| puak | 1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis); ~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah; berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ; kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berpuak-puak | 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berpuak | 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkaum | 1 bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berkaum | 1. bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2. = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. | Kamus Pelajar |
| kaum | 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuhtumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsawan, dsb); ~ borjuis golongan orang pertengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (ber-modal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pangkatnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembahyang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg berkaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| suku | 1. sl kaki; ~ lembu kaki lembu; 2. tiga bulan; 3. Kd, Pl seperempat ringgit (25 sen); 4. Id setengah rupiah; 5. = ~ emas sj wang emas yg digunakan juga sbg ukuran berat emas; 6. sebahagian drpd, bahagian; ~ kata satuan bunyi yg diucapkan sekali dlm sesuatu kata, bahagian kata; 7. satu drpd empat bahagian, seperempat (dlm matematik); 8. = suku-sakat; 9. Mn, NS golongan orang yg seketurunan (drpd sebelah ibu), kaum keluarga yg seketurunan (drpd sebelah ibu): maka menyembahlah penghulu yg empat ~ serta lembaga yg dua belas ~; 10. = ~ bangsa golongan bangsa yg menjadi bahagian kpd bangsa yg besar: mereka ialah orang asli drpd Kacir dan ~ Shan; ~ Jawa; 11. Kl, Ph, Tr terpisah, berasingan; duduk ~ duduk berasingan (di rumah dll); ~ abad dua puluh lima tahun; ~ batu seperempat batu yg bersamaan dgn 440 ela atau 402 meter; ~ jam lima belas minit; ~ kalimat bahagian drpd sesuatu kalimat; ~ tahun tiga bulan dlm setahun; ~ tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih prb orang sesuku sehina semalu (hina seorang hina semuanya, malu seorang malu semuanya); dekat mencari ~, jauh mencari hindu prb mencari pertalian keluarga, menyusurgalur; bersuku 1. sl berkaki; 2. mempunyai suku (bahagian-bahagiannya), berbahagian; 3. berkeluarga (berwaris), berkaum, masuk dlm salah satu suku; tidak ~ a) tidak termasuk dlm sesuatu suku; b) tidak tahu adat, biadab; bersuku-suku berkelompok (berkumpul dll) mengikut suku masing-masing, berkelompok-kelompok, berpuak-puak: mereka hidup dgn ~ atau berpuak-puak; sukuan 1. (Mat) bahagian yg besarnya suku drpd bulatan; 2. menunjukkan atau mengandungi unsur-unsur (ciri-ciri dsb) yg berkaitan dgn sesuatu suku bangsa, yg ada kaitannya atau hubungannya dgn sesuatu suku bangsa: bahasa ~; sastera ~; kesukuan perihal suku, bersifat suku: kadangkala kita terbaca puji-pujian yg ditujukan khas kpd orang Bugis, sekali lagi menunjukkan sikap ~nya; persukuan perihal hidup bersuku-suku, berpuak-puak menurut suku, adat bersukusuku: akan ditegakkan rumah utk isteri di atas tanah kepunyaan ~ sendiri; sepersukuan sama asal keturunannya, sama sukunya, seketurunan: yg seorang mengatakan Leman adalah ~, yg lain mengatakan bertali darah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kaum | 1 golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa: Penduduknya yg terdiri drpd berbagai-bagai ~ itu hidup berbaik-baik. 2 saudara-mara; keluarga; kerabat: Ia tidak diakui oleh ~nya. 3 golongan orang yg sama pekerjaannya (pendapatnya, tarafnya dll): ~ tani. ~ asli penduduk asli sesebuah negara. ~ atasan orang-orang yg berpangkat tinggi. ~ buruh golongan orang yg bekerja sbg buruh. ~ guru orang-orang yg bekerja sbg guru. ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan. ~ keluarga (kerabat) saudara-mara. ~ lelaki golongan orang lelaki. ~ terpelajar golongan orang pandai-pandai. berkaum 1 bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. perkauman 1 hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll). 2 hal atau perbuatan berkaum-kaum: Faham ~ masih tebal di kalangan mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kaum | 1. golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa:Penduduknya yg terdiri drpd berbagai-bagai ~ itu hidup berbaik-baik. 2. saudara-mara; keluarga; kerabat:Ia tidak diakui oleh ~nya. 3. golongan orang yg sama pekerjaannya (pendapatnya, tarafnya dll): ~ tani. ~ asli penduduk asli sesebuah negara. ~ atasan orang-orang yg berpangkat tinggi. ~ buruh golongan orang yg bekerja sbg buruh. ~ guru orang-orang yg bekerja sbg guru. ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan. ~ keluarga (kerabat) saudara-mara. ~ lelaki golongan orang lelaki. ~ terpelajar golongan orang pandai-pandai. berkaum 1. bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. perkauman 1. hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll). 2. hal atau perbuatan berkaum-kaum:Faham ~ masih tebal di kalangan mereka. | Kamus Pelajar |