Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai itu

Puisi
 

Tabuh bunyi hari Jumaat,
     Itu bernama gendang raya;
Bagai nabi kasih umat,
     Begitu juga kasih saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai kucing menjemput api.

Bermaksud :

Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).

 

Lihat selanjutnya...(5)

334

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Dibalik-balik bagai memanggang

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi dibalik-balik bagai memanggang . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
begitu1 spt itu; bagai itu; demikian itu; serupa itu. 2 sangat; terlalu: Mereka hidup dgn ~ aman dan damai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
begitu1. spt itu; bagai itu; demikian itu; serupa itu. 2. sangat; terlalu: Mereka hidup dgn ~ aman dan damai.Kamus Pelajar
kaum1 golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa: Penduduknya yg terdiri drpd berbagai-bagai ~ itu hidup berbaik-baik. 2 saudara-mara; keluarga; kerabat: Ia tidak diakui oleh ~nya. 3 golongan orang yg sama pekerjaannya (pendapatnya, tarafnya dll): ~ tani. ~ asli penduduk asli sesebuah negara. ~ atasan orang-orang yg berpangkat tinggi. ~ buruh golongan orang yg bekerja sbg buruh. ~ guru orang-orang yg bekerja sbg guru. ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan. ~ keluarga (kerabat) saudara-mara. ~ lelaki golongan orang lelaki. ~ terpelajar golongan orang pandai-pandai. berkaum 1 bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. perkauman 1 hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll). 2 hal atau perbuatan berkaum-kaum: Faham ~ masih tebal di kalangan mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaum1. golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa:Penduduknya yg terdiri drpd berbagai-bagai ~ itu hidup berbaik-baik. 2. saudara-mara; keluarga; kerabat:Ia tidak diakui oleh ~nya. 3. golongan orang yg sama pekerjaannya (pendapatnya, tarafnya dll): ~ tani. ~ asli penduduk asli sesebuah negara. ~ atasan orang-orang yg berpangkat tinggi. ~ buruh golongan orang yg bekerja sbg buruh. ~ guru orang-orang yg bekerja sbg guru. ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan. ~ keluarga (kerabat) saudara-mara. ~ lelaki golongan orang lelaki. ~ terpelajar golongan orang pandai-pandai. berkaum 1. bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. perkauman 1. hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll). 2. hal atau perbuatan berkaum-kaum:Faham ~ masih tebal di kalangan mereka.Kamus Pelajar
alat pawaisl alat kebesaran raja-raja yg dibawa ketika berarak dll: dan ~ burung-burung dibubuh di hujung galah; setelah pagi-pagi harinya maka segala alat ~ yg berbagai-bagai itu pun diatur oranglah;Kamus Dewan Edisi Keempat
begitu1. bagai itu, macam itu, seperti itu: dahulu pun ~ juga; 2. amat sangat, terlalu: mereka hidup ~ mewah; ~ benar amat sangat, terlampau sangat: ~ benar lokek orang itu; ~ juga demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; ~pun a) meskipun begitu; b) begitu juga; sebegitu 1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;membegitukan membuat (memperlakukan) spt itu: saya tidak suka dibegitukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pawai1. = alat ~ sl alat kebesaran raja-raja yg dibawa ketika berarak dll: dan ~ burung-burung dibubuh di hujung galah; setelah pagi-pagi harinya maka segala alat ~ yg berbagai-bagai itu pun diatur oranglah; 2. sl pembawa alat kebesaran raja-raja, penjabat: ~ diatur; 3. perarakan: rakyat telah berbaris dan membuat suatu ~ yg besar, berbatu-batu panjangnya; berpawai berarak (beramai-ramai): maka ~lah gadis-gadis itu di hadapanku.Kamus Dewan Edisi Keempat
menapis1. menuras dgn saringan (barang yg cair spt minyak, air minum, dll), men­ya­ring: air yg digunakan di situ telah diber­sihkan dan ditapis sebelum dihantar ke rumah-rumah; 2. meneliti serta memilih-milih (utk mengasingkan yg dikehendaki drpd yg tidak dikehendaki), menyaring: ia perlu ~ maklumat yg berbagai-bagai itu sebelum membuat sesuatu pilihan yg dapat diterima;Kamus Dewan Edisi Keempat
rerumputanber­bagai-bagai jenis rumput: mereka segera berbaris ke tengah ladang yg telah bersih drpd ~ sambil memikul galah; pemuda itu masih terbaring di atas rerumputan spt tadi sementara matanya masih basah;Kamus Dewan Edisi Keempat
rumput-rumputan, rerumputan ber­bagai-bagai jenis rumput: mereka segera berbaris ke tengah ladang yg telah bersih drpd ~ sambil memikul galah; pemuda itu masih terbaring di atas rerumputan spt tadi sementara matanya masih basah;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas