Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : larutan akueus kalsium hidroksida; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air kapur

Puisi
 

Tiga puluh bintang di langit,
     Jatuh sebiji ke Laut Melaka;
Kapur berukir pinang berlirit,
     Sirih berlandung air mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
air kapurlarutan akueus kalsium hidroksida;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkeladakmengandungi keladak, kotor kerana keladak: air kapur dlm balang itu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengeruhkanmenjadikan atau menyebab­kan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti;Kamus Dewan Edisi Keempat
keladakhampas (kotoran dll) yg mendap ke bawah air; ~ minyak (kopi dll) hampas minyak (kopi dll) yg mendap ke bawah; ~ perut a) najis (tahi) yg akhir sekali keluar dr orang yg akan meninggal; b) ki anak yg penghabisan; berkeladak mengandungi keladak, kotor kerana keladak: air kapur dlm balang itu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
plaster1 campuran kapur, pasir, air dll utk melapisi dinding batu dsb. 2 kepingan kecil kain dsb yg berperekat dan berubat, digunakan utk menampal luka dll. memplaster menyapu atau menyalut dinding dsb dgn plaster (campuran kapur, air dll); melepa: Dia memang mahir dlm kerja ~ dinding.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tulis; batu ~ a) papan batu (utk menyurat); b) = batu bertulis batu bersurat, prasasti; bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dll); buku ~ = kitab ~ buku kosong utk menyurat; kain ~ kain batik; kapur ~ kapur utk menyurat pd papan hitam dll; mesin ~ alat untuk menaip, mesin taip; spt ~ di atas air prb nasihat yg baik itu tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat; bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; batu ~ batu tulis; ~ tangan disurat dgn tangan; menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis oleh­nya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, meng­gambar, melukis: laksana gambar baru di­tulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; tulis-menulis perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; menulisi menulis (menyurat) pd: jangan ditulisi buku ini; menuliskan 1. menulis sesuatu di, mencatat­kan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. men­cerita­kan dgn menulis, mengarangkan, me­nyurat­kan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyu­rat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; tulisan 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg di­tulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambar­kan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdir­kan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg mema­kai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); penulisan perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; penulis 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; ~ cepat jurutrengkas; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; ~ tamu tokoh khas yg diundang oleh sesebuah institusi, badan dsb utk menghasilkan karya tulisan yg berupa novel, puisi dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
memplastermenyapu atau menyalut dinding dsb dgn plaster (campuran kapur, air dll); melepa: Dia memang mahir dlm kerja ~ dinding.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tohor1. tidak dalam, cangkat, tohor, dangkal: sungai yg ~; 2. Mn tidak berair kerana ditimba dll, hampir kering; 3. Mn habis (wang dll); kapur ~ kapur hidup; ~-~ sealahan prb tiap-tiap kerja itu hendaklah diselesaikan satu-satu (selesai satu barulah dibuat yg lain); bertohor Mn berkering; tidak ~ kaki (kain) sentiasa sibuk bekerja; ~ air liur sudah banyak memberi nasihat tetapi tidak juga berkesan; menohorkan 1. Mn mengeringkan; 2. mem­bawa ke tempat yg tohor (cangkat, cetek); ketohoran 1. perihal tohor, kekeringan; 2. ki kehabisan (wang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kapur l1. benda putih yg diperoleh drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, mengecat rumah, dll); 2. = ~ tulis = ~ belanda Id kapur utk menulis di papan hitam; ~ barus sj benda yg rangsang baunya (di­peroleh drpd pokok Dryobalanops aromatica atau Cinnamomum camphora, atau dibuat dgn kaedah atau proses kimia); ~ hidup = ~ kuripan = ~ mentah = ~ tohor kapur yg belum dicampur dgn air, kalsium oksida; ~ masak kapur mati yg dicampur dgn pasir dan air; ~ mati = ~ kaustik kapur yg sudah bercampur dgn air, kalsium hidroksida; ~ paris sj serbuk putih yg mengeras apabila dicampur dgn air, biasanya digunakan utk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yg patah dsb, plaster paris; ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih; ~ tohor nama lain utk kalsium oksida; bagai kunyit dgn ~ prb perbuatan yg lekas menjadi (serasi sekali); spt ~ di hujung telunjuk prb perihal seseorang yg tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat menolong saudara mara dlm kesusahan; sekapur; sirih ~ sirih lengkap dgn kapur dan kawannya (pinang, gambir, dll); ~ sirih sekejap (sebentar); berkapur mengandungi kapur; tanah ~ tanah yg mengandungi kapur; mengapur 1. menyapu dgn kapur, memberi berkapur: ~ sirih; 2. = mengapuri menjadi­kan putih dgn kapur, menyapu kapur (pd dinding dll): masjid-masjid dan surau-surau dicat dan dikapur; mengapurkan menyediakan sirih lengkap dgn kapur dll (utk dimakan): Tuan Putera Dayang Seri Jawa pun ~ sirih; pengapuran perbuatan mengapur atau me­ngapuri (dinding dll); pekapuran 1. = pekapur bekas (tempat) kapur; 2. tempat membakar kapur.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggaulkanmencampurkan: kapur perekat dibuat dgn ~ kapur mati, pasir dan air;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas