| tentang | 1 saling berhadap; berhadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. | Kamus Pelajar |
| bertentangan | 1 saling berhadap; berhadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. | Kamus Pelajar |
| menyemukakan | mempertemukan berhadap-hadapan; menjadikan berhadap-hadapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menyemukakan | mempertemukan berhadap-hadapan; menjadikan berhadap-hadapan. | Kamus Pelajar |
| berhadap-hadapan | saling bertemu muka (bertentangan dan berdekatan): Mereka ~ semasa membincangkan hal itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berhadap-hadapan | saling bertemu muka (bertentangan dan berdekatan): Mereka ~ semasa membincangkan hal itu. | Kamus Pelajar |
| bertentang | 1 berhadap. 2 menghadap ke: ~ mata berpandang-pandangan; berhadap muka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tentang | 1 betul-betul berhadapan dgn: Dia tinggal ~ masjid. 2 lebih kurang pd; kira-kira pd: Ia terkena peluru pistol ~ dadanya. 3 bkn dgn; mengenai: Beliau akan bercakap ~ kemajuan ekonomi negeri ini. bertentang 1 berhadap. 2 menghadap ke: ~ mata berpandang-pandangan; berhadap muka. bertentangan 1 saling berhadap; berhadap-hadapan: Mereka duduk ~ dgn kami. 2 tidak sama (arah, pendapat dll); berlawanan: arah yg ~. Pendapatnya ~ dgn pendapat saya. 3 ki tidak berbaik antara satu dgn yg lain; bermusuhan; berlawanan: Kami jarang-jarang bergaduh atau ~. menentang 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. menentangkan meletakkan yg satu di hadapan yg lain; menghadapkan. mempertentangkan menjadikan berlawanan; memperlagakan; mempertempurkan. tentangan 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. pertentangan 1 perbuatan atau hal bertentang. 2 hal bertentangan atau berlawanan; perlawanan. penentangan perbuatan atau hal menentang. penentang orang dll yg menentang. setentang betul-betul di hadapan atau di atas sesuatu: Sekolah itu ~ dgn rumah saya. bersetentang berada betul-betul berhadapan: Mata angin manakah yg ~ dgn utara? bersetentangan bersetentang dgn; berhadapan dgn: Dia duduk ~ adiknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| seberang | 1 tebing sungai (pantai laut, tepi jalan dsb) yg di sebelah sana: Rumahnya di ~ anak sungai itu. 2 tempat dll yg berhadap-hadapan letaknya atau duduknya: Dia duduk di ~ saya. berseberangan, seberang-menyeberang 1 berhadap-hadapan atau bertentangan letaknya: Pekan Kuala Kangsar ~ dgn Kampung Sayung. 2 sama-sama terletak di tepi sungai (jalan dll), satu di seberang sana dan satu lagi di seberang sini: Kedua-dua buah bandar itu ~. menyeberang pergi ke seberang sana: Baik-baik apabila ~ jalan. menyeberangi 1 melalui atau menempuh sungai dll; mengharungi: Kita tidak dpt ~ sungai itu kerana airnya terlalu deras. 2 ki menempuh atau mengalami sesuatu kesulitan dll: Selama saya hidup, saya telah ~ seribu satu macam kesukaran. menyeberangkan membawa ke seberang; membawa menyeberang. penyeberangan perbuatan, hal dsb menyeberang, menyeberangi atau menyeberangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berseberangan | 1 berhadap-hadapan atau bertentangan letaknya: Pekan Kuala Kangsar ~ dgn Kampung Sayung. 2 sama-sama terletak di tepi sungai (jalan dll), satu di seberang sana dan satu lagi di seberang sini: Kedua-dua buah bandar itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |