| antan | penumbuk padi, alu; ~ patah lesung hilang prb tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (kesusahan); bagai ~ pencungkil duri = canggung spt ~ dicungkilkan duri prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; bertelingkah ~ di lesung, ayam juga yg kenyang prb berselisih antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain yg beruntung; bertelingkah bagai ~ di lesung prb orang yg sama sepekerjaan itu, jikalau bersalahan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kuman | 1. organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yg wujud di udara, air dan tanah dan pd makhluk hidup dan mati, yg penting kpd manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bakteria, basil; ilmu ~ ilmu mengenai berbagai-bagai bakteria (yg menyebabkan penyakit); 2. ki sesuatu yg sangat halus atau seni (spt debu dll); ~ air kutu dlm air yg menyebabkan kudis; ~ menjadi barah (pekung) prb perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan; ~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak prb kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; matilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya prb orang kebanyakan berkahwin dgn orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya; mencungkil ~ dgn alu prb membuat pekerjaan yg sia-sia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |