| mesti | 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, kewajiban; 2. ketentuan, ketetapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| labut I | patut, layak, sesuai: tidak ~lah buat begitu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cukup | 1. tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dll), sampai jumlahnya (besarnya dll), pada: pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yg datang terlalu banyak; 2. sampai betul, genap (masa, usia, dll): hari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal; ~ bulan a) genap sembilan bulan (mengandung); b) akhir bulan (hari gaji); ~ umur sudah akil baligh, sudah dewasa; 3. lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya): putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal; rumah itu ~ dgn perabotnya sekali; 4. sudah pd dgn itu (begitu) sahaja: kesukaan anaknya kpd Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu; 5. sangat, lebih drpd yg memadai atau yg dijangka: badanku terasa ~ penat; mukanya ~ masam; 6. tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang: hasil yg diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua; ~ keperluan sendiri tidak perlu apa-apa dr luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri); 7. bp tidak kekurangan, agak kaya, berada: ayahnya orang yg ~; secukup; ~ hidup cukup utk membiayai perbelanjaan hidup sahaja; mencukupi 1. memadai, lengkap (keperluan, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawaban dlm surat-menyurat): ~ surat tuan; mencukupkan menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menambah supaya cukup: utk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dgn lebih keras lagi; kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi; kecukupan ada apa yg diperlukan, tidak kekurangan: orang datang begitu banyak sehingga meja dlm restoran itu tidak ~; orang boros tentu saja tidak ~ belanja; berkecukupan tidak kekurangan, cukup segala yg diperlukan; ketidakcukupan perihal tidak cukup: alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merencong | 1. memotong (mengerat, membuat) rencong: dahan-dahan yg besar hendaklah direncong supaya pangkalnya serong dan tajam, dan mudah hendak dipacakkan; 2. meruncing: menara yg indah ukirannya dan bumbung yg ~ ke atas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rencong II | (réncong) rancung (keratan atau potongan), serong; pepat di luar ~ di dalam prb orang yg lahirnya baik tetapi di hatinya jahat; merencong 1. memotong (mengerat, membuat) rencong: dahan-dahan yg besar hendaklah direncong supaya pangkalnya serong dan tajam, dan mudah hendak dipacakkan; 2. meruncing: menara yg indah ukirannya dan bumbung yg ~ ke atas; kerencongan perihal (keadaan, potongan dsb) rencong: ~ itulah yg menyebabkan ia tahu bahawa sebenarnya di situlah tempat benda yg dicarinya disimpan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jangan | kata larangan yg menyatakan tidak boleh ..., hendaknya tidak, usah: kalau aku lambat pulang malam ini ~lah bimbang; ~ dikata lagi usah dikatakan lagi; ~ dok tebiang Kd ungkapan bagi melarang seseorang membuat sesuatu kerja; ~ tidak a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (membuat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; jangan-jangan entah-entah, entahkan, barangkali: ~ dia dah lari; ~ dia tidak terdaya hendak menjalankan kerjanya nanti; jangankan usahkan: ~ hendak makan, minum pun dia tak mahu; menjangankan ark menegah, melarang. janganan sj makanan spt rojak (campuran buah-buahan atau sayur-sayuran yg dimakan dgn kuah yg dibuat drpd kacang goreng). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| putus | 1. tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dll (tali dll): anjing itu pun merentak rantai itu lalu ~; 2. ki tidak berhubungan lagi, terpisah, terpotong (tali persahabatan, perhubungan lalu lintas, dll): ~lah sudah tali persahabatan antara mereka; perhubungan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ~ buat beberapa hari; 3. berakhir, habis, selesai: kampung yg tidak pernah ~ makanan; perundingan sudah ~ sudah ada penyelesaian, mendapat kepastian (ketentuan, persetujuan, dll); sampai sekarang pun perkara itu belum ~; fikirannya hendak merantau itu benar-benar ~; kata ~ kepastian, keputusan, ketentuan; ~ akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); ~ arang putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi (persahabatan dll); ~ bicara a) = ~ ikhtiar sudah habis ikhtiar, hilang akal; b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan, perkara, dll); c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat; ~ haid terhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya, biasanya pd sekitar umur 50 tahun, menopaus; ~ harap (harapan) tidak mempunyai harapan lagi; ~ harga a) harga mati, harga tetap; b) sudah sesuai mengenai harganya; ~ limau = ~ ubat upacara menamatkan ubat sebab telah sembuh (dgn berkenduri atau mandi air buyung); ~ loteri Id menang loteri; ~ muafakat (pakat) sudah mendapat kata sepakat; ~ nafas a) tidak dapat bernafas; b) mati; ~ niat a) sudah tetap hati; b) sudah tercapai maksudnya; ~ nyawa (jiwa) mati; ~ rezeki kehilangan mata pencarian; ~ saudara tidak lagi mengaku bersaudara; ~ suap kehabisan nasi tambah ketika sedang makan; ~ umur mati; ~ benang boleh dihubung, ~ arang bercerai lalu prb bercerai atau mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga tidak dapat diganti; ~ kata dimulanya, (~ gayung di belebas) prb sesuatu hal diputuskan dgn menilik asalnya; ~ tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak prb kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan); ~ timba tinggal tali, ~ tali tinggal timba prb perihal seseorang yg kematian suaminya (bercerai dgn taulan yg diharap); putus-putus 1. kerap kali putus, selalu putus; 2. = berputus-putus, berputusan, terputus-putus berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi; berputusan berkali-kali putus, selalu putus, putus-putus: habis ~ batang pinang; tiada ~ tiada putus-putus (habis-habis); memutus; ~ jalan a) menghalangi (merosakkan dll) jalan; b) memotong (memintas) jalan; ~ perkataan orang menyela (memenggal) perkataan orang; memutusi ark = memutuskan menentukan; memutuskan 1. menjadikan putus, mengeratkan: aneh sekali perkara yg sekecil itu rupanya yg ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu; perhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan; 2. menyelesaikan (sesuatu yg sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dll): fikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak; mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu; tiba-tiba dia ~ ceritanya yg baru hendak dimulai; 3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan: kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen; kalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kpd orang tua-tua atau guru; 4. menjatuhkan hukuman, menghukum: sesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yg masih belum diputuskan oleh mahkamah; ~ cakap menyela cakap orang; ~ fikiran (hati, niat) menetapkan fikiran (hati, niat); ~ nyawa (umur) a) membunuh, mematikan; b) mati; terputus terhenti, terpenggal: sayang ceritanya ~ di tengah-tengah; setiap orang yg mati akan ~ segala amalannya; putusan 1. barang apa yg sudah putus: ~ tali; 2. = keputusan: aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku; keputusan 1. kesudahan, akhir, penghabisan: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja; ~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll); berkeputusan mempunyai keputusan (kesudahan dsb); tidak ~ tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir; perputusan perihal berputus, perceraian, perpisahan; pemutusan perbuatan memutus(kan); pemutus 1. alat atau orang yg memutus(kan); 2. yg memutuskan, penentu: kata ~; kuasa ~; undi (suara) ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| apa | 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk me-nanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa; apatah lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yg miskin itu; apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu: tidak memberikan ~ perhatian; 2. sesuatu: ada ~ yg ingin kamu tahu lebih lanjut mengenai pelajaran hari ini? berapa kata yg menanyakan banyaknya; mengapa 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu? mengapai, mengapa-apai melakukan sesuatu terhadap: diapainya maka ia menangis? mengapakan, mengapa-apakan, mempengapakan 1. melakukan apa atau bagaimana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melakukan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apakannya sekiranya adiknya tidak dijumpai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| latah I | 1. sj penyakit saraf yg menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yg dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dgn tidak disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dgn tidak disengajakan kerana terperanjat dll: kanak-kanak lain menghampiri Tok Tam utk mengusiknya supaya membuat ~ lagi; 2. berlaku spt orang gila (kerana percintaan dll), meracau: ~lah spt orang gila tiada khabarkan dirinya; ~-latih suka berleter; ~ mulut berkata yg bukan-bukan (spt men-carut dll); ~ wilangan (orang yg) mabuk bercinta atau khayal dlm percintaan; melatah mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dgn tidak sengaja kerana terperanjat dsb; melatahkan mengusik seseorang (perempuan) supaya melatah: hanyalah tuan hamba latahkan; kelatahan perihal latah; pelatah orang yg latah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| entah | 1. = entahkan tidak tahu: siapa dia? E~; macam mana perkara ini mahu di-selesaikan? E~lah; entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yg hilir, angin yg lalu dan burung yg terbang; 2. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi: ~ benar, ~ tidak, tak tahulah!; jikalau Paduka Tuan mau melanggar pd malam Jumaat tatkala Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka; 3. sama ada ... atau ...: ~ setuju, ~ tidak, kita buat juga; entah-entah 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan: ~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. ark keturunan yg kelima atau keenam; 4. ark kiraan atau hitungan nilai wang yg terkecil sekali; berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan); entah-berentah Mn anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan semata); negeri ~ sl negeri anu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |