| begini | spt ini; bagai ini; demikian ini; serupa ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| begini | spt ini; bagai ini; demikian ini; serupa ini. | Kamus Pelajar |
| begini | bagai ini, macam ini, seperti ini: tulislah ~;sebegini sebanyak ini, sekian ini;begini-begini memperkatakan seseorang dll secara umum tanpa penjelasan: datuk nenek kami dahulu adalah ~;membeginikan membuat (memperlakukan) spt ini: saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan; beginian Jk seperti ini, demikian ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| diversiti | keadaan (sifat, bentuk dsb) yg berbagai-bagai, kepelbagaian: pembiakan hidupan liar semakin terjejas dan ini sekali gus mengancam ~ hutan kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bagai | 1. jenis, macam: beberapa ~ ukiran yg dibuatnya; 2. banding, sama, persamaan: kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya; 3. = bagaikan serupa jika dibandingkan dgn sesuatu, seperti, semacam, umpama: ~ kera mendapat bunga; hatinya ~ dihiris-hiris;sebagai 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya;persebagaian Kl perumpamaan; berbagai berbanding, bersamaan: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tiada ada ~ pd masa itu;berbagai-bagai, bagai-bagai bermacam-macam, berjenis-jenis, beberapa (negara dll) yg berlainan: ia berbuat ~ ikhtiar supaya terpelihara drpd musuhnya;membagaikan Mn = memperbagai-bagaikan memperolok-olokkan;pelbagai, perbagai, perbagai-bagai berbagai-bagai, beberapa jenis: tarian Timur lebih ditekankan kpd perasaan sedangkan tarian Barat berpusat pd mutu dinamik ~ tarian itu;mempelbagaikan, memperbagaikan menjadikan berlain-lainan jenis, menjadikan berbagai-bagai jenis: selama beberapa tahun kebelakangan, kerajaan secara sistematik ~ pengeluaran bahan-bahan eksport; ini satu langkah utk ~ ekonomi negara supaya tidak hanya bergantung semata-mata pd pertanian;kepelbagaian perihal berbagai-bagai jenis: ~ usaha dan kegiatan ekonomi Malaysia; sesungguhnya jumlah dan ~ dialek Melayu sangat mengagumkan;pempelbagaian perbuatan mempelbagaikan sesuatu (usaha dll): ~ keluaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ini itu | ini dan itu (berbagai-bagai, bermacam-macam, tak tentu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rempah II | benda yg dimasukkan dlm masakan (gulai dll), bumbu: gulai ini cukup ~nya; ~-pawah = ~-perawis = ~-piah berbagai-bagai macam rempah; ~-ratus a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); rempah-rempah berbagai-bagai macam rempah; merempahi, merempah-rempahi 1. memasukkan rempah, mencampuri dgn rempah: ia pandai ~ berbagai-bagai masakan; 2. ark mengharumkan dgn bau-bauan, meraksi: ~ mayat melumur mayat dgn minyak dll supaya tidak lekas hancur; perempah barang-barang yg dipakai utk merempahi: lada hitam ~ daging. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hasil | 1 sesuatu yg diperoleh drpd sesuatu usaha, tanah, tanam-tanaman dll; pendapatan; perolehan: Getah dan bijih timah ialah ~ utama negara kita. 2 bayaran yg dikenakan oleh kerajaan atas barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negeri, tanah, perniagaan dll; cukai; pajak: ~ negeri dipungut dgn berbagai-bagai cara. 3 ki sesuatu kebaikan dll yg terjadi sbg ekoran sesuatu perbuatan, usaha dll: ~ rundingan itu ialah perhubungan yg lebih baik antara kedua-dua buah negara. ~ bahagi angka yg diperoleh dgn membahagikan satu angka dgn angka lain. ~ buangan ist bahan yg terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri. ~ bumi hasil (spt bijih timah) yg diperoleh dr dlm bumi. ~ darab angka yg diperoleh dgn mendarabkan dua angka atau lebih. ~ hutan segala barang spt rotan, damar, kayu-kayan yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan di hutan. ~-mahsul berbagai-bagai hasil. ~ pertanian barang-barang yg diperoleh drpd usaha bertani. ~ sampingan hasil (bahan dll) yg diperoleh drpd proses penghasilan sesuatu bahan lain (hasil utama): Semasa tumbuh-tumbuhan membuat karbohidrat pd waktu siang, oksigen terbebas sbg ~ sampingan. ~ tanah a. cukai yg dikenakan pd tanah. b. hasil bumi. ~ utama hasil yg penting yg menjadi keutamaan dlm sesuatu pengeluaran. berhasil 1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. menghasilkan 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. penghasilan perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. penghasil orang, negara dll yg menghasilkan sesuatu; alat utk menghasilkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| macam | 1. keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa: kain ini ada dua ~; 2. laksana, seperti, umpama: ~ rusa masuk kampung; 3. cara, kaedah: walau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dgn orang tuanya; apa ~ a) = ~ apa (mana) bagaimana; b) apa pendapatmu? semacam 1. sebangsa, sejenis; 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya mena-ruh khianat di dlm hati; bermacam berbagai(-bagai); bermacam-macam, macam-macam berbagai-bagai, berjenis-jenis, berupa-rupa; mempermacam-macamkan memperbuat dll bermacam-macam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ini | 1. kata penunjuk utk benda (tempat dan waktu) yg dekat, lwn itu: gunung apa ~?; pulang sekali ~ lain tidak kerana terpaksa sahaja; 2. baru ini, kini, sekarang: engkau nak pergi ~ juga, kan kereta api lambat lagi?; ~ dia nah inilah; ~ itu ini dan itu (berbagai-bagai, bermacam-macam, tak tentu); ~kan, = ~ konon, = ~ pula istimewa pula, lebih-lebih lagi, apa lagi, tambahan pula; ~ pun sekarang pun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |