| hilir | 1. bahagian sungai yg di sebelah bawah (lwn hulu atau udik): ambillah air di sebelah ~; ayah dan ibu Ah Seng yg tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; orang ~ orang yg tinggal di daerah sungai di sebelah bawah; 2. = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai): maka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kpd Bendahara Paduka Raja; ~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah: sudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi; tidak mengetahui hulu ~nya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll; berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, mengalir ke sana ke mari; menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir: motobot ~ terus; berjalan ~ mudik berjalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~ mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); bagai si jimban hendak ~ prb orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu; spt penjaja, berpaling hendak ~ prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebat dan tampan lakunya; menghiliri mengikuti sungai dll menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dll) ke hilir; menghilirkan 1. membiarkan (menghanyutkan) menuju ke hilir, membiarkan menghilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu; hiliran berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berkembang drpd kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ spt servis, penjualan kereta dsb; pembangunan KLIA dijangka meningkatkan pembangunan infrastruktur sokongan dan menggalakkan pertumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang; peringkat ~; produk ~; berkehiliran berketentuan; penghiliran perbuatan menghilir: sepanjang ~ di Sungai Lepeh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bekal | 1. apa-apa yg disediakan spt makanan dsb yg dibawa dlm perjalanan: Dibawanya nasi, air dan telur rebus utk ~ dlm perjalanan. 2. sesuatu yg dpt digunakan kemudian hari: Pelajarilah berbagai-bagai ilmu utk ~ hidup. membekali memberikan bekal kpd: Ayah ~ saya wang sepuluh ringgit. membekalkan menyediakan atau memberikan sesuatu utk bekal: Hang Mahmud telah ~ beberapa gantang beras serta sebilah keris dan sebilah kapak kpd anaknya. bekalan sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. perbekalan berbagai-bagai bekal. pembekalan perihal menyediakan atau memberikan bekal. pembekal orang dll yg membekalkan sesuatu. | Kamus Pelajar |
| bekal | 1 apa-apa yg disediakan spt makanan dsb yg dibawa dlm perjalanan: Dibawanya nasi, air dan telur rebus utk ~ dlm perjalanan. 2 sesuatu yg dpt digunakan kemudian hari: Pelajarilah berbagai-bagai ilmu utk ~ hidup. berbekal mempunyai bekal; membawa bekal. berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: Dia merantau ~ ilmu di dada. membekali memberikan bekal kpd: Ayah ~ saya wang sepuluh ringgit. membekalkan menyediakan atau memberikan sesuatu utk bekal: Hang Mahmud telah ~ beberapa gantang beras serta sebilah keris dan sebilah kapak kpd anaknya. bekalan sesuatu yg dibekalkan: Kapal terbang Tentera Udara Diraja telah menggugurkan ~ makanan kpd tentera yg sedang bertugas di sempadan. perbekalan berbagai-bagai bekal. pembekalan perihal menyediakan atau memberikan bekal. pembekal orang dll yg membekalkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| balik | 1 pergi ke rumah atau ke kampung sendiri; pulang: Semalam, ayah ~ dr pekan pukul 10.00 malam. 2 bahagian yg di sebelah belakang: Adik saya yg nakal itu menyorok di ~ pintu. 3 sekali lagi; semula: Kalau kamu dapati jawabnya salah, kiralah ~ sampai betul. 4 tidak mengikut arah yg sepatutnya; songsang: ayam bulu ~ ayam yg bulunya songsang. berbalik 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). membalikkan 1 memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2 mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. membalik-balikkan sering membuka-buka (buku dsb): Ia duduk di kerusi sambil ~ lembaran majalah bergambar itu. terbalik menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. menterbalikkan meletakkan terbalik: Apabila kita ~ angka , maka jadilah . balikan sesuatu yg dibalikkan: Cahaya bulan ialah cahaya ~. kebalikan sesuatu yg bertentangan; lawan. pembalikan perbuatan atau hal membalikkan: ~ cahaya dpt kita lihat dgn menyuluhkan lampu ke cermin. pembalik alat yg digunakan utk membalikkan sesuatu: ~ cahaya yg baik sekali ialah cermin keluli. sebaliknya berbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| balik | 1. pergi ke rumah atau ke kampung sendiri; pulang: Semalam, ayah ~ dr pekan pukul 10.00 malam. 2. bahagian yg di sebelah belakang: Adik saya yg nakal itu menyorok di ~ pintu. 3. sekali lagi; semula: Kalau kamu dapati jawabnya salah, kiralah ~ sampai betul. 4. tidak mengikut arah yg sepatutnya; songsang: ayam bulu ~ ayam yg bulunya songsang. berbalik 1. bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2. berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3. timbul atau datang kembali (bkn penyakit). membalikkan 1. memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2. mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. membalik-balikkan sering membuka-buka (buku dsb): Ia duduk di kerusi sambil ~ lembaran majalah bergambar itu. terbalik menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. menterbalikkan meletakkan terbalik: Apabila kita ~ angka 3/4, maka jadilah 4/3. balikan sesuatu yg dibalikkan: Cahaya bulan ialah cahaya ~. kebalikan sesuatu yg bertentangan; lawan. pembalikan perbuatan atau hal membalikkan: ~ cahaya dpt kita lihat dgn menyuluhkan lampu ke cermin. pembalik alat yg digunakan utk membalikkan sesuatu: ~ cahaya yg baik sekali ialah cermin keluli. sebaliknya berbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya. balik alih; membalik alih mengalih letak sesuatu supaya terbalik (songsang) keadaannya. | Kamus Pelajar |
| kutu I | sj binatang halus (yg terdapat pd rambut manusia, bulu binatang, dll); jenis-jenis: ~ anjing, ~ babi, ~ daun, ~ kepala, dll; ~ air sj penyakit yg menyebabkan jari kaki gatal-gatal; ~ embun orang yg suka merayau-rayau dgn tidak menentu pd malam hari; ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan dgn tidak menentu; ~ rayau orang yg suka merayau-rayau tanpa tujuan, biasanya tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan; sudah mati ~ bp sudah hilang kekuatannya, tidak beroleh apa-apa lagi, malu; (bagai) mencari ~ dlm ijuk prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; di mana ~ makan kalau tidak di kepala prb sudah menjadi adat, anak bergantung pd ayah dan yg miskin pd yg kaya; ibarat ~ boleh diselisik prb sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga; pantang ~ dicukur, pantang manusia dihina prb tidak ada orang yg mahu dihina; berkutu 1. mempunyai kutu: rambutnya ~; 2. = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyebak-nyebak rambut): lihatlah inangda ini duduk di muka tangga berkutu-kutu dgn segala dayang; berkutu-kutuan saling menyelisik kepala(utk mencari kutu); mengutui mencari kutu (di kepala dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| simen | (simén) 1. sj serbuk (drpd batu kapur, tanah liat, dll) utk perekat bata atau membuat tembok; 2. campuran serbuk simen dgn pasir dan air utk membuat atau melapisi tembok dll; 3. bahan utk menampal gigi yg berlubang; 4. zat kapur yg membentuk lapisan luar gigi; bersimen dibubuh plaster Paris pd kaki tangan atau bahagian tubuh yg lain utk melindungi tulang yg retak atau patah supaya pulih: kutemui ayah yg terbaring dgn kaki kanannya ~; menyimen membubuh simen pd: pekerjapekerja yg sedang sibuk ~ lantai rumah banglo itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| angkat | 1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~; anak ~; 3. ark kali (kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minuman; 4. turunan: se~ seumur, sebaya (dgn); ~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita; angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~; berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota; keberangkatan perihal berangkat (bertolak), berangkatnya: dia pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku; mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; ~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang; mengangkat-angkat 1. mengangkat berulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang; mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat; mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat; angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkatan pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; ~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara; perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat per-lengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan; seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark segolongan; pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn berbagai-bagai erti); pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kawan I | 1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pemakan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berkawanan berkelompok-kelompok atau berkumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerombolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses mengawan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sandar I | ; bersandar 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; bersandarkan bersandar pd: baginda men-jalankan pemerintahan dgn bersandarkan apa yg telah dipelajarinya; sandar-menyandar saling bersandar, tolong-menolong, bantu-membantu: kerjasama dan bantu-membantu dlm masyarakat orang yg beriman itu, samalah spt hubungan yg rapat dan ~ yg erat sesebuah bangunan; menyandari mengadakan (memasang, me-ngenakan) tempat utk bersandar, memberi tempat bersandar, menopang (menyangga, menyokong, dll): maka Sultan Mahmud Shah pun minta sandari pd Seri Nara Diraja; menyandarkan 1. meletakkan (membiarkan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; sandaran 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau utk menyandarkan sesuatu: akhirnya orang muda itu mengampai ke ~ kerusinya; 2. bantuan, sokong-an: mereka berdoa memohon ~ drpd Tuhan; ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |