| bala IV | Kl biar, benarkan: ~ ia bermain di tempat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terlarang | tidak boleh dikerjakan, tidak dibenarkan, tertegah: perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memperjualbelikan | menjual dan membeli, memperdagangkan: di negeri ini tidak dibenarkan ~ candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kelaziman | sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi pihak mahkamah membenarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyalahi | 1 tidak menurut peraturan (hukum dsb); bersalahan dgn: Segala undang-undang dan peraturan yg lain tidak boleh ~ perlembagaan negara. 2 tidak membenarkan; mencela; menentang: Siapakah yg berani ~ arahannya? 3 berbuat salah (tidak baik) terhadap orang lain: Orang yg suka ~ orang lain akan menerima balasannya juga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mereman | menahan seseorang yg dituduh melakukan jenayah ke dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan dsb: mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman sehingga kes mereka disebut semula di mahkamah; semua lelaki berkenaan direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jual beli | (urusan) menjual dan membeli barang (antara peniaga atau penjual dan pembeli); berjual beli menjual dan membeli barang-barang, berniaga, berdagang; memperjualbelikan menjual dan membeli, memperdagangkan: di negeri ini tidak dibenarkan ~ candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyaksikan | 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; membenarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| larang I | ; melarang menahan drpd melakukan sesuatu, tidak membenarkan (mengizinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? melarangkan menjadikan terlarang: Seri Rama ~ pekerjaan itu kpd kakandanya; terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak dibenarkan, tertegah: perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan; larangan 1. sesuatu yg dilarang atau terlarang: bagindalah yg meletakkan kekuningan ~; seluruh kawasan hutan di keliling kampung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang: ~ saya menyebut namanya; pelarangan sesuatu yg dilarang, larangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lazim | telah umum (dipakai, dilakukan, dll), biasa, ghalib, selalu: hal yg seumpama itu telah ~ berlaku di England; ~nya biasanya, selalunya, umumnya; melazimkan menjadikan lazim, membiasakan: agama pun mengizinkan laki-laki beristeri empat dan adat pun ~nya pula; kelaziman sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi pihak mahkamah membenarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh itu; pelaziman proses menjadikan sesuatu (tindakan, perlakuan) lazim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |