Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belumlah

Puisi
 

Tetakku bemban di muka pintu,
     Dibakar dengan bunga selasih;
Janganlah jangan cakap begitu,
     Belumlah kita bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Belum ditumbuk belumlah bengkak.

Bermaksud :

Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tikaiselisih, beza: badannya sendiri belumlah berubah, masih belum banyak ~nya dr dahulu; bertikai 1. berbeza, tidak sama (dgn): lukisan ini ~ sangat dgn mukanya; 2. berbantah, bersengketa, bertelingkah, berselisih (faham): sejak keluarga masing-masing ~, perhu­bungan mereka tidak mesra lagi; 3. berten­tangan (dgn), bersalahan (dgn): tindakan-tindakan itu ~ dgn peraturan-peraturan yg telah dipersetujui; menikai tidak menyetujui, membantahi, menentang; mempertikaikan 1. memperbezakan; 2. mem­-persoalkan, memperbantahkan, mem­perdebatkan; pertikaian 1. perselisihan, perbezaan; 2. per-telingkahan, perkelahian, persengketaan, pertentangan (faham, pendapat): segala ~ dapat diselesaikan secara aman menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyeluruh1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat;Kamus Dewan Edisi Keempat
seluruhsegenap, seantero, semuanya (di­anggap satu): Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan utk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan; ~ perhatian mestilah diberikan kpd per-cakapan itu; menyeluruh 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; keseluruhan 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
membawa1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
bawa; berbawaan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), sesuai dgn: warna kain samping ~ dgn warna bajunya;membawa 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu;membawakan 1. membawa utk seseorang: Salina ~ anaknya kopi dan roti; 2. menyampaikan, membaca, menyanyikan: dua tiga orang drpd mereka ~ lagu “Arya Mala”;terbawa 1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa: fail lain pula yg ~ ke bilik mesyuarat;2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut: jangan-jangan saya pun ~ dlm perkara ini; 3. sanggup dibawa: saya tak ~ bungkusan seberat ini; 4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh: mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yg hampir baligh ~ oleh suasana yg tidak keruan; penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing; bawaan 1. benda yg dibawa: sekali ia masuk, kira-kira ~ dua tiga orang diangkutnya keluar; masing-masing meletakkan ~nya; 2. harta benda yg dibawa pd masa kahwin: ~ isteri tetap tinggal hak milik isteri; 3. buah tangan: setiap kali dia datang ada saja ~nya; 4. pengaruh, akibat: mudahnya hancur perkahwinan ialah kerana ~ masa; 5. = pembawaan; 6. yg dibawa oleh: beberapa jenis penyakit ~ air dan udara; kulat patogen ~ tanah;pembawaan 1. = bawaan sifat semula jadi: susah hendak mengubah ~ semula jadi; 2. perihal membawa: ~ barang-barang itu dilakukan pd malam hari;berpembawaan mempunyai sesuatu sifat semula jadi;pembawa 1. orang yg membawa (mengangkat dsb) sesuatu; ~ berita = ~ khabar orang yg membawa khabar; ~ suara juruacara, jurubicara; se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja; 2. orang yg mendatangkan sesuatu atau yg menyebabkan berlakunya (timbulnya dsb) sesuatu: ia menganggap Hamzah Fansuri sbg ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yg rasional; ~-~ peradaban India; 3. NS barang yg dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai: cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali; 4. orang dll yg menyebarkan sesuatu (spt penyakit, kuman, dsb): ~ kuman taun.Kamus Dewan Edisi Keempat
surat I1. kertas yg ditulis, segala sesuatu yg tertulis (tercetak dll): maka dikeluarkannya dua gulung ~; juru~ orang yg menulis surat (penulis); 2. = ~ kiriman kertas yg ditulis (mengandungi khabar dll) dan dikirim kpd orang lain: dia baru menerima ~ drpd ayahnya; peti ~ peti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat; sampul ~ = sarung ~ selongsong drpd kertas (tempat memasukkan surat yg hendak dikirim); tukang ~ Id tukang pos; 3. sesuatu yg ditulis, tulisan: dlm zaman itu, belumlah ada seorang pun yg terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya; ~ akuan surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang jualan, kelayakan seseorang, dsb); ~ anggota Id surat tanda ahli sesuatu pertubuhan dll; ~ angkatan Id surat rasmi utk menjabat sesuatu jawatan; ~ anonim surat yg tidak diketahui penulisnya; ~ azimat kertas yg bertulis dgn ayat tertentu sbg tangkal dll; ~ bahari ark surat yg menge­sahkan penerimaan, resit; ~ beranak = ~ jadi = ~ lahir surat keterangan mengenai ke­lahiran dll; ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang); ~ berhenti a) surat pengesahan berhenti (dr sekolah) yg diberi oleh guru besar; b) surat memohon berhenti drpd jawatan; c) surat dipecat drpd jawatan; ~ belasungkawa surat utk menyatakan turut berdukacita; ~ buta = ~ gelap = ~ kaling = ~ mentega surat yg tidak diketahui penulisnya (khas utk meng­kritik dll); ~ cap surat yg rasmi; ~ cara dokumen undang-undang spt geran, kontrak, dsb; ~ cepat Id surat (penting) yg mesti disampaikan lekas-lekas; ~ cerai = ~ talak surat yg menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh suaminya; ~ dakwa surat yg mengandungi tuduhan yg dibacakan di hadapan hakim; ~ daftar senarai; ~ dinas Id = ~ jawatan surat urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos); ~ doktor surat pengesahan drpd doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak dapat bekerja); ~ edaran = ~ keliling = ~ pekeliling surat yg diedarkan (utk pengetahuan umum); ~ gadai a) surat tanda meminjam wang dgn meng­gadaikan barang; b) Id surat penetapan cukai; c) Id surat izin (senjata api dll); ~ hasrat (Eko) surat yg menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak utk melaksanakan kontrak, projek dsb; ~ hutang surat penga­kuan telah meminjam wang drpd orang; ~ ikatan (Eko) dokumen yg sah bagi perjanjian atau persetujuan antara pihak yg terlibat; ~ insurans surat perjanjian mengenai insurans, polisi; ~ iringan surat penjelasan yg dihantar bersama-sama dgn dokumen, barang dsb; ~ isian Id surat yg harus diisi, borang; ~ izin = ~ kebenaran surat yg menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran utk melakukan (memiliki) sesuatu; ~ jaminan surat utk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dll); ~ jemputan = ~ undangan surat utk menjemput orang datang (ke majlis perkahwinan dll); ~ kahwin = ~ nikah surat pengesahan perkahwinan; ~ kawat telegram; ~ keberatan Id surat yg menyatakan ber­keberatan; ~ kenalan surat utk memperkenal­kan seseorang dll; ~ kepercayaan Id surat yg menyatakan bahawa pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dll; ~ keterangan surat yg memberi keterangan bkn sesuatu; ~ kiriman surat yg dikirimkan dgn pos; ~ kredit (Eko) dokumen drpd sebuah bank kpd bank lain yg membenarkan pembayaran dibuat kpd penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sbg bukti kemampuan pengimport membayar beliannya; ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd orang tertentu utk mengurus sesuatu; ~ layang = ~ terbang surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yg mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu, dll); ~ lepas a) surat cerai; b) surat yg menyatakan sudah diberhentikan drpd jawatan; ~ mati surat keterangan tentang kematian; ~ nujum surat yg mengandungi hal bintang raksi (bintang dua belas); ~ paksa Id surat amaran yg diberikan kpd orang yg tidak membayar cukai; ~ partikelir Id surat yg bukan surat urusan kerajaan (bukan surat jawatan); ~ pas surat yg mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dll); ~ pelekat surat iklan dll yg ditampalkan di mana­mana; ~ pemberitahuan surat utk mem­beritahukan sesuatu kpd orang; ~ pemilih = ~ suara Id surat utk memilih (wakil rakyat dll); ~ pengantar Id surat yg dikirim bersama barang yg dihantar; ~ perintah = ~ tugas Id surat yg menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) utk melakukan sesuatu; ~ perjanjian surat yg menyatakan perjanjian yg telah dibuat; ~ permintaan = ~ permohonan a) surat utk meminta sesuatu drpd pembesar dll; b) surat utk melamar pekerjaan; ~ pujian = ~ puji-pujian a) surat yg menyatakan kebaikan sesuatu; b) surat yg mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dll; ~ rantai = ~ berantai surat yg dikirimkan kpd orang dan mesti disalin dan dikirimkan pula kpd orang lain; ~ rayuan surat yg mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dll) kpd pembesar-pembesar dll; ~ salinan surat yg disalin dr surat asal; ~ saman = ~ sita surat yg mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah); ~ sebaran = ~ selebaran surat yg dibahagi-bahagikan kpd orang ramai (mengandungi pengumuman utk orang ramai dll); ~ segel Id surat yg bercap (utk perjanjian dll); ~ sembah sl surat tanda tunduk (kpd raja lain); ~ sumpah a) surat pengganti surat beranak yg hilang (dikeluarkan oleh kerajaan); b) surat ikrar atau janji yg teguh; ~ syer surat yg menandakan seseorang memiliki syer (dlm sesuatu syarikat perdagangan dll); ~ tanda surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dll); ~ tempelan Id surat pelekat; ~ terbuka a) surat yg tidak dimasukkan ke dlm sampul surat; b) surat kpd orang tertentu yg disiarkan di dlm akhbar dll (sbg menyatakan bantahan dll); ~ tercatat = ~ terdaftar Id surat berdaftar; ~ titah surat yg mengandungi titah raja; ~ tuduhan surat yg mengandungi tuduhan; ~ tukar nama surat yg mengesahkan pertukaran milik (tanah, syer, dll); ~ ugutan surat yg mengugut atau mengancam; ~ ukur Id surat yg mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya sekali; ~ uleman Id surat jemputan; ~ undi (undian) a) surat yg berisi nombor utk mengundi; b) tiket loteri; ~ wakil surat yg membenarkan pembawanya bertindak sbg ganti orang yg mengeluarkan surat itu; ~ wasiat surat yg mengandungi pesanan orang yg meninggal; ~ atas batu prb sesuatu adat yg terus dipakai selama-lamanya; bersurat 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis, bertulis; batu ~ prasasti; menyurat 1. membuat surat: ia pun meng­ambil upah ~; 2. menulis: kerjanya ~; se­bagai ~ di atas air prb pekerjaan yg sia-sia; surat-menyurat 1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat: selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara; 2. perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat; kerani ~ kerani yg mengurus hal surat (di pejabat dll); menyurati 1. menulis pd, menulisi; 2. menulis (mengirim) surat kpd; menyuratkan 1. menulis utk: suratkan ham­ba cerita ini; 2. menulis sesuatu pd: dirham itu disuratkan nama Raja Iskandar; 3. menulis, mencatatkan: dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya; tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: pembaca tidak tahu akan maksud yg ~ itu; 2. telah ditakdirkan: kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas; suratan 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~ tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir; persuratan perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas