| sepat II | 1. = ~ karang = ~ laut sj ikan laut, Pempheris spp.; 2. = ~ siam sj ikan darat, Trichogaster pectoralis; ~ padi = ~ ronggeng sj ikan darat, Trichogaster trichopterus; bagai anak ~ ketohoran prb seseorang yg menunjukkan kemalasannya ketika di rumah orang; bodoh-bodoh ~, tak makan pancing emas prb a) orang bodoh sekalipun tahu juga memilih apa yg baik utk dirinya; b) orang bodoh yg mendapat kecelakaan kerana ber-pura-pura bersikap spt orang tahu; tersen-deng-sendeng spt ~ di bawah mengkuang prb orang kecil yg takut dan malu hendak menghampiri orang yg lebih besar dan mulia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bongkok | 1. melengkung di bahagian belakang (bkn badan): segala rakyat kecil besar, tua muda, ~ tempang pun berkampunglah; 2. = membongkok menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah; ~ sabut bongkok spt bentuk sabut; ~ udang bongkok pd tengah belakang; ~ baru betul (buta baru celik) prb jikalau orang baru memperoleh kemuliaan dan kesenangan maka ia pun mengada-ada; ~ kail nak mendapat (mengena) prb tipu muslihat itu ialah utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; di mana kayu ~, di sanalah hendak meniti prb orang yg bodoh mudah kena tipu; tak tahu di ~ tidur prb tidak tahu akan kekurangan diri sendiri; takkan ~ sebab menyorok prb tidak hina mengerjakan pekerjaan yg dipandang rendah jika utk maksud yg baik; yg ~ juga dimakan sarung prb yg bersalah juga yg akan menanggung dosa; membongkok 1. menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah: dia ~ sedikit spt memberi hormat; 2. merendahkan diri kpd, sangat hormat: ~ kpd orang besar; membongkokkan menyebabkan badan membongkok, melengkungkan badan: ~ badan memberi hormat;terbongkok-bongkok dgn membongkok-bongkok: ia ~ membuka kasutnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| katak I | sj binatang yg melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor; jenisjenisnya: ~ air, ~ betung, ~ hijau, ~ kuak, Kaloula pulchra; ~ lembu (bertanduk) sj katak, Megalophrys nasata; ~ pisang sj katak, Rana erythraea; ~ puru sj katak, kodok, Bufo bufo; ~ di bawah tempurung prb orang yg teramat picik pengetahuannya; ~ ditimpa kemarau prb berkeluh-kesah dgn tidak keruan; ~ hendak jadi lembu prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb); alim bagai ~ tepi air prb orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmunya; bagaimana hari tak hujan, ~ betung dlm telaga berteriak selalu prb orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi; laksana ~, sedikit hujan banyak bermain prb orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil; tak akan ada ~ beranak ular prb a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai); terkilap-kilap bagai ~ disemburi prb tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan; tiada akan licin ~ puru, jika sentiasa berhujan sekalipun prb orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| buta | 1. tidak dapat melihat: sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~; 2. tidak terang melihat; ~ rabun = ~ radam mata kabur; 3. ki tidak tahu (menulis, membaca, dll), tidak dapat mengenal (warna, huruf): Karim memang ~ bahasa Inggeris; 4. dlm erti tidak ada (mempunyai) sesuatu; gaji (wang) ~ gaji tanpa bekerja; perigi ~ perigi yg tidak berair; surat ~ surat tanpa nama si pengirim; 5. kata utk menyatakan amat sangat; gelap ~ sangat gelap; malam ~ malam yg sangat gelap; pagi-pagi ~ pagi-pagi sangat; sepeser ~ pun tidak ada sesen pun tidak ada; ~ angka tidak pandai atau tidak tahu mengira; ~ ayam a) rabun (kabur mata) waktu senja; b) petang hari (sesudah waktu senja); ~ belalang buta tetapi mata tidak rosak; ~ belengset buta dgn kelopak mata bahagian bawah terkeleweh; ~ bular buta kerana mata berselaput; ~ celik = ~ cemik = ~ cemer buta dgn biji mata yg tidak rosak; ~ hati a) tidak berhati perut, kejam; b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan); ~ kayu bp buta huruf; ~ kesip = ~ pecah buta dgn biji mata yg pecah (rosak); ~ komputer tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer; ~ larangan tidak dapat melihat jauh; ~ malam buta pd malam hari; ~ mereluh buta langsung; ~ perut a) bp tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan); b) ki asal makan saja (tidak peduli rasa makanan); ~ rengga Kl bermacam-macam jenis buta; ~ siang buta pd siang hari; (mem)buta tuli tidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa; ~ warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu; bagai si ~ pergi bergajah prb pekerjaan yg sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan); bongkok baru betul, ~ baru celik prb orang yg hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada; orang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli = spt si ~ baru melihat prb sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan); orang ~ diberi bersuluh prb perbuatan yg sia-sia; spt orang ~ kehilangan tongkat prb berada dlm kesukaran; si ~ membilang bintang di langit prb membuat pekerjaan yg sia-sia; yg ~ peniup lesung prb walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya; membuta 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi; 3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); membutakan membuat buta, mengakibatkan buta: perompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya; kau pula hendak ~ hati aku; kebutaan perihal buta, keadaan buta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| orang | 1. manusia (sbg peribadi): dr sini kami lihat ~ berkelahi; tadi ada ~ telefon awak; satukanlah ~ berdua ini; 2. salah satu manusia (ganti diri ketiga yg umum): jangan suka dengar cakap ~ sangat; dagingnya ~ buat lauk; dengar kata ~ terjun masuk lubuk; di aku hak aku, di ~ hak ~ (yg) pd orang lain itu haknya; 3. diri manusia: barangnya ada tetapi ~nya pergi ke mana; mana ~nya yg memanggil aku tadi; ~ seorang orang sendiri; 4. penjodoh bilangan bagi manusia: lima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan; 5. pengikut, anak buah: berapa ramaikah ~ awak?; kalau engkau pandai mengasuh, engkau akan beroleh isteri walaupun dia bukan ~ awak; 6. manusia yg berasal dr sesuatu daerah tertentu, rakyat sesebuah negara: dia ~ Perak, bukan ~ Selangor; nampaknya dia itu spt ~ kampung; 7. bangsa, kaum, suku: ~ Iban; ~ Kadazan; ~ Melayu; 8. = ~ lain lain drpd diri sendiri, bukan kaum keluarga: itu motokar ~, bukan motokar kita; ~ sekali masuk membawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk keluar; negeri ~ negeri lain, bukan negeri sendiri; 9. Jk kerana, lantaran (sebenarnya): mana dapat membayar, ~ belum gajian; 10. bp diri sendiri dan sbg penguat utk kata ganti spt awak (kau) ~, dia ~, kita ~, lu ~;~ asing a) (Udg) orang yg bukan warganegara bagi sesebuah negara; b) orang luar; ~ asli penduduk asal sesebuah negeri; ~ atas a) orang yg tinggal di sebelah atas; b) orang yg berpangkat tinggi, orang besar-besar; ~ awam a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera; ~ banyak khalayak ramai, orang biasa, orang awam; ~ Barat orang berkulit putih yg berasal dr Eropah dan negara-negara spt Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand; ~ baru (baharu) a) orang yg baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan; ~ bawah (bawahan) orang yg tidak berpangkat, orang yg berpangkat rendah; ~ belakang a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; ~ (yg) berada orang yg berharta; ~ besar a) orang yg besar tubuh badannya; b) orang yg sudah dewasa; c) orang yg berpangkat tinggi; d) orang mulia (bangsawan); ~ biasa rakyat biasa; ~ buangan orang yg diasingkan drpd masyarakat (kerana kegiatan-kegiatan politik dll); ~ bukit orang yg tinggal di bukit; ~ bumi penduduk asli; ~ buruan orang yg diburu (dicari) oleh yg berwajib kerana kesalahan jenayah dll; ~ dagang orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; ~ dalam a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; ~ darat a) orang asli; b) orang kampung (dusun); c) Kl, ki orang yg tidak tahu akan perkara; d) Mn orang bahagian pedalaman Minangkabau (lwn orang pesisir); ~ datang keturunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang; ~ gaji(an) orang yg bekerja di rumah orang, babu, pembantu rumah, amah; ~ galang orang yg menjadi pelindung kpd orang lain (spt pembesar), orang yg bersedia menyabung nyawanya utk tuannya dll; ~ halus a) jin, roh, orang bunian; b) orang yg pandai-pandai; ~ harapan orang yg diberi kepercayaan penuh atau yg amat diharapkan utk melaksanakan sesuatu (projek, program dsb); ~ hilir a) orang yg tinggal di sebelah hilir sungai; b) Kl orang yg tahu segala-galanya (lwn orang darat); ~ hulu a) orang yg tinggal jauh di pedalaman negeri; b) orang yg tidak tahu adat dll; ~ hobatan orang yg pandai menjampi (bomoh); ~ hutan a) orang yg tinggal di hutan; b) sj kera besar, mawas, Pongo pygmaeus; c) orang yg tidak tahu sesuatu perkara (adat, tatatertib, dll); ~ jemputan orang yg berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yg menjemputnya dgn wang dll); ~ kalau orang yg memainkan nobat; ~ kampung