| bilik kebal | bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan sbg tempat menyimpan wang atau barang berharga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bilik kebal | bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan utk menyimpan wang atau barang berharga: peti keselamatan itu di ~ kebal syarikat kewangan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kukuh I | 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahankan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahanan, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bilik | 1 anyaman drpd bilah-bilah buluh (utk dinding dsb). 2 ruang yg diberi berdinding dlm rumah dsb. ~ air ruang tempat mandi-manda, membasuh dll. ~ dapur ruang dlm rumah tempat memasak. ~ gerakan ruang tempat merencanakan sesuatu rancangan pembangunan dsb. ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb. ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan sbg tempat menyimpan wang atau barang berharga. ~ kuliah ruang tempat memberi atau menerima kuliah di universiti dsb. ~ makan ruang khas tempat makan. ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat, di hospital, sebelum dituntut oleh waris utk urusan pengebumian. ~ tamu bilik yg dikhaskan utk tetamu di sesuatu tempat spt di rumah, di pejabat, dan di hotel. ~ tidur ruang tempat tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bilik I | 1. ruang dlm rumah (bangunan dsb) yg bersekat dgn dinding dan berpintu, kamar: dia masuk ke dlm ~; 2. ruang yg tersekat, petak kecil; ~ jantung dua ruang pd bahagian bawah jantung utk mengedarkan darah dlm tubuh, ventrikel; ~ air = ~ mandi ruang tempat mandi (membuang air, membasuh dll); ~ baca(an) ruang di perpustakaan dll tempat membaca; ~ (ber)solek ruang tempat (pengantin dll) bersolek; ~ dapur ruang tempat memasak; ~ gelap ruang gelap tempat membuat (mencuci) gambar; ~ gerakan bilik tempat merencanakan sesuatu rancangan (pembangunan dll); ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb; ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan utk menyimpan wang atau barang berharga: peti keselamatan itu di ~ kebal syarikat kewangan itu; ~ kuliah ruang tempat memberi kuliah di universiti; ~ lokar bilik yg disediakan dgn lokar utk menyimpan barang peribadi, menyalin pakaian dsb, biasanya terdapat di pusat sukan, pusat pengajian dll; ~ makan ruang tempat makan; ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat di hospital sebelum dituntut oleh ahli waris utk dikebumikan dsb; ~ menanti = ~ menunggu bilik yg dikhaskan utk menunggu (giliran, kapal terbang, dsb) di sesuatu tempat (klinik, hospital, lapangan terbang, dsb); ~ pengawal bilik khas tempat petugas (polis, warden dsb) berkawal; ~ persalinan bilik kecil tempat menyalin pakaian; ~ rehat ruang tempat berehat; ~ tamu a) bilik di rumah yg dikhaskan utk tetamu beristirahat (tidur dsb); b) bilik di sesebuah institusi yg dikhaskan utk tetamu dan warga institusi berbincang dsb; c) bilik tempat tetamu menginap di hotel; ~ tidur ruang tempat tidur; berbilik mempunyai bilik, berkamar: rumah pangsa ~ dua; berbilik-bilik mempunyai banyak bilik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |