| kapar I | kayu atau sampah sarap yg hanyut di air: setelah perahu itu pecah, mereka bergantung pd ~-~nya; salangkan bah ~ tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yg dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian; berkaparan terletak (terbaring) di sana sini (tidak tentu arah dll), berserakan: rakyat banyak mati ~; mengaparkan menyerak-nyerakkan, menaburnaburkan (dgn tidak keruan): bantal, tilam, dulang, talam sekalian dikaparkannya di lantai; terkapar terbaring (tidak berketentuan), terlantar: ia ~ di atas rumput; kaparan barang-barang (sampah dll) yg berkaparan di air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| azam I | kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| air | 1 cecair spt yg terdapat di laut (sungai, tasik, telaga dsb) dan dpt digunakan utk berbagai-bagai tujuan. 2 cecair yg terdapat dlm buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan: Tebu ini banyak ~nya. ~ api asid. ~ bah banjir. ~ batu (beku) air yg beku kerana terlalu sejuk; ais. ~ batu apung ais yg besar (serpihan glasier) yg mengapung di laut. ~ besar a. banjir. b. najis; tahi. ~ bujang minuman spt teh, kopi yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb. ~ emas a. lapisan atau dakwat emas. b. benang emas. ~ kecil (seni) air kencing. ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa perasa. ~ lembut ist air yg mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liat ist air yg tidak mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liat kekal ist air yg tidak dpt diubah menjadi air lembut apabila dididihkan. ~ liat sementara ist air yg dpt diubah menadi air lembut apabila dididihkan. ~ liur air dlm mulut yg menolong melembutkan dan menggumpalkan makanan yg dikunyah. ~ mandi a. air yg digunakan utk mandi. b. ki sesuatu yg menjadi kebiasaan. ~ mata air yg keluar dr mata (ketika menangis dll). ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah. ~ mawar air yg harum baunya (disuling drpd bunga mawar). ~ minum air utk diminum. ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman. ~ muka a. rupa muka; wajah. b. maruah; harga diri. ~ pasang air yg sedang naik (ttg air laut). ~ sebak air sungai yg sudah tepu tetapi tidak melimpahi tebing. ~ sembahyang wuduk. ~ surut air yg sedang turun (ttg air laut). ~ tawar air biasa yg tidak berasa apa-apa. ~ terjun aliran air pd tempat yg curam (spt pd tebing, lereng bukit). ~ udara ist air yg terdapat dlm udara; ~ wangi air yg harum baunya. berair berisi air; mengeluarkan air: Telaga ini tidak ~. mengair menjadi air; spt air. mengairi mengalirkan air ke; membubuh air pd; menggenangi (sawah dll). keairan digenangi air; kena air. perairan laut yg termasuk dlm daerah sesebuah negara. pengairan perbuatan atau hal mengairi (sesuatu kawasan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mempertanggungjawabkan | 1. memberikan jawaban dan menanggung segala akibatnya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasabah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd memikulkan tanggungjawab (kpd), membebankan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama dipertanggungjawabkan oleh agama utk melaksanakan segala perintah Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghanyutkan | 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hanyut | 1 dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2 pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3 ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menghanyutkan | 1. membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2. ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. | Kamus Pelajar |
| meningkat | 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badannya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 berubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah bertambah baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menasihati | 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; 2. mengesyorkan kpd, menganjurkan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hanyut | 1. dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2. pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3. ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1. membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2. ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan. | Kamus Pelajar |