a) orang yg tinggal di kampung; b) bp orang yg tidak tahu suatu apa; ~ kanan orang yg diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong) yg utama; ~ kaya a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rangkaya panggilan kpd isteri orang yg berpangkat atau yg patut dihormati; ~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat); ~ kecil a) orang yg kecil badannya; b) rakyat biasa (orang kebanyakan); ~ keluaran a) orang yg di luar (yg tidak turut campur dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam); ~ kenamaan orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar; ~ kepercayaan orang yg dipercayai, orang harapan; ~ lain bukan diri sendiri, manusia lain; ~ lama orang yg sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dll) dan banyak pengalamannya; ~ laut suku bangsa yg hidup (tinggal) di laut; ~ liar orang yg belum bertamadun (beradab), orang hutan; ~ luar (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); ~ mendatang orang dagang; ~ minyak orang yg melumuri badannya dgn minyak (supaya tidak mudah dapat ditangkap dll) dan biasanya mengganggu orang perempuan dgn tujuan hendak mencabul kehormatan mereka; ~ muda a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero; ~ papak pondan; ~ perjuangan tokoh-tokoh politik; ~ preman orang awam (bukan tentera); ~ putih orang Barat; ~ ramai khalayak ramai, orang banyak, umum; ~ rantai orang hukuman; ~ rendah a) orang yg tidak tinggi badannya; b) orang yg kedudukannya (bangsanya dll) rendah, orang biasa; ~ rumah a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; ~ sabun orang balar; ~ sakit a) orang yg menghidap penyakit, pesakit; b) orang yg dirawat di hospital; ~ salah orang yg dihukum kerana melakukan kesalahan; ~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga; O~ Sungai suku kaum peribumi di Sabah termasuk dlm kumpulan kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti utamanya ialah kerja yg berkaitan dgn laut dan sungai; ~ suruhan a) orang gaji; b) wakil drpd satu pihak (sbg pembawa pesanan dll), utusan; ~ tahanan orang yg ditahan oleh pihak yg berkuasa kerana disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dsb; ~ tani peladang, petani; ~ tebusan orang yg ditahan (biasanya orang yg tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika tuntutan pihak yg menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan; ~ tengah a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; ~ timur orang Asia; ~ tua a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; O~ Ulu suku kaum peribumi di Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yg kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan; ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu, biasanya yg tidak baik; ~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hatinya prb mengikut rasa hati masing-masing; ~ kaya suka dimakan, ~ elok selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian); ~ muda menanggung rindu, ~ tua menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya (nasihat kpd orang tua); ~ tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar ~ tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan diajar lagi; apabila ~ miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua; bak ~ gombang di lebuh prb elok di luar sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna); lain ~, lain hati = makin banyak ~ makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll); spt menanti ~ dahulu, mengejar ~ kemudian prb pekerjaan yg sia-sia; takkan dua kali ~ tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi); seorang 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| air I | 1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain; ~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll; ~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garamnya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) permukaan air; b) rupa muka (yg membayangkan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; ~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembahyang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll); ~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat memadami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri); adakah dr telaga yg jernih mengalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu); bagai minum ~ bercacing prb hal orang yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditimba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garam | Kamus Dewan Edisi Keempat |