagamakan menjadikan sesuatu sbg agama; keagamaan perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama: sastera ~; semangat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
samawiAr 1. berkaitan dgn langit (cakera-wala); 2. berkaitan dgn ketuhanan: solat adalah titik pertemuan antara agama ~ drpd Adam hingga Muhammad.Kamus Dewan Edisi Keempat
pokok1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pen­dapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya me­manjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera; sepokok satu pokok, sama pokoknya, sama dgn harga beli (modal); berpokok 1. ditumbuhi pokok, terdapat atau ada pokok: sebidang tanah lapang yg langsung tidak ~; 2. berasal (drpd), bermula (dr); 3. berasas (pd), berdasar (pd); ~ pangkal pd berpunca drpd, mempunyai sesuatu sbg asasnya; 4. berlantaran, bersebab; 5. bermodal; memokoki memodali, memberi modal; memokokkan memusatkan (pd), menumpu­kan (pd); terpokok 1. terpenting sekali, terutama sekali; 2. mempunyai harga spt yg ditetapkan, berharga.Kamus Dewan Edisi Keempat
pedoman1. sj alat berupa jam yg menunjukkan arah (mata angin), kompas; 2. ki sesuatu yg di­jadikan asas (pegangan) utk melakukan se­suatu, petunjuk: kitab suci al-Quran ialah sebaik-baik panduan dan ~ bagi kehidupan manusia; harga ~ harga yg dijadikan dasar harga jualan umum; 3. buku petunjuk (mengan­dungi cara menjalankan atau melakukan sesuatu): kebanyakan pembuat motokar membekalkan buku ~ yg memberi penerangan tentang kereta itu; 4. pimpinan (perkum­pulan dll), pengurus; berpedoman 1. mempunyai pedoman; 2. berpegang (pd), mengarah ke: ~ pd agama; berpedomankan berpedoman (berpegang) pd: orang-orang itu mencari jalannya dgn ~ bintang-bintang di langit.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanah I1. lapisan bumi yg di atas sekali: ~ kaki tiang rumahnya pun digali, dibuang­kan ke laut; 2. keadaan bumi di sesuatu tem­pat: daerah itu subur ~nya; 3. bahagian per­mu­kaan bumi yg diberi bersempadan: tiap-tiap seorang penduduk diberi ~ seluas lima ekar utk bercucuk tanam; 4. negeri, daerah, wilayah: T~ Melayu; T~ Lampung; 5. bahan-bahan bumi (pasir, batu, dll) sbg campuran dgn bahan yg lain: rumahnya tidak ber­tiang tinggi sbg rumah kita, ia cuma ru­mah ~ berdindingkan tanah liat atau ta­nah keras; 6. warna dasar (pd kain dll): warna ~ baju yg dipakainya itu hitam; ~ air a) negeri tempat seseorang dilahirkan; b) daerah yg di bawah sesuatu pemerintahan; ~ bendang tanah (utk) sawah; ~ beroya ark pasir yg hanyut; ~ besar tanah daratan yg luas sbg lawan pulau; ~ cempaka belerang kasar (ketul-ketul belerang yg diambil dr lombong); ~ dangkal tanah yg tidak subur; ~ datar = ~ pamah = ~ rata tanah yg rata (dataran); ~ daun = ~ labu ark tanah drpd daun-daun yg lama terpendam, humus; ~ dingin negeri yg berhawa dingin; ~ gambut = ~ hitam tanah yg bercam­pur dgn tumbuh-tumbuhan yg telah reput (banyak mengandungi karbon); ~ gembur tanah subur yg terdiri drpd campuran pasir dan tanah liat serta bahan-bahan organik lain; ~ goyang ark gempa bumi; ~ haram a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; ~ hidup Id tanah yg diusahakan (ditanami); ~ jajahan negeri (daerah) yg dijajah oleh negara asing; ~ kampung perkarangan, kawasan rumah; ~ kebun tanah utk berkebun; ~ kerajaan a) tanah kepunyaan raja; b) tanah kepunyaan kerajaan; ~ kering a) tanah yg tidak diusaha­kan; b) huma, ladang; ~ kompeni tanah kera­jaan di Negeri-Negeri Selat; ~ kongsi Id baha­gian dr tanah persendirian yg tidak jadi tanah usaha; ~ kosong tanah yg tidak didiami atau di­usahakan orang; ~ kuburan (mati, perku­buran) tanah tempat menanam orang mati (mayat); ~ kuripan ark tanah kepunyaan orang perse­orangan; ~ kurus Id tanah yg tidak berapa subur; ~ lalang kawasan tanah tinggal yg dipenuhi lalang; ~ lanar (Geog) tanah dll yg dibawa oleh air; ~ lapang kawasan yg hanya ditumbuhi rumput, padang; ~ leluhur Id negeri asal orang-orang yg mendatang; ~ liat tanah yg terdiri drpd zarah-zarah halus batu-batan yg luluh hawa; ~ lombong kawasan tanah utk menambang (melombong); ~ mati a) tanah yg tidak diusahakan lagi; b) tanah kuburan (per­kuburan); c) kawasan tanah tandus yg disebabkan hakisan di Amerika Utara; ~ me­nan­jung (semenanjung) tanah yg menganjur ke laut, jazirah; T~ Mengan­dung Sri Menanti; ~ mentah Id tanah milik negara; ~ merah sj tanah liat berwarna merah yg mengandungi zat besi (biasanya digunakan utk membuat jalan); ~ milik tanah hak milik orang; ~ milik bebas tanah (ladang, estet) yg boleh dimiliki utk selama-lamanya; ~ nampal (napal) sj tanah liat yg boleh dimakan; ~ nap lumpur yg dibawa oleh air; ~ negara Id tanah ke­punyaan kerajaan; ~ partikelir Id tanah milik tuan tanah (yg dibeli dr kompeni Belanda); ~ pegangan pajak tanah (ladang, estet) yg dipajakkan kpd seseorang (syarikat dsb) utk jangka masa tertentu; ~ penganjur tanah yg menganjur ke laut, tanjung; ~ pekat Id tanah liat; ~ pinggir tanah yg diberi kpd penduduk oleh kerajaan utk diusahakan (biasanya ter­letak di pinggir kampung); ~ pusaka tanah peninggalan nenek moyang, tanah yg diwarisi; ~ rap = ~ rat tanah yg telah siap utk ditanami; ~ raya benua; ~ sewa tanah yg disewakan (utk sewaan); ~ suci tanah atau negeri dianggap suci oleh penganut agama (spt Mekah bagi umat Islam dan Palestin bagi penganut agama Kristian dll); ~-tanih segala macam tanah; ~ tinggal tanah yg tidak ditanami atau didiami; ~ tol tanah yg diberi kebenaran duduk semen­tara; ~ tumpah darah tempat dilahirkan; ~ ulayah tanah hutan yg belum diusahakan tetapi sudah bertuan; ~ usaha Id tanah milik yg diusahakan orang lain; ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan umum; ~ lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera prb tiap-tiap sesuatu sebab yg ada itu akan mendatangkan sebab yg lain; bagai ~ pelempar balam prb usaha yg tidak sung­guh-sungguh jika berhasil syukur jika tidak, tidak mengapa; bukan ~ menjadi padi prb sia-sia sahaja berusaha meninggikan darjat sesuatu yg tidak berharga lagi; di mana ~ dipijak di situ langit dijunjung prb hendaklah sentiasa menurut adat negeri yg didiami; kalau digali ~ berbingkah, ~ berderai yg akan ber­temu prb usahlah dicari sangat siapa yg salah siapa yg benar dlm perselisihan di kalangan keluarga, tetapi carilah jalan utk menyelesai­kannya dgn baik; mendapati ~ tersirah prb mendapati mayat sudah dikuburkan; me­nimbun ~ yg tinggi, menggali ~ yg lekuk prb membantu orang kaya dan menganiayai orang miskin; bertanah 1. memiliki tanah, ada tanahnya: cara Melayu ~ ialah selagi petani-petani itu menunaikan syarat-syarat yg dikenakan ke­padanya, ia tidak boleh diusir dr tanah itu; 2. dipenuhi tanah, diselaputi tanah: dia tidur dgn baju dan seluar yg ~; 3. ark berurat berakar, berakar berumbi; mengetanahkan 1. menurunkan ke tanah, membawa ke tanah; 2. ki menurunkan darjat (kehormatan dll); 3. mengebumikan (mayat), menguburkan: orang dr Pagai tidak akan melihat badan hamba diketanahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas