Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baunya

Puisi
 

Balik sana muda derdap,
     Perahu ada galah tiada;
Laksana bunga dedap,
     Merah ada baunya tiada.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sudah tercium baunya.

Bermaksud :

Rahsia atau kejahatannya sudah mulai diketahui.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
harum1 sedap baunya; wangi: Bunga melati ~ baunya. 2 ki terkenal atau masyhur (kerana kegagahan, keberani­an, jasa dll): Beliau telah gugur di medan perang dgn nama yg ~. mengharum berbau harum; menjadi harum; mewangi: Nama sasterawan muda itu sedang ~. mengharumkan 1 menjadikan (berbau) harum; mewangikan: Minyak wangi itu dipakai utk ~ badan. 2 ki menyebabkan mendapat nama baik (ma­sy­hur, terkenal dll): Hang Tuah ialah salah seorang pahlawan Melayu yg telah ~ nama bangsa kita. harum-haruman sesuatu yg harum atau sedap baunya; bau-bauan yg wangi; wangi-wangian. keharuman 1 sifat atau keadaan harum; kewangian. 2 ki keadaan masyhur; kemasyhuran; kebaikan nama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wangi I1. sangat sedap baunya, harum; air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya; 2. ki terkenal, harum: namanya menjadi ~ di seluruh negeri; wangi-wangian segala sesuatu yg harum, bau-bauan yg harum; berwangi-wangian memakai wangi-wangian: si isteri juga digalakkan ~ ketika suami berada di rumah; mewangi berbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin dibasuh makin ~ baunya; mewangikan menjadikan wangi, meng­harumkan: teh ini dibubuh sehiris limau nipis yg bertikam cengkih, bukan utk menghiasnya tetapi utk ~nya; wangian bau (minyak) wangi: lebih semerbak drpd ~ kasturi; kewangian perihal wangi, bau wangi, ke-haruman; ewangi sesuatu yg mewangikan (menjadikan berbau wangi), pengharum: di Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian mestilah dilengkapi dgn penggunaan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
wangi1 harum (bkn bau): air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya. 2 ki terkenal: Kerana sifatnya yg dermawan itu, namanya ~ di seluruh negara. mewangi berbau harum; semerbak: Apabila cempaka itu berbunga, baunya ~ di seluruh taman. mewangikan menjadikan wangi; mengharumkan. wangi-wangian segala yg berbau wangi; bau-bauan (yg wangi).Kamus Pelajar Edisi Kedua
harum1. sedap baunya; wangi: Bunga melati ~ baunya. 2. ki terkenal atau masyhur (kerana kegagahan, keberanian, jasa dll): Beliau telah gugur di medan perang dgn nama yg ~. mengharum berbau harum; menjadi harum; mewangi: Nama sasterawan muda itu sedang ~. mengharumkan 1. menjadikan (berbau) harum; mewangikan: Minyak wangi itu dipakai utk ~ badan. 2. ki menyebabkan mendapat nama baik (masyhur, terkenal dll): Hang Tuah ialah salah seorang pahlawan Melayu yg telah ~ nama bangsa kita. harum-haruman sesuatu yg harum atau sedap baunya; bau-bauan yg wangi; wangi-wangian. keharuman 1. sifat atau keadaan harum; kewangian. 2. ki keadaan masyhur; kemasyhuran; kebaikan nama.Kamus Pelajar
harum I1. sedap (enak) baunya, wangi: bunga melati yg ~ baunya; 2. ki (bkn maruah, nama, kehormatan) baik, masyhur, terkenal: nama Malaysia semakin ~ dlm hubungan antarabangsa; ~ menghilangkan bau prb keburukan tidak kelihatan kerana tertutup oleh perbuatan atau nama baik; mengharum berbau (menjadi) harum, me­wangi: bunga-bunga kembang ~ di taman; mengharumkan 1. menyebabkan berbau harum, mewangikan: minyak wangi dipakai utk ~ badan; 2. menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dsb): dgn kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dlm bidang sukan antarabangsa; mengharumi memberi bau harum (keha­ruman) pd: bunga-bungaan yg wangi ~ bilik itu; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~; pengharum bahan (unsur, faktor dsb) yg mengharumkan: daun limau purut juga digunakan sbg ~ masakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mawar Isj bunga yg harum baunya (bermacam­macam warnanya), bunga ros; air ~ air yg harum baunya (drpd bunga mawar).Kamus Dewan Edisi Keempat
kenangasj tumbuhan (pokok) dan bunganya yg harum baunya, cenanga, semenderasa, Canangium odoratum; minyak ~ minyak yg diperbuat drpd bunga kenanga (baunya harum); ~ hutan a) = ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), Desmos dasymaschala; b) sj tumbuh­an (pokok), antat, kelat kerantau, lidah-lidah, melidah, pokok kuning, Alangium ebenaceum.Kamus Dewan Edisi Keempat
semerbak1. merata (bau yg wangi), meruap: minyak yg ~ harum baunya sudah disiram-kan di dalamnya; 2. harum: bunga-bungaan yg ~ baunya; serbak.Kamus Dewan Edisi Keempat
semerbak1 merebak ke merata-rata (bkn bau yg harum); merata: ~ harum baunya. 2 harum; wangi: Berbagai-bagai bunga yg ~ baunya terdapat di taman itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesturi Isj benda yg harum baunya (diperoleh dr musang jebat), jebat; musang ~ sj musang yg menghasilkan kesturi, musang jebat (rase); tikus ~ tikus yg kecil dan berbau; ~ mati kerana baunya prb perihal orang yg ditimpa bencana (kecelakaan) kerana perbuatannya (perkataannya) atau kerana menunjukkan kelebihannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas