Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawakan

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke laut,
     Bawakan saya ketam betina;
Kalau tuan menjadi rambut,
     Saya menjadi sekuntum bunga.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersekalibersama-sama sekali (dgn), ber­serta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas;Kamus Dewan Edisi Keempat
bulat1 berbentuk spt bentuk bola: Apakah bukti-buktinya bahawa dunia ini ~? 2 berbentuk spt bentuk roda; bundar: Bawakan saya talam yg ~ itu ke mari. 3 lengkap seluruhnya; tidak berpecah-pecah: Anggota Dewan Rakyat telah ~ menerima usul yg dikemukakan oleh Perdana Menteri. ~ bujur (panjang, telur) bentuk yg menyerupai bentuk telur; lonjong. ~ hati a. berhati lurus; jujur. b. dgn tetap hati atau dgn sungguh-sungguh. ~ kata sepakat; sehati. ~ torak bentuk yg panjang bulat spt bentuk buluh. bulat-bulat 1 sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2 semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. membulat menjadi bulat: Sejak akhir-akhir ini, tubuhnya kelihatan ~. membulatkan menjadikan bulat (dlm berbagai-bagai erti spt melengkapkan, menyatukan). ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad) menetapkan fikiran dsb hendak berbuat sesuatu. ~ ingatan menumpukan atau memusatkan ingatan pd. ~ muafakat memutuskan pendapat supaya sepakat. bulatan sesuatu yg bulat atau bundar: Buat tiga ~ yg sama besarnya di dlm petak tiga segi ini. sebulat dgn tidak ada kecualinya; dgn sepenuhnya: Mereka telah ~ suara bersetuju menubuhkan syarikat tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bulat1. berbentuk spt bentuk bola: Apakah bukti-buktinya bahawa dunia ini ~? 2. berbentuk spt bentuk roda; bundar: Bawakan saya talam yg ~ itu ke mari. 3. lengkap seluruhnya; tidak berpecah-pecah: Anggota Dewan Rakyat telah ~ menerima usul yg dikemukakan oleh Perdana Menteri. ~ bujur (panjang, telur) bentuk yg menyerupai bentuk telur; lonjong. ~ hati a. berhati lurus; jujur. b. dgn tetap hati atau dgn sungguh-sungguh. ~ kata sepakat; sehati. ~ torak bentuk yg panjang bulat spt bentuk buluh dll. bulat-bulat 1. sesuatu yg bulat bentuknya: Apa benda ~ yg terapung di permukaan air itu? 2. semuanya sekali; tidak berpisah-pisah; seluruhnya: Kaum petani ~ menentang kenaikan cukai tanah itu. membulat menjadi bulat: Sejak akhir-akhir ini, tubuhnya kelihatan ~. membulatkan menjadikan bulat (dlm berbagai-bagai erti spt melengkapkan, menyatukan dll). ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad) menetapkan fikiran dsb hendak berbuat sesuatu. ~ ingatan menumpukan atau memusatkan ingatan kpd. ~ muafakat memutuskan pendapat supaya sepakat. bulatan sesuatu yg bulat atau bundar: Buat tiga ~ yg sama besarnya di dlm petak tiga segi ini. sebulat dgn tidak ada kecualinya; dgn sepenuhnya: Mereka telah ~ suara bersetuju menubuhkan syarikat tsb.Kamus Pelajar
puntung I1. lebihan atau kelebihan (rokok, kayu, dll) yg sebahagian besarnya sudah terbakar: ~ rokok; ~ kayu; ~ suluh; berhubung ~ sangat banyak menghisap rokok; spt meninggalkan ~ suluh di tangga tidak dihiraukan lagi; 2. kudung, buntung, kotong: baju ~; seluar ~; ada banyak orang yg ~ tangannya, ~ kakinya; 3. bp merugi: dasar sial sepuluh kali beruntung, sebelas kali ~; 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah; sekerat se~ saja beberapa orang saja; ~ api sisa kayu api yg telah terbakar; ~ rokok rokok yg tinggal pendek sahaja (sesudah dihisap); ~ berasap prb sesuatu yg mustahil; ~ sekerat penyiar rimba prb orang seorang banyak anaknya; dibakar melilit ~ prb orang yg tidak membiarkan godaan nescaya dia membalas; jangan ~ berasap jua prb perselisihan yg telah selesai jangan ada ekor-ekornya lagi supaya keadaan tenang kembali; mengambil ~ pemukul kepala prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; padam menyala tarik ~ prb barang di mana mati di situlah ditanamkan; selembap-lembap (selemau) ~ di dapur, ditiup menyala juga prb sesuatu pekerjaan jika dilakukan dgn sungguh-sungguh lambat-laun berhasil jua; tarik ~ padamlah bara prb berbuat sesuka hati kerana tidak ada bahaya lagi; memuntung menjadi puntung (kotong, ku­dung); memuntungkan memotong (mengerat) hing­ga puntung, mengudungkan; kepuntungan tinggal puntung, jadi puntung (pendek sahaja lagi): rokok yg dihisapnya itu sudah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kali I1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda × (dlm kira-kira darab); 2. waktu (keja­dian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerja­kan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain (nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ gus (melakukan sesuatu dll) dgn satu kali sahaja atau serentak : mereka mahu membayar baki hutang mereka ~, gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus; ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; ~ lalu a) sekali imbas; b) (dgn) serentak, sekali gis; sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-­kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; sekalipun = jika... ~ = walau... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; bersekali bersama-sama sekali (dgn), ber­serta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; mengalikan, memperkalikan mendarab­kan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14); kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, per­gandaan; 2. hasil darab; pengali Id pendarab; pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas