| tertekan-tekan | tidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkut-sangkut: Konah menceritakan lagi dgn suara yg agak ~ pula keluarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menuliskan | 1. menulis sesuatu di, mencatatkan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. menceritakan dgn menulis, mengarangkan, menyuratkan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hikayat | Ar 1. cerita (khasnya cerita-cerita lama), cerita-cerita lama dlm bentuk prosa: ~ Merong Maha Wangsa; 2. riwayat, sejarah: ~ Iskandar Zulkarnain; ~ hidup sejarah hidup; berhikayat bercerita, beriwayat; menghikayatkan menceritakan atau mengisahkan sesuatu: adapun dihikayatkan orang yg empunya hikayat …. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penuturan | perihal menuturkan, pembicara-an, percakapan: cerita-cerita ini diabadikan melalui ~ sahaja walaupun pd adatnya cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| utama | 1. penting sekali, terpenting: beliau sering diberi peranan ~ dlm cerita-cerita sandiwara; ~ jiwa sl jiwa, sukma; air ~ jiwa sl air yg boleh menghidupkan orang-orang yg mati; syarat ~ syarat yg terpenting; 2. paling baik, amat baik, terbaik: kebenaran dan kejujuran itulah menjadi hakim ~; mengutamakan 1. menganggap lebih penting drpd yg lain, menganggap utama, mementing-kan: sistem ekonomi telah mula berubah drpd memiliki tanah kpd ~ wang; 2. menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dll kpd: seseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain; terutama 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; keutamaan 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; pengutamaan perihal mengutamakan: ~ Bahasa Kebangsaan mestilah diterima oleh segala golongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| makyung | sj drama tari (yg mempersembahkan cerita dgn tarian dan nyanyian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendebarkan | menjadikan atau menyebabkan (jantung, nadi) berdenyut agak pantas (kerana timbul perasaan cemas, takut, dsb): penulis itu pandai benar mengarang cerita-cerita yg ~ jantung hati; saya baru saja mendapat berita yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| purbawara | sj drama satu babak yg mengisahkan cerita kuno. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penglipur lara | (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pelipur lara | (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |