Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.lé.koh] | برسليکوه

Definisi : 1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll): Sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. = menyelekoh membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selekoh (kata nama)
Bersinonim dengan lengkok, kelok, liku, siku, telengkoh, belok, bengkok, enggokan, katelum;,
Kata Terbitan : berselekoh,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berselekoh1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll): Sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. = menyelekoh membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkelok-kelok1. banyak liku, berselekoh­-selekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam;Kamus Dewan Edisi Keempat
berliku-likuberbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh: di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula;Kamus Dewan Edisi Keempat
berlengkokmempunyai lengkok, berbelok, berkelok, berkeluk, berselekoh (jalan, sungai, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
lengkok(léngkok) bahagian sesuatu (garisan, jalan, sungai, dsb) yg bengkok (berkelok), kelok, keluk, selekoh (bkn jalan); berlengkok mempunyai lengkok, berbelok, berkelok, berkeluk, berselekoh (jalan, sungai, dll); melengkok menjadi bengkok, membelok, mengelok, menyelekoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
selekoh(selékoh) lengkok, kelok, liku, siku (jalan, sungai, dll): mereka telah menahan Sani di ~ jalan; ~ kota sudut atau penjuru benteng yg menganjur keluar; berselekoh 1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll): Sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. = menyelekoh membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh.Kamus Dewan Edisi Keempat
liku I1. selekoh (pd jalan, sungai, dll), kelok, siku: tiap ~ jalan diturut; 2. tempat terpencil, ceruk: segala ~ dan ceruk di hulu sungai itu diingatinya; segala ~ dan ceruk pedalaman; ~-~ hidup = ~-~ kehidupan dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan; berliku-liku berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh: di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula; melikukan menyebabkan menjadi liku: air yg deras mengalir, menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelok(kélok) liku, selekoh (jalan): setelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dlm rumah; kelang-~ berliku-liku (bkn jalan, sungai); berkelok = mengelok bertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok: Tuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti oleh Encik Ramli; berkelok-kelok 1. banyak liku, berselekoh­selekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam; mengelok berkelok; mengelokkan 1. menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan: ~ dawai; 2. mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas