Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dada nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terdengih-dengihkembang kempis dada­nya (spt orang yg memikul barang yg sangat berat), mengeluarkan bunyi dengih.Kamus Dewan Edisi Keempat
belakang1 bahagian tubuh yg berlawan dgn dada: ~nya penuh ruam. 2 bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: Anak yg nakal itu menyorok di ~ almari. 3 masa yg kemudian atau yg akhir: Ia datang paling ~ ke pesta itu. membelakang 1 duduk atau berdiri dgn belakang mengarah ke: Ia duduk ~ ke pintu. 2 ada di belakang: Mengapa kamu ~ saja? membelakangi 1 mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2 tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. membelakangkan meletakkan di belakang; mengemudiankan; tidak mendahulukan; menunda: Janganlah ~ sesuatu usaha yg perlu dilaksanakan segera. belakangan 1 = ~ ini pd waktu yg akhir-akhir ini; baru-baru ini: ~ ini, banyak anak Melayu yg berminat utk berniaga. 2 kesudahannya; akhirnya: ~, ia mengaku bahawa dialah yg mengambil buku itu dr perpustakaan. di belakang (terletak) di tempat yg berlawan dgn depan. ke belakang ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan: Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. mengebelakangkan 1 membawa ke belakang atau menempatkan di belakang: Dia ~ semua pinggan yg kotor itu. 2 tidak mempedulikan (tidak mengendahkan dsb); menyia-nyiakan: Dia tidak pernah ~ kedua-dua orang tuanya. terkebelakang 1 tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2 paling belakang; terakhir; terkemudian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendepanmenghadap (menghala, meng­arah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya ber­kemban gantung sahaja dan separuh dada­nya terbuka ~ angin;Kamus Dewan Edisi Keempat
dengihbunyi spt bunyi orang menahan ke­sakitan (biasanya senak perut), bunyi spt orang sesak nafas; terdengih-dengih kembang kempis dada­nya (spt orang yg memikul barang yg sangat berat), mengeluarkan bunyi dengih.Kamus Dewan Edisi Keempat
perut I1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segala­gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman ma­kanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengan­dungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kan­tung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pen­cernaan makanan yg berupa saluran yg pan­jang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu milik­nya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari peng­hidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perem­puan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
depanhadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pa­sang­an, telefonlah sahaja; kalau ingin me­negurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, ber­hadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, ber­semuka; mendepan menghadap (menghala, meng­arah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya ber­kemban gantung sahaja dan separuh dada­nya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, menge­mukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya ber­jaga-jaga.Kamus Dewan Edisi Keempat
dadabahagian tubuh yg di hadapan di antara perut dgn leher: ~nya bidang. mendada 1 berjalan dgn membusungkan dada: Jalannya ~ saja, tidak memandang ke kiri atau ke kanan. 2 menahan (menangkis) bola dsb dgn dada.Kamus Pelajar Edisi Kedua
susu I1. buah dada, tetek, kopek; hujung ~ = mata ~ = pentil ~ = puting ~ bahagian hujung susu; ruang ~ ruang di antara dua buah dada; 2. = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada; binatang ~ binatang yg dipelihara utk mendapat susu; kepala ~ lemak yg kental pd air susu; kilang ~ a) kilang tempat mem­proses susu; b) bahagian badan yg meng­hasilkan susu; lapar ~ mahu susu (anak kecil); 3. cairan yg menyerupai air susu yg diperoleh dr tumbuhan (pokok getah, tuba, dll): selepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan berkurang; ~ badan susu ibu; ~ (ber)formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golongan tertentu spt bayi, ibu mengandung dsb; ~ bundar buah dada (perempuan) yg bulat dan cekang; ~ berlemak susu asli yg tidak diproses (masih mengandungi lemak aslinya); ~ bubuk susu tepung; ~ cair sj susu yg agak kental yg dibuat dgn jalan pengewapan dgn tekanan dan suhu tinggi; ~ ibu susu dr buah dada; ~ kaleng = ~ kalengan Id susu yg telah diproses dan diisikan dlm tin; ~ kopek = ~ lanjut buah dada yg labuh; ~ macan bp sj minuman drpd air susu yg dicampur dgn minuman keras; ~ pekat susu yg dipekatkan dan dibubuh gula; ~ tanpa lemak susu yg lemaknya telah dikeluarkan; ~ tepung sj susu yg diproses menjadi tepung; ~ tin susu dlm tin; ~ di dada tak dapat dielakkan prb nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat); air ~ dibalas dgn air tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; spt ~ dgn sakar prb a) dua hal yg bersetujuan benar; b) aturan yg masih tetap berlaku dan dipakai; menyusu menghisap susu: budak itu sudah tidak mahu ~; gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yg bersambung dgn rumah; menyusui memberi minum susu kpd: bina­tang mamalia ~ anaknya yg masih kecil; menyusukan 1. menyusui: mereka menye­rahkan kanak-kanak yg baru lahir kpd perempuan lain utk disusukan; 2. mem­biarkan menghisap susu (menyusu); susuan 1. yg diberi susu, yg disusui; anak ~ a) anak yg masih menyusu; b) anak orang yg disusui; saudara ~ saudara kerana menyusu dr perempuan yg sama; 2. puting susu yg dibuat drpd getah (sbg ganti susu ibu): yg seorang masih lekat ~ dimulutnya; penyusuan perihal (perbuatan) menyusui: pemendekan tempoh ~ bayi boleh mem­bahayakan kesihatannya; penyusu orang yg menyusui, pengasuh, inang: Muhammad besar di bawah peli­haraan ~nya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
dadabahagian tubuh yg di hadapan di antara perut dgn leher: ~nya bidang. mendada 1. berjalan dgn membusungkan dada: Jalannya ~ saja; tidak memandang ke kiri atau ke kanan. 2. menahan (menangkis) bola dsb dgn dada.Kamus Pelajar
belakang1. bahagian tubuh yg berlawan dgn dada: ~nya penuh ruam. 2. bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: Anak yg nakal itu menyorok di ~ almari. 3. masa yg kemudian atau yg akhir:Ia datang paling ~ ke pesta itu.Kamus Pelajar
123456

Kembali ke atas