| lokoh II | Jh tidak kemas (pakaian dll), buruk: Ali yg tadinya kelihatan ~ dan bermuka spt orang bodoh itu menggoncang-goncang tangannya berulang-ulang dan kuat-kuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kata | 1 bunyi atau gabungan bunyi yg mempunyai erti tertentu yg diucapkan atau yg dilambangkan dgn tulisan (merupakan unit drpd sesuatu bahasa): Membaling ialah sinonim utk ~ melempar. 2 apa-apa yg dilahirkan dgn ucapan; ujar; cakap: ~nya dia hendak pergi ke Jakarta. ~ akar kata yg belum diberi apa-apa imbuhan. ~ benda (nama) kata yg menyatakan nama sesuatu benda (spt kerusi, meja, rumah). ~ dasar kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. ~ dua tuntutan atau syarat oleh sesuatu pihak yg mesti dipenuhi oleh pihak penerima tanpa soal jawab (jika tidak sesuatu tindakan akan diambil terhadap pihak penerima). ~ gabung kata yg terdiri drpd gabungan dua kata yg ditulis sbg satu kata spt warganegara dan antarabangsa. ~ ganda kata yg diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berulang-ulang, rerambut). ~ ganti nama kata yg digunakan utk menggantikan kata nama lain spt kata ganti nama diri utk menunjukkan orang mis dia, saya, kamu. ~ hati a. perasaan yg timbul dlm hati seseorang. b. angan-angan. ~ hikmat (pujangga) kata-kata drpd orang bijak pandai yg mempunyai pengertian yg tinggi. ~ hubung kata yg fungsinya adalah utk menghubungkan dua kalimat, perkataan, rangkai kata dsb, mis kerana dan supaya. ~ kerja kata yg menyatakan perbuatan. ~ laluan gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod tertentu yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem. ~ majmuk rangkaian kata dgn kata, kata dgn kata pokok yg tidak dpt berdiri sendiri atau dgn bahagian drpd sesuatu kata yg membawa makna tertentu (spt lompat jauh, bola tampar, tunjuk ajar). ~ nama am kata nama yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis rumah, meja dan jalan. ~ nama khas kata nama yg merujuk kpd orang, tempat atau benda yg khusus, mis Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. ~ pendahuluan huraian atau keterangan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh pengarangnya sendiri. ~ pengantar kata alu-aluan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh seseorang yg bukan pengarangnya. ~ penghubung kata hubung. ~ penyerta kata sandang. ~ pokok kata dasar. ~ sandang kata (spt si, sang) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll. ~ sendi nama kata yg merangkaikan kata nama atau frasa nama, spt dr, di, dan ke. ~ seru kata yg digunakan utk menyatakan rasa terkejut, rasa sakit dll spt aduh, oh, dan wah. ~ sifat (adjektif) kata yg menunjukkan sifat sesuatu benda. ~ terbitan kata yg terjadi atau terdiri drpd kata akar dan imbuhan yg disatukan. ~ tugas kata yg tidak mempunyai makna leksikal tetapi mempunyai makna tatabahasa, iaitu makna jika kata itu wujud dlm ayat, mis dan, kepada dan ialah. ~ ulang (berulang) kata ganda. berkata mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn kata-kata; bercakap; bertutur: Kanak-kanak itu pun ~ perlahan-lahan. berkata-kata bercakap-cakap; berbicara; berbual. mengatai, mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. mengatakan 1 memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. memperkatakan 1 berkata ttg sesuatu; mempercakapkan: Isinya sedikit tetapi diperkatakan dgn bahasa yg berulang-ulang. 2 menjadikan sbg perkara atau sbg bahan yg dibincangkan; membicarakan: Sambil membaca, cuba fikirkan apakah perkara penting yg diperkatakan dlm makalah ini. perkataan 1 kumpulan kata; kata. 2 apa-apa yg dikatakan (diucapkan) orang. sekata 1 sama bunyinya. 2 tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kata | 1. bunyi atau gabungan bunyi yg mempunyai erti tertentu yg diucapkan atau yg dilambangkan dgn tulisan (merupakan unit drpd sesuatu bahasa):Membaling ialah sinonim utk ~ melempar. 2. apa-apa yg dilahirkan dgn ucapan; ujar; cakap:~nya dia hendak pergi ke Jakarta. ~ akar kata yg belum diberi apa-apa imbuhan. ~ benda (nama) kata yg menyatakan nama sesuatu benda (spt kerusi, meja dll). ~ dasar kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. ~ dua tuntutan atau syarat oleh sesuatu pihak yg mesti dipenuhi oleh pihak penerima tanpa soal jawab (jika tidak sesuatu tindakan akan diambil terhadap pihak penerima). ~ gabung kata yg terdiri drpd gabungan dua kata yg ditulis sbg satu kata spt warganegara, antarabangsa dsb. ~ ganti nama kata yg digunakan utk menggantikan kata nama lain spt kata ganti diri utk menunjukkan orang misalnya dia, saya dll; ~ hati a. perasaan yg timbul dlm hati seseorang. b. angan-angan. ~ hikmat (pujangga) kata-kata drpd orang bijak pandai yg mempunyai pengertian yg tinggi. ~ kerja kata yg menyatakan perbuatan. ~ majmuk rangkaian kata dgn kata, kata dgn kata pokok yg tidak dpt berdiri sendiri atau dgn bahagian drpd sesuatu kata yg membawa makna tertentu (spt lompat jauh, bola tampar dsb). ~ pendahuluan huraian atau keterangan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh pengarangnya sendiri. ~ pengantar alu-aluan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh seseorang yg bukan pengarangnya. ~ penghubung kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata, frasa atau ayat spt atau, dan, tetapi dsb. ~ penyerta kata sandang. ~ pokok kata dasar. ~ sandang (penyerta) kata (spt si, sang dsb) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll. ~ sendi kata yg merangkaikan kata nama, frasa dsb spt dr, di, ke dll. ~ seru kata yg digunakan utk menyatakan rasa terkejut, rasa sakit dll spt aduh, oh, wah dsb. ~ sifat (adjektif) kata yg menunjukkan sifat sesuatu benda. ~ terbitan kata yg terjadi atau terdiri drpd kata akar dan imbuhan yg disatukan. ~ ulang (berulang) kata yg diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berulang-ulang dll). berkata mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn kata-kata; bercakap; bertutur: Kanak-kanak itu pun ~ perlahan-lahan. berkata-kata bercakap-cakap; berbicara; berbual. mengatai, mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. mengatakan 1. memberitahukan; menceritakan:Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2. mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan:Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3. menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. memperkatakan 1. berkata ttg sesuatu; mempercakapkan:Isinya sedikit tetapi diperkatakan dgn bahasa yg berulang-ulang. 2. menjadikan sbg perkara atau sbg bahan yg dibincangkan; membicarakan:Sambil membaca, cuba fikirkan apakah perkara penting yg diperkatakan dlm makalah ini. perkataan 1. kumpulan kata; kata. 2. apa-apa yg dikatakan (diucapkan) orang. sekata 1. sama bunyinya. 2. tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. | Kamus Pelajar |
| tumbuk I | 1. = penumbuk alat utk memukul sesuatu supaya hancur atau lumat (alu, anak gobek, dll); 2. sesuatu yg dikuliti dll dgn antan atau alu: beras ~; kacang ~; ~ bedil satu cara meninju (dlm pencak); ~ kasau papan yg dipasang selari dgn kasau jantan (utk menutup bahagian tepi tebar layar); ~ lada sj senjata tajam Melayu (spt pisau atau badik); ~ rusuk (perbuatan) rasuah; ~ tanak segala pekerjaan rumah tangga; setumbuk ki sepadan, sesuai benar; orang ~ bagai gelang ki orang yg sama padan (suami isteri dll); bertumbuk 1. saling meninju (antara dua orang yg berkelahi dll), bergocoh, bertinju: mereka berpandangan spt ingin ~; 2. yg ditumbuk (tidak digiling atau dikisar): raja China tiada makan beras ~ sampai sekarang; 3. berlanggar atau berlaga (dgn), bertubrukan (dgn): hampir ~ hidungnya dgn Leman; 4. terlanggar atau terbentur (pd): lututnya ~ dgn kaki meja; 5. bertemu (dgn), terjumpa (dgn): suatu hari nanti dia akan ~ dgn beberapa kesulitan yg akan menyusahkan dirinya; 6. bertembung (dgn), bertaut (dgn), bersambung (dgn): tiba-tiba ~lah pandangannya dgn pandangan Tuan Direktor yg telah berdiri di pintu; 7. berbetulan dgn (waktunya), bertepatan dgn, bersamaan dgn; menumbuk 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; ~ dlm lesung, bertanam di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya; bagai ~ padi hampa prb hal seseorang yg terbilang kekayaannya tetapi yg sebenarnya dia miskin; menumbuk-numbuk menumbuk beberapa kali atau berulang kali: dia pun meratap serta ~ dan menampar-nampar dadanya; menumbukkan 1. menumbuk sesuatu utk, menyuruh tumbuk pd: ia ~ ibu sirih; 2. melanggarkan sesuatu pd, melandakan, membenturkan, menubrukkan; 3. memukulkan buku tangan pd, menggocohkan, meninjukan, 4. menikamkan atau menusukkan pd: jika tiada lembing ini ditumbukkan di dada bukannya hamba anak laki-laki; tertumbuk 1. terlanggar (terbentur, tertubruk); 2. sudah ditumbuk (dikupas, dilumatkan, dll); 3. terpukul (dgn buku tangan), ter-tinju; 4. telah sampai ke hadnya, sampai (pd), terbentur, tersuntuk; ~ akal (fikiran) sudah suntuk akal (tidak tahu apa yg harus dibuat dll); 5. boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dgn, pd); 6. tertumpu pd (pandangan dll): pandangannya ~ pd serumpun pohon mawar yg tumbuh di sela-sela rumput; ~ bermuka-muka bertemu muka, bersemuka; ~ biduk dikelokkan, ~ kata difikiri prb kalau tersilap mengerjakan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat diteruskan hendaklah dicari jalan lain; tumbukan 1. sesuatu yg ditumbuk; 2. perihal menumbuk, pelanggaran, tubrukan; 3. perbuatan memukul dgn buku tangan: dgn meng-gunakan kecergasan dan ~ tangan kirinya yg berbahaya ia telah mengalahkan Zora Folley; bertumbukan ki bertentangan dgn, berlawanan: mereka menceburkan diri ke dlm pergerakan politik, ~ dgn ‘Secret Service’ penjajahan dunia; penumbukan perihal menumbuk, perbuatan menumbuk; penumbuk 1. orang yg menumbuk (padi dll); 2. alat utk menumbuk (padi dll): lesung ~ padi; 3. kepalan tangan (utk menumbuk orang dll), buku tangan: dia meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya mengepal ~; Muhammad Ali tetap menyukarkan lawannya utk melepaskan sesuatu ~ kepadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |