Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bung a nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
me­­­nya­rankanmengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; meng­anjur­kan: Dia ~ supaya suatu ta­bung khas diadakan utk membantu pelajar-pelajar miskin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tertubuhsudah ditubuhkan: Hu­bung­an ekonomi antara Malaysia dgn negara-negara Islam dikukuhkan dgn ~nya Bank Pembangunan Islam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
diplomasi1. seni atau amalan mengurus hu­bung­an antarabangsa: kemenangan ~ Inggeris itu disebabkan oleh kebijakan para dip­lomat­nya; wakil-wakil ~ Id wakil-wakil negara asing spt duta (kuasa usaha dll); 2. seni dan kemahiran berurus dgn seseorang tanpa menyinggung perasaannya: licin sekali ~ Pak Ali meminta yuran hingga sedikit sahaja ahli yg tidak membayar hutang; berdiplomasi 1. mengurus hubungan antara­bangsa; 2. mengendalikan seseorang dgn berhati-hati (tidak dgn terlalu berterang-terangan).Kamus Dewan Edisi Keempat
hubung; berhubung 1. berangkai, bersam­bung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi tele­fon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersam­bung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); berhubungan 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan; menghubung menyambung sesuatu dgn yg lain (bukan bermakna menambah panjang): tali ini boleh dipakai utk ~ galah; menghubungi 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (mela­lui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapat­kannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan se­hing­ga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, me­nuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu di­hubungi dgn ketawa; menghubungkan 1. menjadikan berhu­bung­an (berangkaian, bersambungan), me­nyam­­bungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memper­hubung­kan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhu­bung­kan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn seke­luarga orang perantauan lain; 4. menjadi­kan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; hubungan 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan per­kataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk memper­eratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini ber­kenaan apa yg telah dinyatakan (diterang­kan) atau yg sedang dibincangkan; ~ darah hubungan kekeluargaan; ~ diplomatik hubungan dgn perantaraan perwakilan (diplo­mat) antara negara-negara di dunia; ~ dua hala hubungan antara dua pihak yg secara langsung tidak melibatkan pihak lain; ~ batin = ~ jenis = ~ kelamin = ~ seks persetubuhan; ~ nyawa kekasih, kesayangan, buah hati; ~ ras (Ant) hubungan sosial yg terjalin antara anggota masyarakat yg berlainan keturunan atau bangsa dlm sesebuah masyarakat atau negara; sehubungan berkaitan dgn, bersangkutan dgn; perhubungan 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai per­antaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kemen­teri­an yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-per­kara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalam­nya; ~ awam amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemes­­­­raan, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh atau terhadap sesebuah syarikat, firma, institusi dsb; ~ darah pertalian kekeluargaan; ~ perindustrian urusan perhubungan antara pihak majikan dgn para pekerja dlm industri, biasanya melibatkan aspek-aspek perunding­an secara kolektif dsb; penghubungan perihal atau perbuatan meng­hubungkan; penghubung (alat, orang, dll) yg meng­hubung(kan); kata ~ kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata atau dua ayat; tanda ~ garis utk menghubungkan kata atau suku kata; perwira ~ Id pegawai perhubungan.Kamus Dewan Edisi Keempat
saranpendapat yg dikemukakan utk dipertimbangkan; usul; anjuran: mem­beri ~ mengemukakan pendapat. me­­­nya­rankan mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; meng­anjur­kan: Dia ~ supaya suatu ta­bung khas diadakan utk membantu pelajar-pelajar miskin. saranan 1 apa-apa yg di­sarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pen­dapat utk mencari pengaruh dan so­kongan; dak­yah; propaganda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berturutan1. tidak berantara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berturut-turut1. tidak berantara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
asosiasiperkaitan (antara satu dgn yg lain), perhubungan, pertalian: koleksi pelukis yg menggunakan bahan akrilik menampakkan ~ pelihatan Ghafar terhadap alam dgn teliti; begitu juga jikalau disebut imej ‘air’, ~ fikir­an­­nya akan cepat mengenangkan ‘air zamzam’; mengasosiasikan mengaitkan, menghu­bung­­­­kan, mengadakan (menunjukkan) per­talian: warna hanya boleh diasosiasikan dgn objek yg lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
ulas IVMn penghubung, sambung, sambungan; berulas ada ulasnya, bersambung, bersam-bungan; tangannya ~ ki ada yg membantu atau menolong; mengulas menjadikan berulas, menyambung, melanjutkan, memanjangkan: singkat diulas, panjang dikerat; ~ bicara ki terus berbicara; ~ kayu menyam­bung kayu (supaya menjadi panjang); ~ tali menyambung tali; tanganku diulas oleh­nya ki aku dibantu (ditolong) olehnya; ulasan sesuatu yg diulas, lanjutan, sambung-an; ~ lidah ki orang yg jadi perantara utk menyampaikan pesan orang dll, jurubicara; perulasan tempat pertemuan sesuatu yg disambung.Kamus Dewan Edisi Keempat
tubuh1 = ~ badan seluruh jasad manusia atau binatang (terdiri drpd kepala, badan dan anggota-anggota lain): ~nya besar dan tegap. 2 badan saja (tidak termasuk kepala dan anggota lain). 3 bahagian drpd sesuatu yg terpenting: ~ kapal. ~ halus roh atau jiwa bagi seseorang yg hidup. ~ kasar jasad. bertubuh 1 mempunyai tubuh; berbadan: ~ tegap; ~ kecil. 2 sihat serta segar badannya; subur: Bayi yg ~ itu memenangi peraduan kanak-kanak sihat. menubuhkan 1 men­­­­­­­dirikan se­­suatu per­satuan dll; mem­bentuk (jawatankuasa dll): Mereka telah ~ pasukan penentang Jepun secara sulit. 2 mengadakan; membina: Kerajaan telah ~ balai raya di kampung-kampung. tertubuh sudah ditubuhkan: Hu­bung­an ekonomi antara Malaysia dgn negara-negara Islam dikukuhkan dgn ~nya Bank Pembangunan Islam. pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu; persatuan: ~ peniaga-peniaga Melayu. ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu. penubuhan perbuatan atau hal menubuhkan sesuatu (persatuan, syarikat dll): ~ persatuan murid tua itu telah dirasmikan. setubuh; ber­setubuh bersatu tubuh dgn; melakukan hubungan jenis; berjimak; berseketiduran. menye­tubuhi ber­setubuh dgn; meniduri. persetubuhan perbuatan atau hal ber­setubuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas